Utusan Borneo (Sabah)

SMK Rancha-Rancha wakili Labuan sketsa kenegaraan kebangsaan

- Oleh HENRY BATING

LABUAN: SMK RanchaRanc­ha yang menjuarai Sketsa Rukun Negara antara sekolah menengah di Anjung Budaya di sini pada Sabtu bakal mewakili W.P. Labuan untuk bersaing ke peringkat kebangsaan 26-28 Julai di Perak Darul Ridzuan.

Ahli Majlis Penasihat Perbaduan Labuan Simsudin Haji Sidek ketika merasmikan sketsa itu meminta kumpulan sketsa sekolah berkenaan bertanding habis-habisan meskipun datang dari sebuah pulau kecil.

“Semangat kita besar, alangalang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang sampai ke peringkat kebangsaan, kita berjuang sampai kapisan (pengsan),” katanya memberikan semangat.

SMK Rancha-Rancha memperoleh kejuaraan melalui sketsa bertajuk ‘Mimpi Apoi’. Menyusul naib johan ialah SMK Labuan dengan sketsa ‘Suatu Hari Nanti’. Tempat ketiga ialah SMK Pantai dengan sketsa ‘Malaysiaku Harmoni’ dan saguhati SMK Taman Perumahan Bedaun dengan sketsa ‘Muaz’.

Johan menerima hadiah wang tunai RM2,000, naib johan RM1,500, ketiga RM1,000 dan saguhati RM500.

Sektsa itu dianjurkan Jabatan Penerangan Labuan untuk menyemarak­kan serta menggelora­kan lagi nilai-nilai patriotism di kalangan generasi muda sempena sambutan Bulan Kemerdekaa­n nanti.

Pertanding­an itu dijalankan dalam bentuk kaedah pemujukan dengan menggabung­kan semua kaedah komunikasi yang bermatlama­tkan pembentuka­n minda masyarakat bersatu padu.

Menurut Simsudin, Rukun Negara mula diperkenal­kan pada 31 Ogos 1970 sebagai peranti sosiobuday­a tentang kehidupan rakyat Malaysia yang berkongsi sejarah, tradisi, nilai, bahasa kebangsaan dan aspirasi.

“Rukun Negara bukan dihafal untuk mengingati sejumlah prinsip tetapi perlu dilaksanak­an dalam bentuk penghayata­n mendalam bagi menonjolka­n kemuliaan pembentuan negara bangsa,” katanya.

Simsudin yang juga Ketua Cabang PKR Labuan menambah belum terlambat untuk seluruh rakyat mengangkat nilai Rukun Negara untuk memupuk perwatakan nasional.

Simsudin percaya melalui inovasi dan kreativiti rakyat Malaysia mampu menyuburka­n serta memujuk pemikiran rakyat untuk kembali berpegang teguh Rukun Negara dalam kehidupan.

Simsudin berterima kasih kepada guru-guru dan semua pihak yang terlibat kerana menjadi penggerak kepada penghayata­n nilai-nilai Rukun Negara.

Manakala pada Bulan Kemerdekaa­n nanti Simsudin mengajak semua pihak untuk sama-sama mengibarka­n Jalur Gemilang sebagai tanpa cintakan negara.

 ??  ?? SEMUA kumpulan sketsa bergambar ramai.
SEMUA kumpulan sketsa bergambar ramai.
 ??  ?? SIMSUDIN (kedua kiri) ketika merasmikan sketsa antara sekolah Labuan.
SIMSUDIN (kedua kiri) ketika merasmikan sketsa antara sekolah Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia