Utusan Borneo (Sabah)

Benin tunjuk Maghribi jalan keluar

Menang penentuan sepakan penalti 4-1 untuk mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika

- Gambar AFP

KAHERAH:KegagalanH­akim Ziyech menyempurn­akan sepakan penalti dalam masa kecederaan ternyata amat merugikan apabila Benin yang bermain dengan 10 orang mengejutka­n calon juara Piala Negara-Negara Afrika Maghribi dalam penentuan sepakan penalti pada Jumaat untuk mara ke peringkat suku akhir selepas keputusan seri 1-1 di Kaherah.

Moise Adilehou menjaringk­an gol dari satu tendangan sudut pada awal separuh masa kedua untuk meletakkan Benin di landasan bagi kemenangan mengejut tetapi Youssef EnNesyri menyamakan kedudukan untuk Maghribi sebelum Ziyech, bintang Ajax, mensia-siakan peluang untuk merampas kemenangan dengan melakukan sepakan penalti yang terkena tiang gol pada minit ke-96.

Benin terpaksa bermain kebanyakan waktu dalam masa tambahan tanpa seorang pemain selepas Khaled Adenon dilayangka­n kad kuning kedua kerana membantah, tetapi mereka menang 4-1 dalam penentuan sepakan penalti ekoran kegagalan Sofiane Boufal danEn-Nesyriuntu­kmenyumbat sepakan, seterusnya menempah perlawanan menentang Senegal pada 10 Julai bagi merebut tempat pada peringkat separuh akhir.

“Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenai apa-apa,” kata pengurus Maghribi, Herve Renard, selepas perlawanan yang mungkin terakhir baginya selaku pengendali.

“Satu-satunya perkara yang saya ingin nyatakan ialah terima kasih banyak-banyak kepada semua penyokong yang datang ke Mesir untuk menyokong kami.

“Saya sedikit segan di hadapan mereka, dan terutamany­a semua orang yang menyokong kami sejak lebih tiga tahun lalu.

“Kita tahu dalam kehidupan sudah tentulah ada orang yang menentang kita, tetapi ini adalah lumrah kehidupan. Kita hanya perlu melihat ke depan dan hanya mengingati perkara positif sahaja.”

Maghribi membuat persiapan yang bermasalah untuk perlawanan di Stadium Al Salam itu selepas kapten dan pemain pertahanan penting Medhi Benatia mengalami kecederaan manakala Benin bermain tanpa penyerang Steve Mounie kerana penggantun­gan.

Pasukan ‘The Atlas Lions’ tajam, berazam dan cekap setakat ini di Mesir, yang mencermink­an kepercayaa­n Renard, satu-satunya jurulatih yang memenangi Piala NegaraNega­ra bersama dua buah negara.

Benin, yang tidak pernah menang dalam 12 perlawanan pada masa lalu dalam pertanding­an ini, hanya berjaya mara ke pusingan kalah mati selepas mencatatka­n tiga keputusan seri setelah berjaya mengekang Ghana dan juara bertahan Cameroon.

En-Nesyri dan Ziyech memaksa Saturnin Allagbe, yang mengekalka­n tempatnya selaku penjaga gol Benin selepas dia menggantik­an Fabien Farnolle untuk perlawanan kumpulan terakhir, bertindak cemerlang untuk menyelamat­kan gawang dengan cubaan masing-masing pada separuh masa pertama yang membosanka­n.

Younes Belhanda tersasar untuk Maghribi sejurus selepas babak kedua bermula tetapi Benin membuat kejutan apabila ia menjaringk­an gol pendahulua­n apabila Adilehou melepasi pemain yang menjaganya untuk menjaringk­an gol daripada tendangan sudut pada minit ke-54, gol pertama pasukan ‘The Squirrels’ sejak perlawanan pembukaan mereka di Mesir.

Pemain gantian Boufal nyaris menyamakan kedudukan dengan sentuhan pertamanya selepas dimasukkan pada minit ke-60, apabila dia menyambut hantaran lintang Nordin Amrabat dengan tandukan ke bawah yang melantun ke atas dari atas rumput dan melepasi palang gol.

Satu kesilapan oleh Jordan Adeoti memberikan gol penyamaan kepada Maghribi pada minit ke-75, apabila bola dicuri daripadany­a di tepi kawasan penalti oleh Mbark Boussoufa yang mengumpan bola kepada En-Nesyri untuk menolak masuk melepasi Allagbe. – AFP

 ??  ??
 ??  ?? MOISE Adilehou (no.13) meraikan golnya yang merupakan gol pembukaan untuk Benin mendahului Maghribi pada separuh masa kedua peringkat 16 terakhir Piala Negara-Negara Afrika di Stadium Al-Salam, Kaherah. -
MOISE Adilehou (no.13) meraikan golnya yang merupakan gol pembukaan untuk Benin mendahului Maghribi pada separuh masa kedua peringkat 16 terakhir Piala Negara-Negara Afrika di Stadium Al-Salam, Kaherah. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia