Utusan Borneo (Sabah)

Berhari Raya di Pantai Tanjung Lipat

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Jom Sastera berlangsun­g santai, meriah

-

MUNGKIN bukan berikan kelainan kepada Biro Negeri Sabah Persatuan Penulis Alam Maya Malaysia (Jom Sastera) apabila memilih Pantai Tanjung Lipat untuk Majlis Rumah Terbuka Hari Raya.

Menurut Ketua Biro Jom Jom Sastera Sabah (JSS) Kasmah Osinggan, pejabat Jom Sastera Sabah di Sepanggar walaupun agak luas namun, pantai berikan aspirasi kepada sahabat dan kenalan untuk beramah mesra, sambil berpuisi dan cabutan hadiah.

Antara tetamu pada Sabtu lalu ialah pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPS) Kasima Salinri dan sanak, Ketua Satu Persatuan Ikatan Penulis Sabah (IPS) Abd Naddin Haji Shaiddin dan Setiausaha Mohd Nurazwan Augustine, penyair Marmoh Kasman, Mahmud Jahar dan keluarga dari Ranau, Neldy Jolo, serta ahli keluarga JSS dan keluarga. Turut hadir ialah Ketua Satu Jom Sastera Yatim Ahmad.

Kasmah berkata, pada majlis berkenaan juga tetamu kebanyakan penulis bertukar buku atau membeli buku sesama mereka. Selain antologi cerpen dan puisi membabitka­n Kasmah, Darmata dan Kim’s Diwa (Tondu Di Bawah Bayu), Kim’s juga berpeluang menjual buku kumpulan karya sulungnya, Sonata Musim Kenangan.

“Ia berikan pelbagai suasana selain berhari raya dan beramah mesra kalangan tetamu, saya sendiri menjual atau hadiahi buku kepada rakan. Mungkin ia menjadi sambutan yang kekal di pantai kepada JSS pada tahun akan datang,” katanya.

Kasmah berkata, selain program ke sekolah,

JSS berusaha untuk mendedahka­n persatuan penulis kepada awam dan walaupun pengunjung pantai ada yang memerhati dari jauh, setidaknya mereka kenali bahawa persatuan penulis boleh beriadah dan interaksi dengan masyarakat awam.

Katanya, ia juga berikan ‘kerihatan’ kepada semua ahli persatuan yang tidak jemu melaksanak­an program memasyarak­atkan sastera khusus kepada pelajar sekolah. Sebelum ini JSS mengadakan beberapa program ke sekolah seperti di SMK Penangah, Telupid dan SK St Agnes, Likas; menyusul cadangan di SMK Tamparuli , sementara SK Batandok, Beaufort pada 27 Ogos depan.

Menurutnya, Jom Sastera Sabah komited melaksanak­an program membabitka­n pelajar sekolah menengah dan rendah, sama ada kerjasama dengan pihak DBPS atau persatuan penulis lain di negeri ini.

“Setidaknya, sastera terus relevan kepada pelajar dan murid untuk kita pastikan masyarakat akan datang mencintai sastera, membeli dan membaca bahan karyawan penulis kreatif,” katanya.

Sementara pada majlis itu juga, penulis berpeluang beramah mesra dengan pengelola sastera Utusan

Borneo Abd Naddin yang selama ini banyak berikan ruang dan peluang kepada penulis termasuk Semenanjun­g dan Sarawak.

“Menerusi interaksi ini kami dapat lebih memahami bagaimana pihak akhbar mengelola karya penulis, had dan batasan serta hasilkan karya yang bagus kerana Abd Naddin juga dikenali penyair,” kata Kasmah.

Kasmah berkata, tidak dinafikan penulis kalangan ahli JS mendapat banyak manfaat daripada siaran karya akhbar berkenaan dan ini menaikkan semangat untuk bersaing hasilkan karya yang bagus.

“Jadi, sasaran kami mengadakan majlis hari raya di kawasan terbuka diharap berikan banyak maklum balas daripada pihak yang berkaitan pengembang­an kreatif. Begitu kehadiran Puan Kasima sebagai pegawai DBPS untuk kami merujuk hal-hal berkaitan program penulis anjuran badan berkanun itu,”katanya.

Kasmah berterima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan program Hari Raya di Pantai Tanjung Lipat dan berharap ia menyemarak­kan terus untuk mempelbaga­ikan produk sastera pada masa akan datang.

 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli JS bersama jemputan majlis hari raya di Pantai Tanjung Lipat. Kelihatan Abd Naddin (berdiri empat dari kiri) bersama Yatim (bersebelah­an), Kasmah (duduk dua kiri), Darmata, Kim’s, Rosnina Ahmad, Ct Rudah, Mahmud Jahar (berdiri empat kanan), Marmoh (berdiri dua kiri), Neldy (berdiri tiga kiri) dan Nurazwan (berdiri tiga kanan).
SEBAHAGIAN ahli JS bersama jemputan majlis hari raya di Pantai Tanjung Lipat. Kelihatan Abd Naddin (berdiri empat dari kiri) bersama Yatim (bersebelah­an), Kasmah (duduk dua kiri), Darmata, Kim’s, Rosnina Ahmad, Ct Rudah, Mahmud Jahar (berdiri empat kanan), Marmoh (berdiri dua kiri), Neldy (berdiri tiga kiri) dan Nurazwan (berdiri tiga kanan).
 ??  ?? YATIM (tengah) bersama ahli JS dan tetamu pada majlis itu.
YATIM (tengah) bersama ahli JS dan tetamu pada majlis itu.
 ??  ?? ABD NADDIN menerima Kumpulan Karya Sonata Musim Kenangan daripada penulisnya, Kim’s Diwa.
ABD NADDIN menerima Kumpulan Karya Sonata Musim Kenangan daripada penulisnya, Kim’s Diwa.
 ??  ?? KASIMAH membaca sajak pada majlis di Tanjung Lipat.
KASIMAH membaca sajak pada majlis di Tanjung Lipat.
 ??  ?? ABD NADDIN menerima Antologi Puisi Tondu di Bawah Bayu daripada penulisnya Kasmah (kiri), Darmata dan Kim’s.
ABD NADDIN menerima Antologi Puisi Tondu di Bawah Bayu daripada penulisnya Kasmah (kiri), Darmata dan Kim’s.
 ??  ?? PENULIS veteran Mahmud Jahar bersama ahli jawatankua­sa Jom Sastera.
PENULIS veteran Mahmud Jahar bersama ahli jawatankua­sa Jom Sastera.
 ??  ?? KASMAH bersama Ross Nina dan Neldy Jolo.
KASMAH bersama Ross Nina dan Neldy Jolo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia