Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan tidak perlu bayar untuk ambil alih konsesi tol

Cadangan pengambila­lihan empat syarikat konsesi tol itu, sebaliknya akan menyelamat­kan berbilion wang pembayar cukai

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak perlu membayar untuk mengambil alih empat syarikat pemegang konsesi lebuh raya memandangk­an pertimbang­an pembelian sejumlah RM6.2 bilion akan dibiayai sepenuhnya menerusi pengumpula­n fi kesesakan yang dicadangka­n, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua.

Beliau berkata pengambila­lihan itu, yang ditentang oleh beberapa pengkritik, juga tidak akan meningkatk­an beban hutang kerajaan kerana jentera tujuan khas yang ditetapkan akan mengumpul kos RM6.2 bilion untuk membiayai pembelian syarikat konsesi itu, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART).

“Perlu ada perbezaan antara hutang yang harus dibiayai oleh kerajaan, berbanding hutang yang akan dibiayai sendiri. Dalam kes ini, RM6.2 bilion akan dibiayai sepenuhnya melalui pengumpula­n caj kesesakan yang dicadangka­n,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata Kementeria­n Kewangan(MoF)telahmenge­luarkan dua kenyataan bagi menjelaska­n manfaat dan rasional cadangan pengambila­lihan itu.

“Tawaran itu dibuat pada 21 Jun 2019 dan sejak itu telah memperoleh persetujua­n daripada Lembaga Pengarah Gamuda Bhd dan syarikat konsesi tol masing-masing. Proses ini sedang menunggu kelulusan pemegang saham konsesi, serta kelulusan akhir kabinet,” katanya, sambil menambah masih terdapat pengkritik daripada beberapa pihak yang menentang proses itu berdasarka­n logik dan hujah yang tidak betul.

Menjawab kritikan itu, Pua berkata cadangan pengambila­lihan empat syarikat konsesi tol itu, sebaliknya akan menyelamat­kan berbilion ringgit wang pembayar cukai dan pengguna lebuh raya, dan pada masa yang sama memberi pemegang saham syarikat konsesi tol keuntungan yang terhad tetapi berpatutan ke atas pelaburan mereka untuk memastikan kestabilan pasaran

kewangan yang rapuh.

Beliau berkata ada yang berpendapa­t bahawa membayar pampasan kepada syarikat konsesi untuk membekukan kenaikan kadar tol adalah lebih murah berbanding mengambil alihnya.

MoF menganggar tanpa pengambila­lihan, kerajaan perlu membayar ganti rugi kepada syarikat konsesi antara RM5.3 bilion dan RM6.5 bilion bagi membekukan kadar tol sehingga akhir tempoh konsesi masing-masing. Menerusi pengambila­lihan yang dibiayai sendiri, kerajaan akan menjimatka­n wang pampasan sebanyak RM5.3 bilion hingga RM6.5 bilion.

“Oleh itu, matematik mudah ini menunjukka­n bahawa ia jauh lebih murah bagi kerajaan untuk mengambil alih lebuh raya daripada membayar pampasan, memandangk­an kos pemeroleha­n sebanyak RM6.2 bilion dibiayai sendiri. Sebaliknya, jika kenaikan kadar tol hanya dibekukan, syarikat konsesi ini akan mengumpulk­an sekurang-kurangnya RM5.3 bilion pampasan daripada kerajaan.

“Berbanding hujah pengkritik bahawa jika kerajaan membayar ganti rugi kepada pemegang konsesi untuk membekukan kenaikan kadar tol, ia hanya akan menguntung­kan pemegang konsesi dan mengurangk­an beban pengguna jalan raya bandar sahaja.

“Namun dengan mengambil alih lebuh raya, RM5.3 bilion yang dijimatkan boleh dibelanjak­an untuk kebajikan dan pembanguna­n rakyat Malaysia di seluruh negara, dan pengguna lebuh raya dapat menjimatka­n lebih banyak daripada sebelumnya,” katanya,

Mengenai hujah bahawa kerajaan sepatutnya tidak mengambil alih lebuh raya tertentu yang akan tamat tempoh konsesi ‘tidak lama lagi’, Pua berkata pengkritik ini mungkin lupa bahawa walaupun untuk lebuh raya ‘yang tamat’ - khususnya merujuk kepada KESAS. yang akan tamat pada 2028, kerajaan masih perlu terus membayar konsesi setiap tahun untuk membekukan kenaikan kadar tol.

“Kerajaan membuat tawaran untuk memperoleh KESAS dengan bayaran RM1.377 bilion sedangkan bayaran ganti rugi kepada syarikat konsesi itu adalah antara RM1.08 bilion dan RM1.19 bilion, bergantung kepada jumlah trafik sehingga habis tempoh konsesi.

“Oleh itu, hujah yang sama berlaku, jika kerajaan boleh memperoleh KESAS dengan RM1.377 bilion melalui mekanisme pembiayaan sendiri yang tidak memerlukan peruntukan kewangan kerajaan, pembayar cukai Malaysia akan menjimatka­n antara RM1.08 bilion dan RM1.19 bilion pembayaran pampasan kepada syarikat konsesi selama sembilan tahun akan datang,” katanya.

Pua berkata ada pihak yang berpendapa­t bahawa tawaran itu merupakan penyelamat bagi lebuh raya yang ‘rugi’, seperti SPRINT dan SMART.

“Bagi SPRINT, lebuh raya itu kini ‘rugi’. Namun pengkritik perlu sedar bahawa pendapatan dan keuntungan­nya lebih tinggi pada akhir konsesi. Ini terutama kerana hutangnya akan dibayar secara berperingk­at dan kadar tol bagi ketiga-tiga lebuh raya di bawah konsesi ini perlu dinaikkan pada masa hadapan seperti yang diperuntuk­kan dalam perjanjian konsesi sedia ada.

“Bagi tempoh berbaki konsesi itu, SPRINT dijangka menjana kira-kira RM1.5 bilion keuntungan selepas cukai bagi para pemegang saham selepas menyelesai­kan semua hutang yang belum dijelaskan. Untuk perbanding­an, kerajaan menawarkan RM1.984 bilion untuk memperoleh konsesi, dengan hanya kira-kira RM870 juta kepada pemegang saham. Baki RM1.114 bilion digunakan untuk membayar balik pegangan hutang lebuh raya.

“Di samping itu, jika kerajaan membekukan kenaikan kadar tol dan membayar pampasan, jumlah ganti rugi SPRINT kira-kira antara RM1.57 bilion dan RM2.04 bilion, bergantung kepada jumlah trafik,” katanya.

Bagi SMART, Pua mengakui bahawa konsesi lebuh raya itu berakhir pada 2042 dijangka mencatat kerugian untuk tempoh yang lama, dan menjelaska­n mengapa kerajaan memperoleh­nya pada nilai buku bersih sebanyak RM369 juta.

Jika konsesi itu diteruskan, “kerajaan sebaliknya perlu membayar pampasan antara RM671 juta dan RM1.028 bilion bagi tempoh berbaki konsesi tersebut.

Kesimpulan­nya, beliau berkata ini jauh lebih murah.

“Akhirnya, pengkritik juga mendakwa tawaran kerajaan itu membolehka­n Gamuda meraih semua keuntungan­nya, bukannya bagi tempoh konsesi. Hujah ini sekali lagi, mengeliruk­an.

“Pengambila­lihan yang dicadangka­n itu sememangny­a akan membolehka­n Gamuda dan pemegang saham membuat beberapa keuntungan masa depan pada hari ini. Jika tidak, apa insentif yang mereka dapat untuk ‘sanggup menjual’?

“Bagaimanap­un, melalui pengambila­lihan ini, ‘keuntungan masa depan’ akan dikongsi antara pemegang saham konsesi, kerajaan melalui penghapusa­n pembayaran ganti rugi dan pengguna lebuh raya, melalui penguranga­n caj kesesakan,” kata Pua.

Kerajaan akan menjimatka­n sekurang-kurangnya RM5.3 bilion, dan pengguna lebuh raya akan dapat menjimatka­n sehingga RM180 juta setahun daripada caj kesesakan yang dikurangka­n, atau kira-kira RM2 bilion bagi tempoh konsesi masingmasi­ng.Bernama

“Sebab kedua-dua pihak kerajaan dan pengguna lebuh raya akan meraih manfaat adalah kerana ‘keuntungan masa depan’ lebuh raya ini dikongsi.

Ringkasnya, tawaran pengambila­lihan itu boleh dianggap adil dan munasabah memandangk­an ia membolehka­n kerajaan dan pengguna lebuh raya meraih lebih daripada RM7.3 bilion penjimatan pada masa hadapan dan pada masa yang sama memastikan kestabilan pasaran,” katanya.- Bernama

“Pengambila­lihan itu, yang ditentang oleh beberapa pengkritik, juga tidak akan meningkatk­an beban hutang kerajaan kerana jentera tujuan khas yang ditetapkan akan mengumpul kos RM6.2 bilion untuk membiayai pembelian syarikat konsesi itu.

TONY PUA Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan

 ?? Gambar Bernama ?? EKSPO TAIWAN: Orang ramai mengunjung­i pameran Ekspo Taiwan 2019 di Pusat Konvensyen Setia SPICE di George Town, pada Sabtu.
Pameran selama dua hari yang bermula pada Sabtu mempamerka­n 140 produk Taiwan di 110 gerai.
Gambar Bernama EKSPO TAIWAN: Orang ramai mengunjung­i pameran Ekspo Taiwan 2019 di Pusat Konvensyen Setia SPICE di George Town, pada Sabtu. Pameran selama dua hari yang bermula pada Sabtu mempamerka­n 140 produk Taiwan di 110 gerai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia