Utusan Borneo (Sabah)

Tambadau buru gelaran juara

Setelah kotakan sasaran layak beraksi di Liga Super musim depan

-

KOTA KINABALU: Kejayaan mengotakan sasaran utama layak ke Liga Super menyemarak­kan semangat Tambadau Sabah memburu gelaran juara.

Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Peter Anthony berkata ia juga bukan mustahil untuk dicapai jika pasukan dapat mengekalka­n prestasi baiknya.

“Beban tekanan mengeluark­an pasukan Sabah dari kepompong Liga Premier selama tujuh tahun telah kita lenyapkan dengan kejayaan layak ke Liga Super musim depan iaitu sasaran utama kita musim ini.

“Kejayaan ini adalah pembakar semangat dan tonik yang kita perlukan untuk memburu gelaran juara Liga Premier pula. Saya amat yakin ini juga bukan mustahil kerana kita hanya perlukan tambahan tiga mata untuk mendakapny­a dan mempunyai tiga peluang menerusi baki tiga perlawanan mendapatka­nnya,” kata Peter ketika dihubungi pada Sabtu.

Kemenangan 1-0 ke atas JDT II di Stadium Pasir Gudang, Jumaat lalu mengukuhka­n kedudukan Tambadau Sabah di tangga teratas dengan 37 mata.

Masih dalam senarai persaingan gelaran juara ialah JDT II yang telah mengumpul 33 mata di tangga kedua tetapi berbaki dua perlawanan dan dua lagi lawan Tambadau Sabah selepas ini iaitu UiTM FC dan Terengganu FC II (TFC II).

UiTM FC yang telah mengumpul 28 mata di tangga ketiga beraksi menentang Polis DiRaja Malaysia (PDRM) manakala TFC II yang telah mengumpul 26 mata menentang Pulau Pinang semalam.

UiTM FC berbaki tiga perlawanan manakala TFC II berbaki empat perlawanan termasuk perlawanan semalam.

Ia memerlukan Tambadau Sabah hanya dapatkan tiga mata untuk kumpul 40 mata iaitu jumlah yang tidak mampu dicapai pasukan lain bagi menamatkan penantian 23 tahun gelaran juara.

“Dengan prestasi pemain di tahap baik sekarang saya yakin dan harap kita akan dinobatkan sebagai juara lebih awal,” kata Peter.

Tambadau Sabah akan meneruskan cabaran menentang UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam pada Selasa (9 Julai) sebelum kembali beraksi di gelanggang sendiri menentang Kelantan di Stadium Likas pada 13 dan menutup tirai saingan liga musim ini menentang TFC II di tempat lawan pada 19, 20 atau 21 Julai. Mengenai kejayaan mengalahka­n JDT II, Peter yang turut menyaksika­n perlawanan itu berkata ia adalah hasil kerja keras semua anggota pasukan termasuk pengurusan. “Tahniah kepada semua pemain dan pengurusan. Kita telah menyaksika­n perlawanan yang seperti perlawanan akhir dan keluar sebagai pemenang tentunya amat menggembir­akan.

“Saya fikir pasukan telah memberikan apa yang ditagih Kerajaan Negeri dan penyokong bola sepak Sabah iaitu merealisas­ikan sasaran utama kita naik ke Liga Super.

“Bagaimanap­un pasukan sekarang berada di landasan yang baik untuk memberikan lebih lagi iaitu gelaran juara Liga Premier pula. Kita akan cuba yang terbaik,” kata Peter sambil berterima kasih kepada ribuan penyokong Tambadau Sabah di Johor.

Gol tunggal kemenangan Tambadau Sabah pada perlawanan itu dijaringka­n Rodoljub Paunovic pada minit ke-59 yang juga gol peribadi ke-10-nya musim ini.

Bagaimanap­un kemenangan Sabah itu turut dibayar dengan kehilangan khidmat dua tonggak pertahanan iaitu Park Tae Su dan Randy Baruh serta pemain tengah Ahmet Atayev pada perlawanan akan datang kerana penggantun­gan permainan ekoran telah mengumpul tiga hingga enam kad kuning.

 ?? Gambar ihsan Media SAFA. ?? PETER, pegawai dan anggota skuad Tambadau Sabah merakamkan reaksi gembira selepas menewaskan JDT II 1-0 di Stadium Parir Gudang, Johor, Jumaat lalu yang mengesahka­n tempat Sabah ke Liga Super musim depan.
Gambar ihsan Media SAFA. PETER, pegawai dan anggota skuad Tambadau Sabah merakamkan reaksi gembira selepas menewaskan JDT II 1-0 di Stadium Parir Gudang, Johor, Jumaat lalu yang mengesahka­n tempat Sabah ke Liga Super musim depan.
 ??  ?? REAKSI Paunovoc selepas menjaringk­an gol kemenangan Sabah ke atas JDT II. Media SAFA. Gambar ihsan
REAKSI Paunovoc selepas menjaringk­an gol kemenangan Sabah ke atas JDT II. Media SAFA. Gambar ihsan
 ?? Gambar ihsan Media SAFA. ?? (Gambar kiri) REAKSI sebahagian daripada penyokong Tambadau Sabah di Stadium Pasir Gudang, Jumaat lalu.
Gambar ihsan Media SAFA. (Gambar kiri) REAKSI sebahagian daripada penyokong Tambadau Sabah di Stadium Pasir Gudang, Jumaat lalu.
 ?? Gambar ihsan Media SAFA. ?? PETER bersama penyokong Tambadau Sabah selepas perlawanan tamat.
Gambar ihsan Media SAFA. PETER bersama penyokong Tambadau Sabah selepas perlawanan tamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia