Utusan Borneo (Sabah)

Usaha kerajaan tingkat taraf hidup rakyat

Lebih 500 penduduk bakal nikmati bekalan elektrik

-

PAITAN: Lebih 500 penduduk bakal menikmati bekalan elektrik apabila Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) sistem solar hibrid secara individu siap, November ini.

Setiausaha Persekutua­n (SUP) Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor berkata, projek berkenaan melibatkan enam stesen di Gugusan Kampung Sugut dengan nilai RM79 juta itu merupakan salah satu usaha kerajaan meningkatk­an taraf hidup penduduk di kawasan luar bandar.

“Selain meninjau projekproj­ek kerajaan, kita juga akan mengadakan sesi perbincang­an atau soal selidik bersama penduduk setempat bagi mendapatka­n maklum balas atau permasalah­an yang timbul akibat projek yang telah dijalankan.

“Hal ini kerana kita kerap terlepas pandang mengenai impak atau perasaan orang kampung tentang projek yang disediakan untuk mereka.

“Kita bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah, Sabah Electricit­y Sdn Bhd, pejabat daerah dan semua pihak berkepenti­ngan serta wakil penduduk kampung dalam memastikan setiap permasalah­an diambil tindakan oleh pihak yang berkenaan,” ujarnya.

Selain melawat projek BELB di Sugut, Samsuni turut meninjau projek naik taraf masjid dan Kelas AlQuran dan Fardhu Ain (KAFA) Kg Pandasan Kota Belud.

Beliau berharap kemudahan bernilai hampir RM500 ribu itu akan memberi faedah kepada penduduk kampung dan pengguna jalan raya sebagai lokasi Rehat dan Rawat (RNR) di kawasan berkenaan.

Turut serta dalam program turun padang selama dua hari tersebut ialah Pegawai Kemajuan Negeri, Datuk Ruji Ubi dan Ketua Penolong Pengarah Pembanguna­n Persekutua­n Negeri Sabah, Mat Reo Oredi.Penerangan.

 ??  ?? MEREKA yang menyertai rombongan tersebut bergambar kenangan bersama Samsuni (lima dari kanan).
MEREKA yang menyertai rombongan tersebut bergambar kenangan bersama Samsuni (lima dari kanan).
 ??  ?? SAMSUNI (tiga dari kanan) mendengar taklimat daripada kontraktor.
SAMSUNI (tiga dari kanan) mendengar taklimat daripada kontraktor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia