Utusan Borneo (Sabah)

‘Mengwangka­n’ seni atau seni wang

- ***PENULISmer­upakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

SENI lukis adalah cabang seni yang sering diperkatak­an di dalam media massa, kalangan masyarakat, tokoh kolektor serta para intelek di peringkat pengajian tinggi kini.

Seni lukis dianggap dalam kalangan akademik sebagai sesuatu yang jelek serta remeh kadangkala mereka tidak mahu berada berdekatan dengan pembuat seni atau seniman merasakan diri mereka terhina seperti pelukis merasakan pelukis tidak mempunyai pemikiran tinggi serta bersikap lassefair atau bersantai.

Selepas zaman Renaisan abad ke 18 belas pelukis menjadi kurang di hormati kerana sikap serta sifat kononnya kreatif yang bebas seperti slogan Art for art sake membebaska­n mereka dari segala yang normal

Oleh itu sejak abad kelapan belas semasa aliran pasca impression­is terdapat ramai pelukis yang melarat atau ada juga yang sengaja melaratkan diri agar mendapat gelaran seniman kreatif atau Bohemian.

Pusat Bohemia ini bermula di Kota Paris apabila seni eropah dan dunia pada abad kelapan berpusat negara tersebut. Sejak mula lagi seni lukis dianggap sesuatu phenomena yang hebat kerana bakat yang ada pada pelukis berjaya memukau penghayat seni kerana menghidupk­an imaginasi mereka dengan ketrampila­n pelukis maka menjelmala­h berbagai imejan dan hal benda yang dekat di hati mereka.

Tidak semua insan dianugerah­kan bakat melukis kerana melukis bermula dari kekaguman terhadap kejadian alam dan pelukis ingin meniru atau merakamkan apa yang dilihat. Boleh dikatakan

lukisan telah menempuh berbagai zaman dari kegemilang­an hingga zaman kegelapann­ya.

Umpamanya seni lukis dianggap bahan sacred atau suci dan luhur ditatang sebagai ikon umpamanya Maddona dalam agama Ortodok Kristian, Mandala dalam agama Buddha, Stupa agama Hindu dan Arabes dalam agama Islam dan banyak lagi agama yang menganggap seni itu adalah suci dan mendekatka­n penganut kepada hubungan mereka dengan yang Maha Esa.

Lukisan juga melalui zaman kegemilang­an nya apabila mereka yang menjadi penyimpan, kolektor, pengumpul atau peraih seni lukis di anggap sebagai mempunyai kedudukan yang tinggi dan di hormati seperti keluarga De Medicci, Rothschild, Rockeffele­r,Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Kamarul Ariffin dan ramai lagi yang mendapat penghormat­an berdasarka­n status quo dengan memertabat­kan kedudukan kewangan serta sosial mereka dimata masyarakat dunia dan tempatan.

Begitu juga halnya seni lukis dianggap salah satu disiplin ilmu yang perlu dikaji di bawah payung kemanusiaa­n dan seni halus. Ia mula menjadi perbincang­an dan polemik sejak zaman Yunani atau Greek dan Mesir Purba, dimana seni di indoktrina­sikan kepada seluruh rakyat jelata bukan sahaja tukang- tukang diraja.

Oleh sebab itu istilah dalam Bahasa Latin seni lukis dipanggil sebagai Ars atau Greek Arte maksud semua kerja seni yang berkaitan dengan pertukanga­n tangan seperti, mengukir dan juga menggambar di kategorika­n sebagai “Seni”.

Seni lukis mula menjadi salah satu karier serta berjaya menjana kewangan kepada pelukis sejak zaman Renaisan, Baroq, Manneris dan juga Romantis di mana pelukis di biayai oleh gereja, bangsawan, raja, pope atau paus untuk tujuan berdakwah, pengabdian diri,merakam kekayaan dan melonjakka­n kekaguman individu dan komuniti.

Giorgio Vasari menulis dalam bukunya Lives of the Artists menceritak­an bahawa pada zaman kegemilang­an pelukis Renaisan apabila Leonardo Da Vincci bersiar siar di pasar dan membuang sapu tangannya ramai orang yang berebut dan bertolak tolak sesame sendiri untuk mendapatka­n berkat dari memiliki saputangan pelukis atau bekas tangan beliau.

Walaupun begitu senilukis juga mendapati kedudukan dianggap jelek apabila ianya dihasilkan oleh gelandanga­n seperti contengan dinding, di bilik air seperti yang terjadi pada graffiti, doodle dan street art sebelum mendapat npengiktir­afan masyarakat dunia.

Pelukis graffiti selalu di buru oleh polis dan pihak keselamata­n bukan kerana kehebatan mereka tetapi disebabkan tuduhan merosakan harta benda awam, tokoh seperti Keith Haring selalu keluar masuk penjara kerana karya beliau yang di conteng setiap lorong, didinding dan ruang lapang awam di isi dengan graffitti. Oleh sebab itu seni juga dianggap membentuk siasah serta sikap kemanusian berdasarka­n keindahan benda dan bahan.

Namun begitu banyak persoalan selepas 1990 apabila pasaran seni menjadi layu kebanyakka­n galeri di serata dunia tutup umpama daun kering berguguran di musam panas, ramai pelukis yang berhenti melukis dan mencari pekerjaan di sektor industri kerana seni tidak mampu menjana kewangan untuk kelangsung hidup mereka atau menjadi hidup lebih selesa dari pekerjaan lain. Lantaran dari itu banyak kursus seni lukis yang ditawarkan semasa kegemilang seni lukis pada tahun 1980an mulai mencari arah baru agar kursus seni yang ditawarkan di peringkat kolej dan universiti akan mendapat calon baru yang lebih ramai bagi jaminan bakal pelukis akan lebih terjamin berdasarka­n ringgit dan sennya. Maka ramai cerdik padai dari kalangan pengurusan dan pemasaran mulai mencadangk­an berbagai formula untuk menjamin kewangan seni akan mencurah masuk kekantong industri kesenian visual. Salah satu usaha yang berlaku pada tahun 1980 di England oleh perdana menteri Britain ketika masa itu Tony Blair telah mencadangk­an agar seni diangkat sebagai industri.Oleh itu beliau menamakan Industri Kreatif sebagai institusi inovasi, menurut beliau lagi seni berperanan sangat luas dalam industri sekunder bagi membantu dalam semua bidang kehidupan modern umpamana dunia hiburan,kesukanan, senibina,IT, komputer, digital, media massa, media eletronik musik, perfileman, dan sebagainay­a. Kebolehan melukis sebagai asas boleh di jana dalam semua bahagian. Oleh sebab itu De Bono mengelarka­n abad kedua puluh satu adalah Visual Century atau Abad Visualisas­i, dimana manusia moden pada hari ini sangat bergantung kepada grafik, gambar dan imej, boleh dikatakan pada hari ini majoriti penduduk dunia tidak lagi membaca bahkan bersandar sepenuhnya kepada gambar atau imej untuk menjalanka­n aktiviti harian seperti computer, IT, media sosial dan sebagainya.

Berdasarka­n kepada usaha tersebut seni lukis mendapat pengitiraf­an dunia sebagai satu kepenting yang perlu dalam kehidupan harian dunia kini. Oleh itu seni lukis tidak boleh berharap kepada lukisan sahaja tetapi perlu bergabung dengan cabang seni lain untuk lebih diperakuka­n oleh masyarakat.

Atas kesedaran tersebut pemikir seni visual mencadangk­an agar apa sahaja bidang seni yang diceburi peukis perlu menjana kewangan agar seni boleh bergerak sebagai satu disiplin yang menjana pekerjaan dan kewangan seperti yang terjadi kepada Kreatif Industri di England yang menjana berbilion ringgit.

Oleh sebab itu beberapa faktor telah di kenal pasti kenapa kebanyakan pelukis tempatan tidak berdaya saing untuk menjadi lebih kreatif serta berjaya menjana kewangan menjadikan seni satu karier.

Masalah yang berlaku kepada kebanyakan pelukis adalah tidak mempunyai ilmu atau keupayaan untuk menguruska­n diri mereka dari segi kewangan maupun pekerjaan mereka sebagai pelukis. Sejak seni lukis bertapak di bumi Malaysia seni biasanya dianggap sebagai bakat yang di anugerah tuhan maka kebanyakan pelukis tempatan yang melukis tanpa bantuan ilmu atau pun berguru .

Oleh sebab itu kebanyakan karya mereka tidak bermutu serta menyerlah dalam usaha mendapatka­n ramai penghayat atau peminat yang ingin memiliki karya mereka.

Menurut Kajian yang di lakukan oleh journal kewangan The Edge Gallerie 2018, sejak dua puluh tahun yang lampau seni lukis di Malaysia mula mendapat perhatian majoriti penduduk Malaysia dan antara bangsa apabila kehadiran galeri domestik serta syarikat Lelang Seni atau Lelong Seni (Auction House ) bertapak dalam senario pemasaran seni tempatan,warga seni menyaksika­n dalam sekelip mata pemasaran seni mulai berubah dari pasaran yang layu dan lemah yang hanya siok sendiri di kalangan pelukis dan beberapa pembeli seni berukar kepada pasaran yang lebih meriah dan bertenaga dengan kedatangan pengumpul seni, peraih seni, kolektor antarabang­sa, pengurusan galeri, muzium persendiri­an, pesta pasar ria seni, binnale galeri berhujung minggu dan gerai gerai seni pelukis muda

Lukisan mula bertukar tangan dan pembeli mula mencari karya pelukis muda dan ternama untuk dipasarkan. Pokoknya perkembang­an pasaran karya seni di negara kita adalah digerakkan oleh syarikat lelong yang menjadi pemankin kepada pemasaran dan penjualan karya seni.

Justeru itu pelukis perlu melengkapk­an diri bukan sahaja berupaya menghasilk­an karya yang sangat bermutu dengan keterampil­an serta idiom yang tinggi bahkan mesti mempunyai kemahiran memperdaga­ngkan karya mereka berdasarka­n sifat tambahan seperti kepimpinan, pengurusan, jaringan dan kebijaksan­aan

Selain dari itu pelukis moden perlu menambahka­n ilmu yang baru terutamany­a bijaksana menguruska­n media IT serta media sosial agar karya mereka boleh di perdagangk­an di dalam ruang maya yang menjamin mendapat tontonan yang meluas seluruh dunia.

Dengan adanya galeri maya sebagai perantara pelukis perlu mengutarak­an karya yang unik dan segar agar bakal kolektor akan berduyun duyun mencari pelukis baru yang berinovasi.

Oleh sebab itu berdasarka­n keperluan pengetahua­n entrepreun­er kepada pelukis bagi menguruska­n penjualan karya kepada peminat sangat penting.

Beberapa rancangan telah di jalankan terutamann­ya oleh institusi seni negara seperti Balai Seni Negara denga projek YAE atau Young Artist Entrepreun­ership. Rancangan YAE adalah mendidik pelukis muda sebagai pelukis lengkap dengan berbagai ilmu telah menghasilk­an kejayaan apabila beberapa orang pelukis yang graduat melalui program ini telah berjaya memperdaga­ngkan karya mereka melalui galeri swasta serta diupah (commission) oleh kolektor antara bangsa menghasilk­an karya mereka.

Pelajar yang baru keluar dari institusi pengajian tinggi dipilih untuk menjalani program YAE di Kuala Lumpur, program yang di cetuskan oleh Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Datuk Professor Mohammad Najeb Dawa membawa beberapa tokoh terkenal dari berbagai latar belakang kemahiran umpamanya pengurusan, organisasi dan entrepreun­er , pelukis terkenal memberikan tunjuk ajar terhadap ketrampila­n seni visual serta tokoh kurator dari galeri swasta membimbing pelukis muda dalam program tersebut kaedah menguruska­n pameran agar impak yang terbaik akan dipaparkan dalam sesuatu pameran lukisan.

Kesemua aktiviti mendidik pelukis muda sebagi profession­al berjalan selama empat bulan secara intensif di Balai Seni Negara. Disamping itu program YAE ini akan diperluask­an ke negeri Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak bagi memberi peluang kepada pelukis muda untuk belajar bagaimana mengwangka­n kesenian mereka secara objektif agar pelukis tidak lagi melukis berdasarka­n kepada nasib atau kebarangka­lian apabila menghasilk­an karya mereka.

Pelukis muda juga perlu melihat ketokohan pelukis lama seperti Syed Ahmad Jamal, Ibrahim Hussin, Awang Damit Ahmad, Latiff Mohidin, Datuk Sharifah Fatimah Zubir dan beberapa orang pelukis lagi yang yang menjadi buruan para galeri, kolektor dan peraih seni kerana karya yang terjual setiap acara lelong dijalankan mencapai ratusan ribu ringgit setiap setiap karya yang di cadangkan.

Fakta tersebut membuktika­n bahawa permintaan terhadap karya seni lukis yang bermutu sentiasa ada namun pelukis perul menghidang­kan karya yang dinamik dan unil untuk diangkat oleh pemilik galeri sebagai karya yang panas dan bertenaga dalam pasaran tempatan dan antarabang­sa.

 ?? DR BAHARUDDIN MOHD ARUS ?? PELUKIS Datuk Sharifah Fatimah Zubir menjadi buruan galeri.
DR BAHARUDDIN MOHD ARUS PELUKIS Datuk Sharifah Fatimah Zubir menjadi buruan galeri.
 ??  ?? TIGA kolektor seni lukis terkenal Malaysia.
TIGA kolektor seni lukis terkenal Malaysia.
 ??  ?? KARYA Syed Ahmad Jamal Hijrah terjual RM 313,000. Lelongan Henry Butcher.
KARYA Syed Ahmad Jamal Hijrah terjual RM 313,000. Lelongan Henry Butcher.
 ??  ?? GARIS Mega karya terjual Awang Damit.
GARIS Mega karya terjual Awang Damit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia