Utusan Borneo (Sabah)

Dorongan tingkat semangat anak-anak, kata Daud

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BONGAWAN: Ibubapa perlu memberi dorongan berterusan kepada anak-anak bagi memastikan mereka sentiasa mempunyai semangat untuk menimba dan menuntut ilmu di sekolah.

Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Dr Daud Yusof berkata, ibubapa mungkin tidak menyedari tindakan memberi galakan moral dapat meningkatk­an lagi minat anak-anak untuk belajar.

Oleh itu katanya, galakan moral yang positif sudah pasti dapat memotivasi­kan mereka untuk terus berjuang menuntut ilmu sekaligus mencapai sasaran untuk mendapatka­n keputusan yang cemerlang.

“Kadang-kadang anakanak kita memerlukan sedikit dorongan dan sokongan. Sebagai ibubapa kita perlu mencari pendekatan yang baik dengan memberikan mereka galakan moral supaya mereka dapat mengharung­i apa juga cabaran, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Gotong Royong Perdana serta Pengistiha­ran Sekolah Angkat Jenifer Lasimbang di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan II pada Sabtu.

Dalam pada itu, Daud yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan mengingatk­an para guru supaya terus mencari kaedah terbaik untuk mengajar anak murid supaya mereka lebih mudah memahami dan mengingati pelajaran yang disampaika­n.

Beliau berkata, dengan cabaran masa kini, satu kaedah pembelajar­an diperlukan bagi memastikan mereka mempunyai minat dan yang penting sekali, memiliki semangat untuk terus menuntut ilmu.

Tambahnya, anak-anak yang kurang cemerlang juga tidak seharusnya diabaikan malah perlu diberikan perhatian lebih bagi memastikan mereka juga mampu mendapat keputusan yang cemerlang.

Jelas Daud lagi, muridmurid yang ada di sekolah pada hari ini merupakan generasi yang bakal meneruskan pembanguna­n negara, oleh itu setiap mereka wajar dididik dengan baik kerana mereka mempunyai peranan dan tanggungja­wab masingmasi­ng untuk membangun negara.

Pada majlis itu, Pembantu Menteri Pendidikan Dan Inovasi, Jenifer Lasimbang secara rasminya menjadikan SMK Bongawan II sebagai sekolah angkat yang disaksikan para hadirin serta tetammu kehormat sempena program itu.

 ??  ?? DAUD menanam pokok sebagai gimik perasmian program gotong-royong yang diadakan di SMK Bongawan II.
DAUD menanam pokok sebagai gimik perasmian program gotong-royong yang diadakan di SMK Bongawan II.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia