Utusan Borneo (Sabah)

AMBIL TINDAKAN TEGAS

Christina kecam tindakan bom ikan haram sehingga ragut tiga nyawa

-

kematian melibatkan dua penyelam warga China dan seorang jurulatih selaman tempatan, pada Jumaat.

Katanya, kejadian yang berlaku jam 5.50 petang di perairan Semporna itu adalah satu khabar yang amat menyedihka­n. “Berita ini sangat menyedihka­n bagi kami kerana kejadian ini melibatkan pengeboman ikan secara haram sehingga menyebabka­n kematian kepada pelancong dan jurulatih selaman kita. “Kami juga sudah memaklumka­n kepada konsul jeneral China di Kota Kinabalu dan Ketua Menteri berhubung tragedi sedih ini. Pegawai Lembaga Pelanconga­n Sabah juga sudah diarahkan untuk memantau situasi itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menteri Pelanconga­n Kebudayaan dan Alam Sekitar itu juga menjelaska­n bahawa kejadian itu telah berlaku di luar kawasan Taman Marin Tun Sakaran.

Bagaimanap­un, beliau menggesa supaya Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), polis marin dan Jabatan Perikanan untuk mengambil tindakan tegas terhadap sebarang aktiviti melibatkan pengeboman ikan.

“Saya menyeru penalti yang lebih berat harus dikuatkuas­akan ke atas sebarang aktiviti pengeboman ikan secara haram ini, termasukla­h hukuman berat dan penjara.

“Justeru, saya juga menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi untuk memudahkan pihak berkuasa menjalanka­n siasatan menyeluruh berhubung insiden ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi (gambar kiri) dalam satu kenyataan mengucapka­n takziah dan turut mengecam tindakan nelayan yang melakukan aktiviti pengeboman ikan itu sehingga menyebabka­n kematian.

Katanya, hukuman setimpal harus dikenakan kepada si pelaku bagi memberi peringatan kepada orang lain supaya tidak melakukan aktiviti haram sedemikian.

“Perbuatan seumpama ini tidak hanya membahayak­an pelancong, tetapi turut mengganggu ekosistem di perairan yang terlibat.

“Setakat ini, saya juga sedang menunggu laporan penuh pihak polis berhubung kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

 ?? Oleh SADDAM EDRIS ?? KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew (gambar kanan)
mengecam tindakan pengeboman ikan secara haram sehingga menyebabka­n tiga
Oleh SADDAM EDRIS KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew (gambar kanan) mengecam tindakan pengeboman ikan secara haram sehingga menyebabka­n tiga
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia