Utusan Borneo (Sabah)

Kampung Bahagia Jaya, Teku Fasa I perintis semakan dalam talian TOL

-

SIBU: Kampung Bahagia Jaya, Teku Fasa I telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam projek perintis penyemakan secara dalam talian untuk status kediaman mereka yang belum diselesaik­an sepenuhnya bayaran baki Lesen Pendudukan Sementara (TOL) dengan Jabatan Tanah dan Survei Sibu.

Menurut Pegawai Tadbir (Tanah) Jabatan Tanah dan Survei Sibu Awang Mohd Indera Putera Awang Adnan, projek perintis ini dijalankan kumpulan mereka yang dikenali sebagai Kumpulan Tanah Sibu Q (Kualiti) yang berada di bawah kumpulan inovatif dan kreatif jabatan itu.

“Projek perintis ini masih dalam peringkat percubaann­ya, namun apabila ia berjaya, ia akan dimasukkan ke dalam sistem Jabatan Tanah dan Survei Sibu dan kemudianny­a boleh didapati secara dalam talian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi pertemuan antara Kumpulan Tanah Sibu Q (Kualiti) yang diketuai oleh Indera sendiri dan Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Bahagia Jaya, Teku Fasa I Zaidel Arip yang diadakan di Pusat Info JKKK kampung tersebut, pada Khamis.

Indera berkata, berdasarka­n rekod dengan Jabatan Tanah dan Survei Sibu, mereka mendapati masih banyak kediaman di kampung tersebut yang belum menyelesai­kan bayaran TOL.

“Sekiranya kita melihat Kampung Bahagia Jaya Teku, kebanyakan kediaman hanya menunaikan bayaran TOL mereka pada tahun pertama iaitu pada tahun 90-an.

“Bagaimanap­un, selepas itu mereka tidak membayarny­a yang mungkin disebabkan kurang tahu atau peka mengenainy­a di mana ia sebenarnya perlu dibayar setiap tahun.

“Kediaman yang mempunyai TOL perlu membayarny­a setiap tahun iaitu sebanyak RM14 hingga RM16 berdasarka­n saiz tanah mereka,” katanya.

Indera berkata, melalui projek perintis ini, mereka merekodkan semua data mengenai keseimbang­an TOL.

“Sekiranyat­erdapatper­ubahan atau penambahba­ikan, kami akan menaik tarafnya dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap merekayang­gagalmenye­lesaikan bayaran TOL, Indera menjawab, tidak ada tindakan yang akan diambil terhadap mereka setakat ini.

“Ini kerana tanah TOL masih di bawah tanah kerajaan,” jelasnya.

Sementara itu, Indera berkata, projek perintis ini hanya akan dijalankan di Sibu sahaja kerana ia masih dalam peringkat percubaan.

 ??  ?? ZAIDEL (duduk kiri) sedang bertanya sesuatu kepada Indera (duduk kanan) tentang penyemakan status TOL dalam talian di Sibu.
ZAIDEL (duduk kiri) sedang bertanya sesuatu kepada Indera (duduk kanan) tentang penyemakan status TOL dalam talian di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia