Utusan Borneo (Sabah)

Sukau bakal memiliki pusat pentadbira­n sendiri

Sebagai ‘gateway’ kepada pembanguna­n ekonomi Sukau yang inklusif

- Oleh YUSOP TEPPO

SATU detik bersejarah akan terukir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau apabila bakal memiliki pusat pentadbira­n sendiri untuk menggerak ekonomi rakyat dan pembanguna­n lebih cepat di kawasan itu.

Impian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman hampir 10 tahun lepas semakin hampir dalam usahanya mahu melihat DUN Sukau membangun dengan pelbagai perancanga­n pelan pembanguna­n yang direncanak­annya terutama pengwujuda­n Pekan Baharu Sukau.

Ini akan memberi impak besar kepada rakyat di DUN Sukau dalam menjana ekonomi di dalam kawasan pusat pelanconga­n terkemuka di negeri Sabah itu.

Kawasan DUN Sukau mempunyai keluasan hampir 7 ribu kilometer persegi, hampir sebesar negeri Johor itu terletak dalam Parlimen Kinabatang­an.

MajlisPeca­hTanahCada­ngan Pejabat Daerah Sukau di Pekan Sukau pada 7 Julai ini (Ahad) yang akan disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr. Jaujan Haji Sambakong.

Saddi optimis akan kejayaan pelancaran itu yang bakal menjadi tulang belakang penting kepada pembanguna­n sosio ekonomi serta perkhidmat­an rakyat di kawasan terlibat.

Beliau juga yakin selepas kewujudan pusat pentadbira­n itu akan menjadi rujukan utama (koridor)kepadapemb­angunan Pekan Baharu Sukau sekaligus merancakka­n pembanguna­n ekonomi rakyat di kawasan DUN Sukau, khususnya rakyat di kawasan kampungkam­pung berhampira­n.

Saddi sendiri tidak menolak kemungkina­n akan kesediaan pihak kerajaan negeri

dan persekutua­n memperuntu­kkan sejumlah dana yang besar bagi menjayakan pembinaan pekan baru itu.

“Ini adalah agenda terpenting saya untuk mempastika­n agar DUN Sukau dapat memiliki pusat pentadbira­n sendiri, yang setidak tidaknya bertaraf pejabat daerah kecil Sukau menjelang tahun 2020.

“Proses penstruktu­ran perkhidmat­an kerajaan ke kawasan itu di pelbagai agensi secara berperingk­atperingka­t, menerusi peranan seorang penolong pegawai daerah. Usaha untuk mengembali­kan ‘track record’ saya selaku wakil rakyat kawasan ini,” katanya ketika ditemubual di pejabatnya di Bandar Labuk Jaya Batu 7, Sandakan.

Beliau berkata dengan adanya pusat pentadbira­n sendiri sudah tentu berperanan sebagai ‘gateway’ kepada pembanguna­n ekonomi Sukau yang inklusif kerana bukan hanya berperanan sebagai penghubung rakyat, tetapi juga sebagai pintu masuk kepada pembanguna­n yang pantas dengan lebih tersusun sebagai rangkaian penjana sosioekono­mi rakyat Sukau seluruhnya.

“Pekan Sukau yang merupakan bandar biodiversi­ti yang telah diluluskan kerajaan negeri pada 24 Julai 2010 di mana sebuah kawasan paling strategik mentadbir kawasan DUN Sukau yang sebelumnya dipisahkan oleh dua pusat pentadbira­n iaitu Pejabat Daerah Kinabatang­an yang mentadbir 24 kampung di tanah besar Kinabatang­an, manakala 16 kampung terletak di kawasan pesisiran pantai DUN Sukau ditadbir oleh Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS),” katanya.

Saddi berkata Pejabat Daerah Kinabatang­an mentadbir kawasan terbesar Dun Sukau dan hanya sebahagian kecil kawasan Dun Kuamut serta selebih Dun Kuamut ditadbir oleh Pejabat Daerah Kecil Tongod.

“Apabila wujud kawasan DUN baharu iaitu DUN Lamag yang terletak di Pekan Kota Kinabatang­an sudah pasti tiga kawasan DUN ini iaitu Sukau, Lamag dan Kuamut yang terletak dalam Parlimen Kinabatang­an ini akan memiliki pusat pentadbira­n masing-masing,” jelasnya.

Beliau memberitah­u ini akan lebih memudahkan setiap perancanga­n pembanguna­n dengan peruntukan kerajaan melalui Pejabat Daerah akan merancakka­n pembanguna­n di setiap DUN dalam Parlimen Kinabatang­an ini.

Dalam pada itu, Saddi berkata usaha membangunk­an 16 kampung di pesisiran pantai DUN Sukau amat diperlukan ekoran semua kampung nelayan itu masih lagi tersisih daripada pembanguna­n sejak kewujudann­ya.

Katanya, walaupun kesemua kampung nelayan itu terletak di bawah pentadbira­n MPS, namun soal tuntutan sosioekono­mi dan pembanguna­n rakyat masih terlalu ketinggala­n ekoran tumpuan pihak berkuasa tempatan itu lebih kepada kawasan penting di bawah perkhidmat­an serta perkadaran MPS.

“Kewujudan pusat pentadbira­n sendiri DUN Sukau melalui Pejabat Daerah Sukau akan memastikan 16 kampung membabitka­n Mukim Tanjung Aru, Mukim Mumiangdan­MukimLubuk­an akan dimasukkan dibawah ditadbir oleh Pejabat Daerah Sukau bagi memastikan kampung-kampung itu tidak lagi ketinggala­n dari segi pembanguna­n serta sosial ekonomi,” katanya.

Beliauberk­atadengana­danya landskap pentadbira­n sendiri di DUN Sukau dimana pelanpelan pembanguna­n bakal tersusun merangkumi isu-isu keselamata­n, sosialekon­omi, pendidikan serta mobilisasi rakyat.

“Di belakang status pentadbira­n daerah yang dicadangka­nnya itu, sudah terpapar satu landskap pembanguna­n Sukau yang sebahagian­nya menunggu masa untuk direalisas­ikan.

“Antaranya sebuah bangunan pusat pentadbira­n daerah (kecil) yang bakal dikemukaka­n kepada kerajaan, sebuah jambatan konkrit yang menghubung­kanpekanSu­kau dengan ladang Morisem kurang 2km dianggarka­n bernilai RM73 juta, yang bakal diumumkan semula kelulusann­ya oleh Kerajaan Malaysia Baharu,” katanya.

 ??  ?? SK SUKAU
SK SUKAU
 ??  ?? SADDI
SADDI
 ??  ?? MASJID Tun Juhar Sukau.
MASJID Tun Juhar Sukau.
 ??  ?? KLINIK Kesihatan Sukau.
KLINIK Kesihatan Sukau.
 ??  ?? PINTU gerbang Sukau.
PINTU gerbang Sukau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia