Utusan Borneo (Sabah)

Final Copa America: Brazil harap kekebalan benteng pertahanan berdepan Peru

-

RIO DE JANEIRO: Brazil pasti mahu mengekalka­n kekebalan pertahanan mereka dalam perlawanan akhir Copa America menentang Peru pada hari ini (awal pagi Isnin), kata pemain tengah Casemiro.

Pasukan tuan rumah belum lagi dibolosi sebarang gol dalam kejohanan tersebut, termasuk ketika mereka membelasah Peru 5-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan pada awal pertanding­an.

Memastikan gawang mereka tidak akan dibolosi sebarang gol adalah kunci kepada kejayaan mereka untuk menjulang mahkota Copa kesembilan, menurut pemain Real Madrid itu. “Menamatkan pertanding­an tanpa dibolosi sebarang gol merupakan salah satu matlamat kita,” kata Casemiro.

“Jika kita tidak dibolosi sebarang gol, ia bukan hanya kerana para pemain di belakang sahaja, mereka yang di depan banyak membantu kita dan itulah yang membezakan­nya.”

Tiang gol turut memberi perbezaan dalam kemenangan 2-0 Brazil pada peringkat separuh akhir ke atas musuh utama Argentina, selain keengganan pengadil Roddy Zambrano untuk meneliti VAR dua kali apabila Lionel Messi dan rakan sepasukan menuntut tendangan penalti.

Sergio Aguero menanduk bola yang terkena palang gol pada separuh masa pertama dan Messi menggegark­an tiang gol selepas waktu rehat, manakala kapten Brazil Dani Alves dan pemain tengah Arthur terlepas daripada kesalahan ketara yang tidak membabitka­n bola di dalam kawasan penalti masingmasi­ng ke atas dua pemain Manchester City, Aguero dan Nicolas Otamendi.

Argentina telah mengadu kepada badan bola sepak Amerika Selatan CONMEBOL tentang pengadilan dalam perlawanan separuh akhir itu, tetapi sia-sia sahaja kerana keputusan tidak akan diubah.

Brazil sudah mengenal pasti ancaman utama kepada kekebalan pertahanan mereka pada hari ini di stadium ikonik Maracana di Rio de Janeiro: penyerang Peru, Paolo Guerrero.

Dia merupakan pemain yang dikenali penyokong Brazil selepas menghabisk­an masa sejak tujuh tahun lalu di negara tersebut.

Pemain berusia 35 tahun itu menjaringk­an gol kemenangan untuk kelab Corinthian­s dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA 2012 menentang Chelsea.

Sekarang bermain untuk Internacio­nal di Porto Alegre, dia pernah membantu Corinthian­s memenangi kejohanan negeri Sao Paulo pada 2013 dan Flamengo untuk melakukan perkara yang sama dalam kejohanan negeri Rio empat tahun kemudian.

“Dia seorang pemain yang sewajarnya diberi perhatian istimewa kerana segalanya yang dia sudah buat pada masa lalu,” kata pemain pertahanan tengah Marquinhos.

“Saya amat mengenalin­ya, saya bermain bersamanya seketika di Corinthian­s dan saya sudah bermain menentangn­ya beberapa kali untuk pasukan kebangsaan.”

Salah satu daripadany­a berlangsun­g dua minggu lepas di Corinthian­s Arena di Sao Paulo apabila Guerrero disenyapka­n sementara Peru mengalami keadaan yang kucar-kacir dalam pertahanan.

Bagaimanap­un mereka sudah bangkit dengan menakjubka­n daripada kekalahan itu, mula-mula menewaskan Uruguay dalam penentuan tendangan penalti pada peringkat suku akhir, dalam perlawanan di mana mereka jelas kedua terbaik, dan kemudian dalam persembaha­n menakjubka­n untuk menewaskan juara bertahan Chile 3-0 pada peringkat separuh akhir.

“Ia dijangka final yang hebat, perlawanan yang amat sukar. Kami tidak dapat fikir bahawa ia sudah dimenangi, kami perlu bermain,” kata Casemiro.

“Mereka telah menyingkir­kan pasukan hebat – Uruguay dan Chile – kami perlu menghormat­i mereka.”

Ia merupakan kali kedua Peru telah mara ke final Copa dalam sejarahnya selama 103 tahun.

Mereka menewaskan Colombia dalam perlawanan play-off di Caracas pada 1975 selepas setiap pasukan menang di tempat sendiri dalam perlawanan penentuan kejuaraan dua pusingan.

Kejuaraan pertama mereka pada 1939 di tanah air sendiri diperolehi pada hujung kejohanan yang melibatkan lima pasukan dan dimainkan dalam format ‘round-robin’.

“Kami perlu menanganin­ya dengan tenang. Ia adalah benar bahawa kami telah mencapai sesuatu yang sangat penting selepas bertahun-tahun,” kata penyerang, Raul Ruidiaz.

“Kami sedar dan tenang bahawa kami ada satu lagi langkah ke arah keagungan.

“Kami perlu bermain dengan kaki yang berpijak di bumi nyata dan memberikan segalanya di atas padang untuk melakukann­ya.”

Dalam perbanding­an yang ketara, Brazil sudah memenangi Copa sebanyak lapan kali dan menjadi naib juara sebanyak 11 kali, satu rekod yang diatasi hanya Uruguay dan Argentina sahaja.

Dari 1997 hingga 2007, Brazil memenangi empat daripada lima edisi Copa, kecuali pada 2001 apabila pasukan Selecao muncul di Colombia tanpa pemain utama seperti Ronaldo, Rivaldo, Ronaldinho dan Roberto Carlos – empat pemain penting dalam kejayaan mereka memenangi Piala Dunia setahun selepas itu. – AFP

 ??  ?? BRAZIL berwaspada dengan ancaman yang bakal dijelmakan penyerang berpengala­man Peru Paolo Guerrero (tiga kanan), dalam aksi final yang akan berlangsun­g pada awal pagi Isnin.
- Gambar AFP
BRAZIL berwaspada dengan ancaman yang bakal dijelmakan penyerang berpengala­man Peru Paolo Guerrero (tiga kanan), dalam aksi final yang akan berlangsun­g pada awal pagi Isnin. - Gambar AFP
 ??  ?? CASEMIRO
CASEMIRO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia