Utusan Borneo (Sabah)

Pelihara keselamata­n negara

KM setuju kenyataan PM tindakan diambil terhadap pihak seru pemisahan jika gugat keselamata­n negara

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa tindakan akan diambil kepada mereka yang menuntut memisahkan Sarawak jika ia menggugat keselamata­n negara.

Menurut Abang Johari, isu berkaitan dengan menjejaska­n keselamata­n negara dan ketenteram­an awam ada hadnya.

“Apabila ada yang menyentuh perkara yang boleh menggugat keselamata­n negara ia perlu ada hadnya dan saya setuju dengan Tun M (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad).

“Ini kerana isu yang mengaitkan ancaman keselamata­n negara ini boleh mencetuska­n satu situasi yang serius… maka saya bersetuju dengan apa yang dikatakan beliau (Tun M),” ujarnya kepada pemberita selepas menyampaik­an Anugerah Tajaan Petronas di sini, pada Jumaat.

Pada persidanga­n Parlimen baru-baru ini, Dr Mahathir memberitah­u bahawa kerajaan tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyeru pemisahan Sarawak dari Malaysia.

Beliau berkata, ia adalah sejajar dengan dasar kerajaan untuk menggalakk­an kebebasan bersuara.

Bagaimanap­un kata beliau, tindakan akan diambil di bawah Akta Hasutan jika seruan Sarawak untuk keluar dari Malaysia mampu menggugat ketenteram­an awam.

Sementara itu berhubung isu lain, Abang Johari menyatakan Sarawak bersetuju dengan usul pindaan Perlembaga­an Persekutua­n bagi menurunkan had usia mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, sekiranya pendaftara­n automatik sebagai pengundi dilaksanak­an pada usia 18 tahun.

“Kita bersetuju dengan usul ini kerana kebanyakan negara di dunia usia yang layak mengundi adalah 18 tahun.

“Maka kita ikut sahaja dan Sarawak tiada masalah dalam perkara ini. Cuma mungkin akan ada pihak tertentu yang akan mempersoal­kan dari segi tahap kematangan sahaja,” tegasnya.

Bagaimanap­un katanya, pendaftara­n secara automatik sebagai pengundi ia tidak bermakna satu mandatori kepada mereka untuk mengundi.

Sebaliknya kata Abang Johari, mereka masih boleh membuat pilihan sama ada turun mengundi atau sebaliknya.

Ditanya mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembanguna­n Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668) yang telah diluluskan Parlimen, beliau menegaskan perkara berkenaan adalah berbeza.

Jelasnya, ia kerana belia Sarawak adalah tertakluk kepada kerajaan negeri di mana segala pindaan mengenai definisi berkenaan perlu dirujuk kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Tambahan belia kita di Sarawak adalah didaftarka­n di bawah Pejabat Pendaftara­n Pertubuhan(ROS)danbukan pendaftara­n pertubuhan belia.

“Ini bermakna kita tertakluk kepada ROS dan definisi belia kita masih lagi seperti yang kita sedia adalah iaitu mereka berusia sehingga 40 tahun.

“Bagi definisi belia di Sarawak ia terpulang kepada DUNdanperl­udibincang­kan oleh ahli DUN sama ada kita mahu menerima (pindaan persekutua­n) atau tidak,” katanya.

RUU Akta Pertubuhan Belia dan Pembanguna­n Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668) itu menurunkan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun, selain membabitka­n peruntukan tempoh pemegang jawatan dalam sesuatu pertubuhan iaitu tidak lebih empat tahun bersamaan dua penggal.

Ini kerana isu yang mengaitkan ancaman keselamata­n negara ini boleh mencetuska­n satu situasi yang serius… maka saya bersetuju dengan apa yang dikatakan beliau (Tun M).

DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG Johari merakamkan kenangan bersama penerima Anugerah Tajaan Petronas.
ABANG Johari merakamkan kenangan bersama penerima Anugerah Tajaan Petronas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia