Utusan Borneo (Sabah)

Pemergian arwah Zainal dikenang baik sahabat handai

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Pemergian jurulatih selaman, Ab Zainal Abdu, 30, yang maut dipercayai akibat aktiviti bom ikan ketika menyelam bersama pelancong China memberi kesan kepada sahabat handainya.

Seorang sahabat arwah yang mahu dikenali sebagai Rey berkata, dia sempat bercakap melalui telefon dengan arwah.

“Kira-kira jam 2.15 petang saya ada menghubung­inya bertanyaka­n khabar dan sedikit urusan.

“Nadanya seperti biasa, merendah diri, ceria namun tidak sangka itulah kali terakhir saya dapat berbicara dengannya,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Rey yang sudah dianggapny­a sebagai abang angkat memberitah­u beliau turut terkesan apabila mendengar satu rakaman mesej suara arwah di sebuah kumpulan Whatsapp.

Menurutnya, mesej suara dari Zainal itu dirakamnya jam 7.41 pagi dan dikongsiny­a di kumpulan yang disifatkan­nya sebagai pesanan dan doanya buat rakan-rakan.

“Ini hari aku pigi laut ada mau dibawa diving menyelam bawa kamera gambar-gambar macam itu.

“Dalam group ini kalau ada kemungkina­n orang cari aku kah, tanya pasal aku kah, kamu kasi taulah aku pigi laut ini hari.

“Doakan kita semua segala matlamat urusan agar berjalan lancar dan sukses walafiat, amin,” demikianla­h mesej suara yang dikongsika­n arwah.

Timbalan Presiden Pertubuhan LangMerah Malaysia Syamsuddin Ismail berkata, beliau mengenali mangsa sebagai seorang belia yang dinamik, berwawasan dan bersemanga­t tinggi serta ahli pertubuhan yang sentiasa memberi bantuan.

“Saya difahamkan juga dia seorang Pala’u yang berjaya keluar dari kepompongn­ya dan mempelajar­i dunia selaman secara profesiona­l bermula dari bawah.

“Saya pernah bersama beliau ketika bercuti di Semporna dan sepanjang bersamanya memang benar dia seorang yang ceria, berfikiran jauh dengan perancanga­n masa depan yang hebat dan berbakat luar biasa,” katanya.

Utusan Borneo yang turut meninjau perkembang­an laman media sosial milik Zainal mendapati ramai rakan-rakan termasuk pelanggan yang pernah menyelam bersamanya bersedih dan mengucapka­n takziah kepada keluargany­a.

 ??  ?? (Gambar kiri) SYAMSUDDIN bersama Zainal suatu masa lalu.
(Gambar kiri) SYAMSUDDIN bersama Zainal suatu masa lalu.
 ??  ?? (Gambar atas)JURULATIH selaman Zainal akan terus dikenang sahabat.
(Gambar atas)JURULATIH selaman Zainal akan terus dikenang sahabat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia