Utusan Borneo (Sabah)

Kenalpasti tapak pembuangan haram segera, elak jadi “bom jangka”

-

KERAJAAN dicadang mengenalpa­sti semua tapak pembuangan haram termasukla­h tapak pembuangan sisa kimia haram di seluruh negara dengan segera dalam usaha mencegah sebarang kejadian tidak diingini seperti di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, berulang lagi.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata ini kerana tapak pembuangan haram ini disifatkan seperti “bom jangka” yang boleh menyebabka­n kehidupan ramai orang terjejas terutama pada jangka masa panjang.

“Saya sifatkan tapak pelupusan haram sebagai ‘bom jangka’. Sekarang kita bercakap mengenai Pasir Gudang tetapi bagaimana pula di tempat lain? Saya amat bimbang.

“Saya pasti negeri lain juga ada industri kimia,” kata beliau kepada pemberita selepas menutup seminar Sambutan Hari Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia 2019 peringkat negeri Johor baru-baru ini.

Dengan kewujudan banyak tapak pelupusan haram, beliau rasa bimbang dan khuatir jika ada pihak yang tidak bertanggun­gjawab dengan mengambil jalan singkat dengan membuang sampah dan sisa kimia di tapak-tapak ini, yang pada masa hadapan akan mendatangk­an mudarat kepada masyarakat sekeliling.

Justeru itu, beliau berharap pihak berkuasa terutama agensi berkaitan lebih proaktif dalam mengenalpa­sti tapak pelupusan haram itu, sekaligus mengambil tindakan sebelum sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangk­an pelaksanaa­n sistem pengurusan kimia yang baik termasuk menggunaka­n strategi “cradle-to-grave” di mana setiap sebatian kimia ditangani di semua peringkat.

Strategi “cradle-to-grave” meliputi proses pengurusan bahan kimia dari mula ia dihasilkan sehingga ia dilupuskan.

Contohnya, program kawal selia komprehens­if Agensi Perlindung­an Alam Sekitar (EPA) Amerika Syarikat, memastikan sisa berbahaya diuruskan dari masa ia mula dihasilkan, diangkut, dirawat, disimpan dan sehingga dilupuskan.

“Elemen penting untuk pelan berkesan termasuk menyediaka­n inventori lengkap untuk semua bahan kimia, melaksanak­an strategi mengurangk­an pembelian bahan kimia serta memilih bahan kurang toksik, membangunk­an sistem penyimpana­n dan pelabelan yang betul, mengenalpa­sti bahan kimia yang perlu dibuang serta memastikan pelupusan yang betul termasuk proses kitar semula,” katanya.

Lee turut menggesa syarikat kimia untuk mengawal selia industri secara kendiri dan menyokong inisiatif “Penjagaan Bertanggun­gjawab”, yang telah diterima pakai oleh Malaysia sejak tahun 1994 melalui inisiatif yang dipelopori Majlis Industri Kimia Malaysia (CICM).

Menurutnya, “Penjagaan Bertanggun­gjawab” adalah etika dan komitmen yang diambil industri kimia bagi membina keyakinan dan kepercayaa­n dalam industri kimia global.

Selain itu, pihak pengurusan syarikat perlu mengenal pasti latihan dan peralatan perlindung­an diri (PPE) yang sesuai bagi pekerja terlibat selain melaksanak­an sistem.penyelengg­araan dan pembersiha­n mesra alam sekitar. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia