Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan kampus MRSM di Bintulu dijadual siap 2021

-

KUCHING: Pembinaan kampus Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Bintulu dijadualka­n siap pada 2021.

Pengerusi Petronas Datuk Ahmad Nizam Salleh berkata, pembinaan kampus berkenaan merupakan usaha sama antara Petronas bersama Yayasan Sarawak dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

“Ia akan memastikan pelajar yang layak mendapat peluang untuk melanjutka­n pengajian mereka dengan menumpukan kepada mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

“Kampus MRSM yang berkeluasa­n 26,000 meter persegi ini dijadualka­n siap pada 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Tajaan Petronas yang disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini, pada Khamis.

Ahmad berkata, kampus berkenaan mampu memuatkan 450 pelajar yang dilengkapi kemudahan termasuk blok akademik, makmal sains, asrama, dewan serba guna, kemudahan sukan, selain kuarters guru dan surau.

Beliau berkata, Petronas telah menjalinka­n kerjasama dengan Mara dengan menyediaka­n tajaan kepada pelajar terpilih dari keluarga kurang berkemampu­an untuk belajar di tiga MRSM di Sarawak.

Di bawah program berkenaan katanya, pelajar menerima elaun pendidikan tahunan untuk membayar uniform sekolah, buku teks, pakaian sukan, bantuan peralatan belajar selain keperluan asas lain.

“Program adalah untuk memupuk minat belajar dengan lebih mendalam dalam kalangan pelajar selain memberi motivasi kepada mereka untuk tinggal di sekolah.

“Pada masa yang sama kita memupukmin­atmerekada­lam bidang STEM,” katanya.

Ahmad berkata, sehingga kini sejumlah 295 pelajr telah mendapat manfaat daripada program yang juga dikenali Budi-Petronas sejak 2015.

Pada majlis berkenaan, seramai 149 pelajar menerima tajaan yang terdiri daripada 44 pelajar cemerlang lepasan SPM yang menerima tajaan di bawah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) untuk melanjutka­n ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Petronas (UTP) selain universiti luar negara.

Manakala, 54 penerima pula pelajar yang menerima tajaan di bawah Program VISTA untuk melanjutka­n pengajian ke pusat latihan teknikal di institusi vokasional terpilih di negara ini.

Selain itu, 51 pelajar dari keluarga kurang berkemampu­an menerima tajaan di bawah program BudiPetron­as untuk melanjutka­n pengajian mereka ke MRSM di negeri ini.

 ??  ?? ABANG Johari bersama Ahmad (tiga kanan) menyaksika­n pertukaran dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) antara Petronas yang diwakili Naib Presiden Kanan Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia Petronas, Datuk Raiha Azni Abd Rahman (kanan) bersama wakil MARA mengenai usahasama pembinaan kampus MRSM Bintulu yang turut dimeterai pada majlis berkenaan. Turut kelihatan ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak Dato Peter Minos (kiri).
ABANG Johari bersama Ahmad (tiga kanan) menyaksika­n pertukaran dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) antara Petronas yang diwakili Naib Presiden Kanan Kumpulan Pengurusan Sumber Manusia Petronas, Datuk Raiha Azni Abd Rahman (kanan) bersama wakil MARA mengenai usahasama pembinaan kampus MRSM Bintulu yang turut dimeterai pada majlis berkenaan. Turut kelihatan ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak Dato Peter Minos (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia