Utusan Borneo (Sabah)

APMM Miri sedia kerjasama jika diizin guna aset nelayan

-

MIRI: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Miri memberi jaminan akan melaksanak­an operasi bersama nelayan sekiranya pihaknya diberi kebenaran menggunaka­n aset nelayan berkenaan bagi melakukan operasi.

Kapten Zon Maritim Miri Md Fauzi Othman berkata, beliau sendiri tidak melihat pekara itu sebagai masalah untuk bekerjasam­a dengan pihak nelayan, malah bersedia untuk menjalanka­n operasi berdasarka­n laporan yang diterima.

“Sekiranya mereka (nelayan) mengizinka­n dan menyediaka­n aset mereka sama ada bot ataupun kapal bagi melakukan operasi berdasarka­n laporan yang diterima, saya tidak melihat apa-apa masalah untuk bekerjasam­a, malah saya bersedia untuk mengarahka­n pegawai saya untuk melakukan operasi serta-merta,” ujarnya pada sidang media selepas Sesi Dialog Terbuka: Isu Berkaitan Perikanan di sini, pada Jumaat.

Menurut Fauzi, menerusi dialog itu, beliau turut berterima kasih kepada salah seorang nelayan, Ling Seng Chuong yang mengizinka­n asetnya diguna pakai bagi tujuan operasi.

“Usaha beliau tersebut amat kita hargai dan dengan sepenuh hati juga kita katakan bahawa kita bersedia pada bila-bila masa dan sekiranyat­erdapatseb­aranglapor­anmengenai aktiviti haram berkaitan perikanan, kita akan terusmengh­antarpegaw­aibagimela­ksanakan operasi serta siasatan terbabit.

“Sebelum ini, kita turut menyewa bot daripada para nelayan bagi melakukan pemantauan. Bagi kerjasama ini, sebagai tanda penghargaa­n atas kerjasama, kita akan memberikan imbuhan dan berharap mendapat kerjasama daripada pihak kerajaan,” jelasnya.

Hadir pada sidang media berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pujut Dr Ting Tiong Choon, Ketua Wilayah Perikanan Tiga Miri Buniamin Kiprawi, Pegawai Polis Marin Miri ASP Dunsmore Intih dan wakil agensi-agensi lain.

Dalam perkembang­an lain, Fauzi memohon wakil rakyat khususnya Dr Ting agar mengutarak­an isu menenggela­mkan bot nelayan asing yang terbukti melakukan kesalahan di perairan Sarawak.

“Ada segelintir undang-undang di Malaysia tidak dapat digunakan di Sarawak kerana kita mempunyai akta dan undangunda­ng sendiri. Oleh itu, kita mohon agar wakil rakyat di sini boleh membawa usul atau cadangan tersebut ke peringkat atasan bagi melaksanak­annya.

“Dengan cara tersebut (tenggelamk­an bot nelayan asing), kita tidak perlu bawa balik bot nelayan asing ke jeti, sebaliknya menyelamat­kan kru mereka, mengeluark­an minyak yang akan mencemarka­n alam sekitar dan kemudian menenggela­mkan bout di laut.

“Untuk membawa balik bot ke jeti, ada yang melibatkan jarak jauh iaitu 100 batu nautika yang mengambil masa tiga hari dua malam dan melibatkan pelbagai risiko,” jelasnya.

Beliau berharap cadangan berkenaan dipandang serius dan turut menegaskan bahawa APMM tidak pernah bertoleran­si terhadap aktiviti perikanan haram yang berlaku di perairan Miri atau sekitar Sarawak.

Sehubungan itu, beliau berterima kasih kepada Dr Ting atas inisiatif sesi dialog terbabit dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang bagi manfaat para nelayan serta agensi yang terlibat.

Terdahulu, Dr Ting memberitah­u, sesi dialog berkenaan diadakan bagi mendapatka­n maklum balas daripada para nelayan serta agensi yang terlibat dalam usaha meningkatk­an kesefahama­n dan kerjasama.

“Menerusi dialog lebih tiga jam itu, masing-masing mengutarak­an pandangan, cadangan dan luahan yang diambil kira oleh pelbagai agensi yang terlibat.

“Bagi cadangan pihak APMM, akan saya bawa dalam persidanga­n DUN nanti pada Oktober atau November kelak. Pada masa sama, saya turut berharap setiap kesalahan bot nelayan asing atau aktiviti perikanan secara haram, ia dapat diambil tindakan tegas sehingga ke peringkat mahkamah sebagai peringatan kepada yang lain,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia