Utusan Borneo (Sabah)

Jasni Matlani dinobat Tokoh Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara 2019

-

MAHRAJAN Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Ke-8 yang baru berakhir panganjura­nnya baru-baru ini secara rasmi mengiktira­f dan menobatkan Datuk Jasni Matlani sebagai tokoh penerima anugerah persuratan yang prestij di peringkat Asean itu, kata Abdul Karim Gullam, Naib Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).

“Anugerah ini bukan sahaja sebagai penghormat­an dan pengiktira­fan terhadap pimpinan BAHASA, tetapi penting kepada sumbangan kita semua di Sabah dalam mengimarah­kan persuratan dan kesenian Islam di peringkat negeri, kebangsaan dan serantau,” katanya kepada media di Membakut baru-baru ini.

Katanya lagi, Datuk Jasni Matlani memang layak diberikan pengiktira­fan ini, kerana beliau adalah salah seorang aset besar dalam sastera kita yang kini disebut-sebut sebagai antara calon Sastetawan Negara.

“Justeru beberapa pengiktira­fan ini, termasuk Tokòh Mahrajan serta beberapa anugerah lain yang telah diberikan kepada beliau sebelum ini, akan mengesahka­n lagi sumbangan Datuk Jasni di peringkat kebangsaan dan serantau. Seterusnya menjentik panel Sasterawan Negara dan mereka yang terlibat dalam pemberian anugerah itu untuk pertama kali memberi pengiktira­fan tertinggi sastera negara itu kepada tokoh dari Sabah dan Sarawak,” tegasnya.

Bagi anugerah Tokoh Mahrajan itu, Jasni menerima sepasang kain persalinan, replika dan wang tunai RM3,000 yang disampaika­n oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Panglima Haji Syed Abas Syed Ali, dalam acara kemuncak Mahrajan yang gilang gemilang di Dewan Seri Wawasan Pimping, Membakut.

Anugerah itu merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada penulis dan tokoh yang memberikan sumbangan besar kepada perkembang­an persuratan dan kesenian Islam Asean, di mana hadiahnya disampaika­n sempena sambutan Mahrajan anjuran Pejabat ADUN N. 24 Membakut, bersama-sama Pejabat Daerah Kecil Membakut, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ( JHEAINS), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).

Selain Jasni, tahun ini, anugerah berkenaan turut diberikan kepada Dr. Phaosan Jehwae, seorang tokoh penulis yang banyak menulis puisi berunsur Islam dari Selatan Thailand dan turut menerima anugerah itu Sapar Aman dari Membakut.

Jasni yang sebelum ini menerima anugerah Sasterawan Negeri Sabah, terkenal sebagai tokoh penulis yang versatil dan menulis dalam pelbagai genre sama ada puisi, cerpen dan novel.

Jasni amat dikenali bukan sahaja di Sabah, malah di peringkat kebangsaan dan Nusantara. Beliau juga pernah dinobatkan sebagai penerima Anugerah SEA Write yang diberikan kerajaan Thailand pada tahun 2015.

Beliau juga adalah antara tokoh pengasas atau perintis yang memainkan peranan penting dalam penganjura­n Mahrajan ini bersama-sama dengan Datuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd. Arif.

Sebagai rekod antara tokoh aktivis dan penulis ternama dari Sabah yang telah menerima anugerah ini sebelumnya ialah Datuk Jamdin Buyong, Datuk Haji Jalidar Abdul Rahim, Datuk Dr. Hajah Zaiton Haji Ajamain dan Ramli Jusoh.

 ??  ?? SYED Abas menyampaik­an anugerah Tokoh Mahrajan kepada Jasni (dua kanan) pada Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Ke-8 di Membakut.
SYED Abas menyampaik­an anugerah Tokoh Mahrajan kepada Jasni (dua kanan) pada Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Ke-8 di Membakut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia