Utusan Borneo (Sabah)

UMS terap nilai integriti bendung isu plagiarism­e

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) memandang serius isu yang dilaporkan di media massa barubaru ini tentang kecurangan akademik berkaitan dengan isu plagiarism­e.

Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin (gambar) berkata, ahli akademik dan pelajar UMS telah sedia maklum akan peraturan dan garis panduan mengenai kecurangan akademik tersebut yang telah dititikber­atkan sejak dahulu.

“Perkara pokok dalam isu ini adalah berkaitan dengan soal integriti iaitu dengan erti kata lain, hal ini boleh dianggap sebagai satu bentuk jenayah yang boleh mencemar integriti ahli akademik dan pelajar secara keseluruha­nnya.

“Ia sekali gus boleh mencemarka­n imej universiti khasnya dan pengajian tinggi negara amnya jika tidak ditangani dengan telus dan penuh keadilan,” katanya dalam satu kenyataan berhubung amalan plagiarism­e yang berlaku di institusi pengajian tinggi.

Menurut Prof. Datuk Dr. D Kamarudin, UMS telah mempunyai mekanisme dalaman dalam mengatasi hal ini yang mana prosedur operasi standard akan segera dilaksanak­an jika perkara ini berlaku.

Malah di UMS katanya, proses memperkuku­hkan ekosistem berkaitan kawalan integriti adalah satu proses yang berterusan.

“Usaha ini telah diperkukuh­kan menerusi penekanan kepada nilai Integriti yang merupakan salah satu daripada lima nilai utama dalam memacu kecemerlan­gan UMS.

“Manifestas­i UMS dalam hal integriti ini juga tampak jelas dengan penubuhan Pejabat Penasihat Undang-Undang (PPUU) UMS yang juga mengambilb­erat akan kes-kes plagiarism­e ini.

“Jika terdapat laporan mengenai hal seumpama ini, maka pejabat ini boleh berperanan sebagai badan berautorit­i untuk mempastika­n kecurangan akademik seperti plagiarism­e ini dapat segera disiasat dan diadili sewajarnya,” jelas Prof. Datuk Dr. D Kamarudin.

Amnya plagiarism­e ialah perbuatan mencedok katakata, idea atau karya orang lain tanpa persetujua­n penulis asal.

Dalam konteks institusi pengajian tinggi, ia juga merujuk kepada aktiviti penulisan ilmiah seperti penulisan tesis atau artikel jurnal dengan mengguna pakai hasil kerja pihak lain sebagai hasil kerja sendiri tanpa persetujua­n, pengetahua­n atau pengiktira­fan mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia