Utusan Borneo (Sabah)

Serangan gajah liar mencemaska­n satu keluarga di Kluang

-

KLUANG: Sebuah keluarga di Kampung Sri Timur, di sini, berdepan detik cemas apabila kediaman mereka diserang dua ekor gajah, pada Sabtu.

Afian Kamin, 36, berkata kejadian pada 1 pagi itu mengakibat­kan kerosakan pada garaj kereta selain bahagian bumbung kereta Proton Saga FLX miliknya kemek akibat runtuhan garaj tersebut selepas dipijak mamalia berkenaan.

Menurut Afian, ketika kejadian dia dan ahli keluargany­a sedang tidur, namun, terjaga apabila terdengar bunyi bising di luar rumahnya dan bunyi seperti zink dipijak.

“Saya bergegas bangun untuk melihat kejadian sebenar dan amat terkejut bercampur ketakutan apabila mendapati dua ekor gajah betul-betul berada di hadapan rumah.

“Saya hanya mampu memerhatik­an garaj kereta roboh dan pada masa sama, isteri, ibu mentua serta dua anak turut terjaga,” katanya yang dihubungi, Sabtu.

Afian berkata dia sekeluarga hanya mampu berdoa supaya selamat dari serangan itu dan kedua-dua haiwan berkenaan kemudian beredar selepas kira-kira sejam setengah berada di halaman rumah serta merosakkan beberapa tanaman seperti pokok kelapa, pokok pisang dan kelapa sawit.

“Sejak 12 tahun tinggal di rumah berkenaan, inilah kali pertama gajah menyerang kediaman kami. Sebelum ini saya hanya mendengar dan melihat rumah jiran-jiran sahaja diserang gajah.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Negeri Johor Salman Saaban ketika dihubungi berkata pihaknya akan melakukan siasatan terperinci dan akan mengarahka­n Jabatan Perhilitan Daerah Kluang untuk ke lokasi bagi memantau serta mengawal keadaan di situ.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia