Utusan Borneo (Sabah)

Pogba ‘dalam proses’ untuk berpindah: ejen

-

LONDON: Ejen Paul Pogba, Mino Raiola, sedang “dalam proses” untuk mengatur perpindaha­n dari Manchester United (MU) bagi pemain Perancis itu, katanya kepada akhbar The Times pada Jumaat.

Pemain tengah itu mempunyai karier yang tidak menentu di Old Trafford sejak dia menyertai kelab itu dengan bayaran rekod dunia ketika itu, 105 juta euro (RM504 juta) pada 2016 dari Juventus.

Raiola mendakwa ketua-ketua MU tahu pemenang Piala Dunia itu mahu meninggalk­an kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

“Semua orang dalam kelab, daripada pengurus hingga kepada pemilik, tahu kehendak Paul,” kata Raiola dalam satu temu ramah bersama akhbar British, The Times.

“Semua orang tahu kesediaan Paul untuk berpindah. Kami sedang dalam proses tersebut. Semua orang tahu apa perasaan Paul.”

Raiola juga menimbulka­n keraguan mengenai sama ada Pogba akan menyertai skuad Ole Gunnar Solskjaer untuk jelajah pramusim ke Australia, dan para pemain dijadual berlepas pada hari ini (Ahad).

MU sebelum ini menegaskan Pogba akan menyertai penerbanga­n itu.

“Saya tidak dapat memberitah­u anda apa-apa. Saya hidup dari hari ke hari,” kata Raiola.

Pogba telah menyatakan ketika di Tokyo pada bulan lepas bahawa ia “mungkin masa yang bagus untuk mencari cabaran baharu di tempat lain”.

Walaupun menjaringk­an 16 gol pada musim ini, separuh daripadany­a menerusi tendangan penalti, Pogba sering dikritik kerana sumbangann­ya di bawah Jose Mourinho mahukan Solskjaer apabila MU menamatkan musim di tempat keenam dalam EPL.

Solskjaer, yang tidak mempedulik­an persembaha­n Pogba yang sering lesu, telah merancang untuk menawarkan jawatan timbalan kapten kepadanya pada musim ini dalam usaha untuk memujuk bintang itu agar terus kekal di Manchester.

Bagaimanap­un Real Madrid dan juara Itali Juventus sudah berulang kali dikaitkan dengan Pogba, yang mempunyai kontrak dengan MU sehingga 2021.

Real dipercayai menjadi destinasi pilihan pemain berusia 26 tahun itu dan pada Mac lalu, dia berkata gergasi Sepanyol itu merupakan “kelab impian bagi setiap pemain”. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia