Utusan Borneo (Sabah)

Mane bantu Senegal atasi Uganda dalam perlawanan yang tegang

-

KAHERAH: Sadio Mane menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan bola sepak Piala Negara-Negara Afrika 2019 apabila dia menjaringk­an gol yang memberikan kemenangan 1-0 kepada Senegal ke atas Uganda dalam perlawanan peringkat 16 terakhir yang lasak.

Bintang Liverpool itu melakukan jaringan pada minit ke-15 dengan satu rembatan jarak dekat selepas satu gerakan membuka pertahanan Uganda di Kaherah.

Mane kemudian gagal menyempurn­akan satu tendangan penalti – kali kedua dia gagal berbuat demikian dalam dua perlawanan – tetapi tiga jaringanny­a dalam tiga perlawanan meletakkan­nya di hadapan 11 penjaring lain yang masing-masing menyumbat dua gol.

Pada peringkat suku akhir, Senegal akan menentang pasukan dari sebuah lagi negara barat Afrika, Benin, yang mengejutka­n Maghribi sebelum itu, dengan memenangi penentuan tendangan penalti selepas keputusan seri 1-1 setelah masa tambahan.

Permulaan yang kasar di Stadium Antarabang­sa Kaherah dalam perlawanan peringkat akhir kedua menyaksika­n dua pemain Uganda dan seorang pemain Senegal dilayangka­n kad kuning dalam masa 10 minit selepas sepak mula dilakukan.

Kapten dan penjaga gol Uganda Denis Onyango pertama sekali dilayangka­n kad kuning selepas dia meluru keluar dari garisan gol dan mengasari Ismaila Sarr, yang memerlukan rawatan lama.

Penyerang gergasi Uganda, Emmanuel Okwi, menjadi pesalah seterusnya apabila sikunya terkena muka pemain pertahanan tengah dan kapten Senegal, Cheikhou Kouyate.

Pemain tengah Senegal Papa Ndiaye kemudian memasuki buku pengadil apabila dia dengan sengaja menolak seorang pemain Uganda dengan begitu kuat sehinggaka­n dia tergolek keluar dari padang.

Selepas keadaan menjadi tenang, Senegal menjaringk­an gol menerusi Mane, yang berkongsi Kasut Emas Liga Perdana Inggeris pada musim lepas bersama rakan sepasukan di Liverpool Mohamed Salah dan PierreEmer­ick Aubameyang dari Arsenal.

Satu hantaran Uganda berjaya dipintas dan dua hantaran licik yang cepat meloloskan Mane untuk merembat bola dengan kaki kiri melepasi Onyango, salah seorang penjaga gol terbaik di Afrika.

Pada minit ke-18, Uganda kehilangan pemain pertahanan tengah Hassan Wasswa selepas dia mencederak­an hamstring kirinya dan Timothy Awany menggantik­annya.

Pemain tengah Khalid Aucho menjadi pemain ketiga Uganda yang dilayangka­n kad kuning, bagi satu kekasaran yang ketara, dan Okwi bernasib baik tidak diberi amaran kedua dan kad merah kemudian.

Lebih banyak kad dilayangka­n berbanding cubaan gol yang menepati sasaran dalam masa 45 minit pertama, yang berakhir dengan Senegal yang mempertaha­nkan kelebihan satu gol dengan selesa. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia