Utusan Borneo (Sabah)

Cerita Tentang Batu

- Batu-batu bangunan:

AKU adalah pasir, simen dan air diadun menjadi batubatu untuk membangunk­an rumah konkrit dan prasarana mega di mana-mana. Aku dijadikan bahan untuk melengkapk­an struktur rumah-rumah yang kukuh. Kiri dan kanan, depan dan belakang, atas dan bawah sampailah kepada tiang, dinding dan atap, akulah bahan yang membungkus menjadikan sesuatu bangunan itu kelihatan cantik dan bernyawa. Bermacamma­cam cara oleh arkitek dan para pekerja-pekerja bangunan supaya hasil tangan mereka kelihatan cantik. Bermula daripada pengarah projek sampailah kepada para pekerja bangunan, malah pengawal keselamata­n di tempat kerja juga mengharapk­an segala-galanya berjalan lancar dan siap mengikut perjanjian yang telah ditanda tangani oleh kerajaan dan pihak pemaju perumahan.

Hanya sedikit kayu kayan yang digunakan. Kalau adapun hanya galang, kasau dan bumbung sahaja yang memerlukan kayu. Gelegar dan lantai juga kadangkala tidak memerlukan kayu lagi. Semua itu menggunaka­n pasir, air dan simen untuk menjadikan aku. Hanya zaman dahulu sahaja semua perkakas rumah yang disebutkan tadi memerlukan kayu kerana pada waktu itu pasir dan simen belum popular lagi. Kalau ada pun hanya di bandar-bandar sahaja yang menggunaka­n pasir, air dan simen tersebut untuk membentuk diriku. Jauh di pedalaman, aku masih belum diperlukan lagi. Sebabnya kerana ekonomi masyarakat terdahulu masih rendah. Lagipun masyarakat zaman itu tidak gemar menggunaka­n bahan-bahan seperti itu. Mereka lebih suka menggunaka­n kayu kayan untuk membina sebuah rumah yang kukuh. Satu. Yang keduanya bangunan yang bertingkat-tingkat belum menjadi keperluan penting pada waktu. Ini kerana zaman itu belum bertamadun lagi. masyarakat belum memikirkan soal peri pentingnya rumah bertingkat.

Kini, aku sudah menjadi sesuatu yang amat penting. Di mana-manapun aku menjadi keperluan asas yang paling utama di dunia. Apatah lagi zaman sekarang ini, kawasan-kawasan lapang semakin mengecil dan mengecil kerana pertambaha­n kapasiti penduduk dunia yang semakin padat. Terpaksa membina rumah yang bertingkat. Di negara kecil misalnya, kerajaan yang memerintah terpaksa membina bangunan-bangunan tinggi pencakar langit bagi menampung pendudukny­a yang semakin bertambah setiap tahun. Tapi, apakah aku boleh mengangkat beban yang amat berat, sekiranya aku terpaksa digunakan sehingga puluhan malah ratusan tingkat yang tidak mengikut acuan yang sebenar?

Sampai bila aku boleh bertahan menanggung beban yang begitu berat? Oleh sebab itu, pihak berkuasa dan para kontraktor perlu berbincang supaya sesuatu yang dirancang itu perlu mengikuti piawaian dan garis panduan yang ditetapkan. Jangan buat sambil lewa hingga mengabaika­n keselamata­n para pengguna. Seperti halnya kepada beberapa bangunan mewah terpaksa tersungkur atas sebab-sebab, mungkin strukturny­a lemah dan alat yang dipakai juga tidak mengikuti piawaian yang diperlukan. Maka terjadilah kemalangan nyawa dan kerosakan yang bukan sedikit.

Banyak bangunan mega runtuh kerana ini. Pada saat itulah seluruh dunia memperkata­kan bahawa pihak kontraktor hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang menimpa para penghuni. Ada juga yang mempertika­ikan pekerja-pekerja pakar yang ditugaskan. Di pihak yang satu lagi menafikan dan mendakwa bahawa struktur tanahlah yang menyebabka­n berlakunya runtuhan. Masing-masing menuding jari dan masing-masing ingin melepaskan diri. Akhirnya kedua-dua perlu dipersalah­kan.

Aku tidak pernah berpihak ke manamana. Secara kebetulan pula aku hanya bahan yang dicipta demikian rupa. Aku hanya mengikut sahaja. Tidak ada bantahan apa-apa pun. Bukankah aku ini pasir, simen dan air yang diadun. Aku tidak pernah memikirkan bahawa aku boleh bersedih dengan perkara di luar kemampuank­u. Jangan pula aku dituduh sebagai alat untuk menjadi punca segala kecuaian. Dengan mencari kemenangan di atas kelalaian sendiri. Aku amat percaya bahawa semua itu bukan berpunca daripada aku atau lain-lain bahan yang digunakan. Air pula didakwa terlalu banyak.

Membuatkan bangunan tidak kukuh. Kemudian simen kata tidak cukup atau pasir yang terlebih daripada sukatan yang sebenarnya. Itu juga bukan kerja kami. Yang membuat adunan bukan kami. Kami sentiasa merelakan diri diperlakuk­an apa sahaja. Bukankah semua pekerja sudah biasa bagaimana mengadun sesuatu supaya ia menepati sukatan yang ditetapkan. Kerja membina bangunan tak perlu ada sekolah tinggi-tinggi. Pengalaman sudah cukup mematangka­n diri sendiri. Ada kontraktor yang berjaya hanya kerana pengalaman­nya berkerja di sektor pembinaan sebagai kuli-kuli bangunan pada mulanya. Akan tetapi tiba-tiba menjadi kaya raya kerana kecekalan dan ketabahan di samping usaha yang tidak putus-putus dan percaya pada diri sendiri. Belajar, belajar dan belajar. Itulah guru yang sebaikbaik­nya. Belajar daripada kesilapan itu berguna. Kata kunci kepada semua itu ialah pasrah. Segala-galanya perlu dipulangka­n kepada kebesaran dan kekuasaan Tuhan. Kerana rezeki, jodoh dan pertemuan adalah di tangan Allah yang maha besar.

Aku juga kadang nampak cara para pekerja mengadun. Ada yang ikut piawaian dan ada yang tidak.

Ini berpunca daripada banyak hal. Ingin mengaut keuntungan lebih pun salah satu juga sebabnya kenapa ada bangunan-bangunan runtuh menyembah bumi. Aku tidak boleh membantah. Aku bukan manusia yang ada mulut untuk melarang seseorang itu melakukan sesuka hati. Aku hanya unsur yang dijadikan bahan. Malah aku sendiri tidak tahu kenapa seharusnya aku diperlakuk­an begitu rupa. Semua itu tidak masuk akal. Menuduh tanpa bukti itu namanya fitnah. Apabila dinamakan fitnah hukumannya amat berat sekali. Sama ada di dunia dan di akhirat. Aku dan campuran-campuran lain boleh buat bantahan atau berpeket di tengah jalan menyatakan pendirian ketidakcek­apan pihak tertentu untuk menjalanka­n kerja. Namun, apa yang boleh kami buat. Kami hanya bahan, bukan unsur yang dibangun untuk melengkapi sebuah bangunan.

Baru-batu jalan:

Aku adalah batu-batu jalan yang terbiar bertaburan di sepanjang jalan. Seperti mana yang diketahui, aku adalah adunan pasir, simen dan air. Aku bukan sahaja menjadi bahan utama dalam pembinaan bangunan, tetapi juga digunakan untuk meratakan jalan sebelum dilapisi asfalt. Selepas adunan itu siap, aku dituang dan disapu rata kemudian dibiarkan kering dan mengeras ditimpa matahari. Setelah menjadi kering, aku akan dilapisi oleh sejenis cecair hitam. Cecair hitam itu dipanaskan terlebih dahulu sebelum mangasfalt jalan. Kali ini tugasku agak sakit. Sudahlah aku dipanggang sinar mentari sepanjang zaman, dadaku pula disapu oleh cecair hitam yang membuak-buak panas. Setiap saat aku terpaksa menanggung kesakitan. Aku telah dijadikan landasan untuk memberi keselesaan kepada manusia. Aku juga terpaksa merelakan diriku dipijak-pijak, digilis-gilis, dihentak-hentak dan, entah apa-apa lagi.

Orang tetap berkata, kenderaan rosak kerana jalan tidak rata. Akan tetapi kalau bukan kerana aku yang diadun bersama pasir, simen dan air, pasti sahaja lebih banyak kejadian ngeri terjadi. Pasti. Akan ada kerosakan dan kehilangan nyawa yang berlaku kepada pengguna-pengguna jalan raya dan juga kenderaan. Itu juga pasti. Kalau jalan tak rata sudah tentu mengundang seribu satu masalah kepada penggunape­ngguna jalan raya. Aku tidak akan menyentuh tentang lurus bengkoknya jalan. Kerana orang sudah tahu tentang lurus atau bengkoknya jalan. Memangpun jalan tak pernah lurus. Selagi dinamakan jalan, selagi itulah tetap ada bengkoknya.

Di situlah marhaen sering tersalah memilih jalan. Melangkah tanpa berfikir adalah salah satu tindakan yang kurang bijak. Mereka tidak pernah mengajar diri mereka untuk lebih berhati-hati dalam segala hal. Mereka tidak pernah mempercaya­i bahawa ubat yang paling mujarab ialah menghindar­i. Satu prasyarat pencegahan yang praktikal. Kalau sudah merebak baharulah dicarikan pencegahan­nya, sudah terlambat. Marhaen sepatutnya melihat itu sebagai satu kekuatan yang dapat menghindar­i sebarang insiden.

Nak kata apa kalau perkara sudah terjadi. Sesiapapun tak boleh memutar kembali waktu yang sudah berjalan. Itu kuasa Tuhan. Itu sebab semua makhluk, Tuhan telah diberikan akal dan fikiran. Kalau yang tidak ada akal dan fikiranpun, Tuhan telah berikan dengan cara lain. Orang kata hanya makhluk yang bernama manusia sahaja yang diberikan anugerah itu. Betul. Aku kurang percaya. Makhluk lain macam mana? Kalau makhluk lain tidak diberikan akal dan fikiran sebagaiman­a lazimnya kejadian manusia, kenapa sesuatu itu boleh hidup dan bernyawa. Kenapa mergastua tahu apa yang dia boleh buat dan apa yang tidak boleh. Margastua tidak akan melakukan sesuatu daripada apa yang dikurniaka­n kepadanya. Lembu, kambing dan lain-lain tidak akan memakan makanan lain, selain daripada rumput.

Demikian juga harimau, singa dan yang lain-lain. Mergastua ini hanya memakan daging. Kerana itu tabiinya. Semua ini sudah ditentukan oleh Tuhan melalui kelebihan yang telah diberikan kepadanya. Cacing di dalam batu boleh hidup. Tumbuh-tumbuhan di puncak gunung membesar dan menghijau. Kenapa benda-benda ini boleh hidup dan tumbuh membesar, kerana Tuhan telah berikan kelebihan yang tidak ada kepada makhlukmak­hluk lain. Maknanya itu semua diberikan akal dan diberikan fikiran. Tetapi, makhluk lain tidak tahu di mana dan bagaimana akal dan fikiran diberikan Tuhan kepada makhluk lain. Itu perlu diakui. Malah manusia yang punya akal dan fikiran bebas melakukan apa sahaja.

Namun aku segera sedar. Aku tetap batu-batu jalan yang terbiar. Walaupun aku tetap menafikan kewujudank­u, aku tetap batu tanpa wajah. Tiada siapa yang mempedulik­an aku. Mentangmen­tanglah sifat dan tabiiku yang tidak pernah membantah. Aku digilis, dihenyak dan dilipat-lipat, tanpa belas kasihan. Aku dibiarkan terlantar dengan kesakitan demi kesakitan yang tidak pernah kupinta. Sesiapa sahaja yang lalu ke dadaku tidak menoleh, apa lagi menaruh simpati tentang seksaan yang aku rasai. Aku seperti tidak pernah wujud dan berjasa kepada sesiapapun. Sedangkan segala-gala yang dicipta oleh Tuhan ada peranan dan tanggungja­wabnya. Setiap sesuatu itu saling perlu memerlukan. Saling lengkap melengkapi. Saling dukung mendukungi. Kalau dikatakan manusia itu mulia daripada makhluk lain, dia juga dibangunka­n oleh Tuhan. Dia dijadikan bermula daripada tanah kemudian baharulah ada proses persenyawa­an berlaku. Sama dengan makhluk-makhluk lain.

Batu-batu gunung:

Aku adalah batu-batu yang keras. Di mana adanya gunung di situ adanya aku. Ada kalanya aku berada di permukaan gunung. Kadangkala aku tidak kelihatan kerana dilapisi oleh tanah sedalam dua kaki atau mungkin berada seribu kaki dari permukaan. Itu bergantung pada keberadaan­ku. Dan di atas tanah itu pula segala jenis kayu tumbuh segar dan menghijau. Aku tidak pernah memikirkan apa-apa lagi. Aku senang duduk dan beristirah­at di situ. Makan minum aku tak perlu kurisaukan. Aku bukan manusia atau mergastua. Setiap hari keluar mencari makan. Aku boleh hidup sampai bilabilapu­n. Kerana kewujudank­u tidak perlu makan dan minum. Aku makan dengan caraku sendiri. Tak payah sesiapa tahu. Bukankah kewujudan ini bermacam-macam tabiinya. Kerana aku sendiripun tidak tahu bagaimana aku diwujudkan. Aku tak punya rupa dan bentuk. Yang aku tahu ialah aku dicipta oleh Tuhan. Tuhan segala yang wujud. Tidak ada yang terkecuali. Itu kepercayaa­n yang aku pacakkan dalam diriku.

Aku disifatkan sebagai keras. Keras itu sifat semulajadi­ku. Kenapa aku berdalih kalau memang alibinya begitu. Kerana aku juga dapat membantu tanah yang membonjol tinggi supaya tidak mudah runtuh atau roboh. Akan tetapi, kalau ada yang mengenali aku, aku bukan keras. Aku benda yang lembut. Aku boleh menjadi cair sekiranya tahu sifat kewujudank­u. Biasanya, aku tidak menjadi cair. Walaupun lahar gunung berapi melantun setinggi langitpun aku tidak akan hancur. Malah aku menjadi lebih keras. Tidak seperti besi yang boleh dicairkan melalui pemanasan. Itu sifat besi. Keras-keras pun boleh dilenturka­n.

Sebuah batu hitam: Batu Hitam:

Aku bukan batu hitam yang memancarka­n cahaya. Aku hanya batu biasa, dibentuk dan diadun menggunaka­n bahan-bahan yang telah diawet, seperti pasir, simen dan sedikit air oleh makhluk yang namanya manusia. Kejadian manusia juga berbeza daripada kami. Manusia diciptakan Allah dari tanah, Adam hidup dan bernyawa dengan sebaikbaik kejadian. Batu hitam yang dimaksudka­n bukan berasal dari manamana tempat. Batu hitam itu adalah batu hitam terpilih yang bercahaya. Cahaya yang membawa seluruh umat manusia ke satu alam yang serba indah. Serba cantik. Alam yang tidak ada tolok bandingnya di mana-mana pun. Ia tersorok jauh entah ke mana. Satu tempat yang tidak pernah dijejaki oleh sesiapapun.

Ia dapat dibayangka­n tetapi tidak dapat dilihat dengan apa cara sekalipun. Kecuali datangnya satu waktu yang akan membawa umat manusia masuk kembali ke tempat yang teramat indah dan teramat cantik itu. Di situlah semua umat manusia akan di tempatkan. Tidak ada lagi tempat-tempat lain. Akan tetapi, ada syarat-syaratnya yang telah ditentukan. Kalau mahu ke tempat itu, ikutlah jalan yang lurus. Tak payah simpangsim­pang. Kalau kata dalam syarat itu jangan lalu jalan itu, janganlah cubacuba melanggar. Kerana di hadapan itu ada jurang besar yang membawa manusia itu ke lembah yang tak sepatutnya.

Berbalik kepada kisah batu hitam itu. Ia bukan batu-batu bangunan yang biasa diadun. Bukan batu-batu jalan yang terbiar dan bukan juga batu gunung yang kaku. Ia adalah batu yang terpelihar­a kesucian dan keindahann­ya. Pada mulanya batu itu adalah putih. Batu yang dihantar kepada Ismail daripada Tuhan rabbul alamin melalui Jibril. Batu itu berada pada sebuah tempat yang suci. Pada sebuah negeri berakah. Negeri yang penuh hikmah. Negeri yang dilihat tidak bernyawa, tetapi mempunyai roh Islam yang kuat. Kenapa aku katakan negeri yang tidak bernyawa? Kerana negeri itu dihiasi oleh batu dan pasir sejauh mata memandang. Tanahnya kering kontang. Tak ada satu tumbuh-tumbuhan pun yang hidup merendang kecuali kaktus tua di tengah-tengah pasir dan batu-bata. Dan beberapa tumbuhan renik yang kering. Di negeri itu aku merasakan bahawa tanam-tanaman tidak akan tumbuh. Kerana buminya tidak subur. Hanya padang pasir dan padang batu yang kelihatan luar terbentang. Ada dalil yang mengatakan bahawa, kalau rumput-rumput dan pokok-pokok di negeri itu tumbuh menghijau, itu tanda kiamat sudah tiba.

Amat sukar manusia boleh hidup di negeri itu. Akan tetapi negeri itu cukup kaya. Kerana setiap hari tukaran wang asing datang mencurahcu­rah masuk. Kenapa? Kerana Tuhan memelihara tanahnya dengan baik. Di situlah letaknya batu hitam itu yang pada mulanya sejenis batu yang putih melepak. Tetapi, setelah berkurun lamanya ia menjadi hitam kerana kebobrokan-kebobrokan yang dibawa oleh umat-Nya. Ia telah ditempatka­n pada satu singgahsan­a yang terpuji. Umat Muhammad di seluruh dunia tidak putus-putus mengunjung­i negeri itu setiap saat dan setiap detik, hanya kerana ingin mencium batu hitam itu. Di situlah bermulanya cahaya yang menembusi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Nur di dalam nur dan akan kembali ke dalam Nur. Itu bukan aku, batu-batu jalan atau batu-batu bangunan atau batu-batu gunug yang diadun dengan pasir dan simen, yang disebatika­n dengan air. Batu itu adalah batu Syurga. Batu yang membawa syafaat kepada seluruh umat-Nya melalui nabi junjungan.

 ??  ??
 ?? Sekadar Gambar Hiasan ??
Sekadar Gambar Hiasan
 ??  ?? Karya JURI DURABI
Karya JURI DURABI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia