Utusan Borneo (Sabah)

Perompak bunuh 18 penduduk di luar bandar Nigeria

-

KANO:

Perompak bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 18 orang dalam serbuan di luar bandar utara Nigeria, di mana serangan oleh penculik dan pencuri lembu semakin meningkat, menurut penduduk kelmarin.

Penyerang bersenjata yang menunggang beberapa motosikal telah menyerbu ke empat kampung di daerah Kankara dan Danmusa di negeri Katsina pada Rabu lepas, menembak penduduk ketika mereka melarikan diri.

“Kami telah mengumpul 18 mayat dari empat kampung selepas serangan itu, menurut Sada Iliya, seorang ketua komuniti dari perkampung­an Unguwar Rabo di mana sembilan orang telah terkorban.

“Perompak telah memasuki kampung, melepaskan tembakan terhadap orang ramai,” kata beliau.

Pada Khamis lepas penduduk telah membawa mayat ke bandar utama negara 130 kilometer jauhnya dan menyerahka­n mereka kepada amir tradisiona­l sebagai bantahan terhadap serangan.

“Kami membawa 18 mayat itu ke Katsina agar amir dapat melihat sendiri apa yang kami telah lalui di tangan perompak tersebut,” menurut Isyaku Jari dari perkampung­an Maidabino.

Mangsa-mangsa telah dikebumika­n pada hari yang sama selepas sembahyang pengebumia­n dihadiri oleh amir berkenaan, menurut pihak rombongann­ya.

Wilayah Katsina telah mengalami serangan selama beberapa bulan oleh pencuri lembu dan penculik, mendesak penduduk kampung agar membentuk kumpulan pengawal sukarela bagi melindungi diri mereka sendiri.

Kumpulan samseng itu bersembuny­i di dalam hutan, menggunaka­n ia sebagai pangkalan dari tempat tersebut bagi melancarka­n serangan.

Pada bulan Mei, 34 telah terkorban ketika penjahat menyerang tiga kampung di daerah Batsari dan Danmusa, menurut polis dan penduduk.

Keganasant­erbaharumu­ncul ketika usaha untuk menghentik­an serangan di wilayah berhampira­n Zamfara, yang telah melihat pertumpaha­n darah yang terburuk.

Perompak, penternak dan anggota pengawal sukarela telah menghadiri satu mesyuarat damai pada Selasa lepas diuruskan oleh kerajaan wilayah dan pihak polis.

Peladang dan komuniti penternak di kawasan itu telah lama diganggu oleh kumpulan penjahat, namun kumpulan pengawal sukarela telah dituduh bagi pembunuhan tanpa pengadilan.

Kumpulan samseng telah menuntut supaya anggota mereka yang disyaki berhenti disasarkan bagi serangan tindakan balas, sementara pihak perunding sedang mendesak agar kedua-dua pihak melucutkan senjata. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia