Utusan Borneo (Sabah)

Permaisuri Agong berangkat ucap selamat jalan pada jemaah haji

-

SEPANG: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h pada Sabtu berangkat mengucapka­n selamat jalan kepada jemaah haji Malaysia yang akan berlepas ke Tanah Suci dari Kompleks Haji Sepang di sini.

Di awal titah, Raja Permaisuri Agong memaklumka­n bahawa baginda mewakili Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah yang tidak dapat berangkat hadir kerana gering disebabkan bengkak di bahagian buku lali.

“Saya mewakili Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia yang gering kerana buku lali bengkak dan dinasihatk­an oleh doktor supaya rehatkan kaki.

“Saya ingin sampaikan salam Tuanku yang minta maaf tidak dapat hadir atas faktor kesihatan. Seri Paduka ucapkan tahniah kepada yang terpilih untuk menjadi tetamu Allah bagi musim haji tahun ini,” titah Tunku Azizah.

Dalam titah yang disampaika­n Raja Permaisuri Agong menyampaik­an pesanan Seri Paduka yang mahukan semua jemaah haji negara memberi tumpuan melaksanak­an kesemua rukun and wajib haji yang dipelajari sepanjang kursus haji Lembaga Tabung Haji.

Tunku Azizah turut berkongsi pengalaman sendiri menunaikan ibadah haji yang disifatkan baginda sebanyak tiga setengah kali dan melalui pelbagai peringkat kemudahan dan keselesaan.

Menurut Raja Permaisuri Agong, kali pertama baginda menunaikan ibadah haji ialah ketika berusia 15 tahun yang baginda sifatkan sebagai haji ‘ekonomi’.

“Ketika itu tidak ada hotel, duduk di rumah ‘sheikh’, basuh baju sendiri dan tidur di lantai. Ketika itu sekeliling Kaabah masih lagi tanah dan mimbar yang tinggi dengan sedikit marble (marmar) untuk tawaf dan sa’ie,” titah Tunku Azizah. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? RAJA Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan beramah mesra dengan para jemaah pada majlis Ucapkan Selamat Jalan Kepada Bakal Jemaah Haji 1440H di Hotel Movenpick Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur pada Sabtu. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
GambarBern­ama RAJA Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan beramah mesra dengan para jemaah pada majlis Ucapkan Selamat Jalan Kepada Bakal Jemaah Haji 1440H di Hotel Movenpick Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur pada Sabtu. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia