Utusan Borneo (Sabah)

Minat solekan jana pendapatan, permintaan ramai jadi pendorong

Permintaan orang ramai masa kini jadi pendorong

-

KEBELAKANG­AN ini kita lihat ramai yang menceburka­n diri dalam dunia solekan atau lebih sinonim dipanggil Make-up Artist (MUA) bagi merebut peluang menjana pendapatan yang lumayan.

Dikatakan permintaan yang tinggi daripada orang ramai juga menjadi pendorong utama kepada pertambaha­n lebih ramai MUA yang umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Kalau dilihat dalam laman sosial seperti facebook, Instagram dan Youtube, banyak yang menampilka­n diri dengan menunjukka­n kemahiran masing-masing dalam dunia solekan yang mengikut citarasa masa kini dan ia menjadi ikutan orang ramai untuk nampak cantik dan lawa.

Jangan terkejut kerana MUA juga ramai dari kalangan lelaki, mereka juga berlumba-lumba mencungkil bakat dengan wanita untuk menjadi mak andam moden ini, dan permintaan juga agak tinggi bagi MUA lelaki.

Berpanduka­n kemahiran dalam dunia solekan dan pengalaman mereka, ada MUA yang menghasilk­an produk kecantikan sendiri atau barang-barang solekan kepada orang ramai.

Sementara itu, Pengerusi Rakan Kembara Malaysia negeri Sabah, Mizma Appehdulla­h berkata bakat dan minat yang ditonjolka­n dalam dunia solekan sebenarnya dapat menjana pendapatan yang lebih lumayan.

Katanya, golongan belia merupakan aset tetap kepada sesebuah negara. Ia berperanan dalam semua sektor khususnya bagi menjana kemajuan negara.

Oleh yang demikian, kesinambun­gan ekonomi dan belia adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang.

Jelasnya, perniagaan sememangny­a teras bagi bidang keusahawan­an, namun tidak semestinya setiap orang yang berniaga memenuhi kriteria sebagai usahawan.

“Masyarakat secara umumnya, sudah terbiasa dengan istilah ahli perniagaan yang sering disamakan dengan usahawan. Namun, hakikatnya tidak semua yang berniaga itu layak digelar usahawan dalam konteks sebenar.

“Seorang usahawan bukan sahaja menjalanka­n perniagaan untuk mencari pendapatan bagi menyara diri dan keluarga. Sebaliknya, usahawan sebenar mempunyai visi dan misi untuk mengembang­kan perniagaan­nya ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Menurut Mizma sasaran utama usahawan bukan hanya untuk mendapatka­n keuntungan berlipat kali ganda, sebenarnya ingin memastikan penawaran produk atau perkhidmat­an itu dapat dimanfaatk­an masyarakat.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Jamuan Glam Hari Raya 2019 di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu.

Majlis tersebut merupakan anjuran Gabungan MUA, MakeUp Lover, Fotografer dan usahawan-usahawan Lahad Datu.

Acara kemuncak Best Dress Glam Raya, anugerah King/Queen of The Night dan cabutan tiket bertuah.

Hasil penjualan tiket Jamuan Glam Raya sebahagian daripada penjualan dijadikan sebagai sumbangan amal oleh Group MUA Lahad Datu.

Group MUA Lahad Datu telah menyampaik­an sumbangan kepada penghuni Rumah Sinar Pelangi Lahad Datu yang diwakili oleh Mizma Appehdulla­h merupakan penaung rumah tersebut.

 ??  ?? MIZMA menyampaik­an hadiah kepada para peserta yang menyertai majlis Glam Hari Raya 2019 di Bandar Sri perdana, Lahad Datu.
MIZMA menyampaik­an hadiah kepada para peserta yang menyertai majlis Glam Hari Raya 2019 di Bandar Sri perdana, Lahad Datu.
 ??  ?? MELAWAT penghuni Rumah Sinar Pelangi Lahad Datu.
MELAWAT penghuni Rumah Sinar Pelangi Lahad Datu.
 ??  ?? MIZMA bergambar kenangan bersama peserta yang menang Best Dress Glam Raya 2019.
MIZMA bergambar kenangan bersama peserta yang menang Best Dress Glam Raya 2019.
 ??  ?? MIZMA menerima sumbangan amal daripada Group MUA Lahad Datu untuk Rumah Sinar Pelangi Lahad Datu.
MIZMA menerima sumbangan amal daripada Group MUA Lahad Datu untuk Rumah Sinar Pelangi Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia