Utusan Borneo (Sabah)

Keperitan bakal berakhir

Sentuhan Kasih Petronas beri senyuman kepada murid SK Balambanga­n

- -Artikle Jabatan Penerangan.

JELAS terpancar kegembiraa­n pada riak wajah murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Balambanga­n apabila diumumkan keperitan berjalan kaki ke sekolah akan berakhir tidak lama lagi.

Perjalanan setiap hari bukan mudah bagi kanakkanak ini kerana mereka perlu meredah hutan kirakira sejam berjalan kaki dan ada yang perlu menaiki bot untuk sampai ke sekolah setiap hari.

Ada ketikanya, mereka terpaksa ponteng sekolah akibat cuaca buruk sehingga menjejaska­n peratusan kehadiran mereka.

Namun, keperitan ini bakal berakhir apabila siapnya bangunan asrama baharu tajaan syarikat Petronas pada September nanti.

Sentuhan Petronas

Menyedari kesukaran yang terpaksa dihadapi para pelajar sekolah itu, Petronas mengambil inisiatif untuk membina asrama baharu bernilai RM4 juta bagi memudahkan anakanak di Pulau Balambanga­n terutama dari Kampung (Kg) Kok Simpul dan Kg Batu Sireh agar dapat menerima akses pendidikan yang berkualiti.

Ketua Petronas Sabah dan Labuan, Rokiah Sulaiman bekata, projek merupakan sebahagian daripada program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) syarikat berkenaan bagi meningkatk­an mutu pendidikan pelajar di pulau tersebut.

“Asrama yang sedang dibina boleh menempatka­n 120 pelajar dalam satusatu masa dan kami amat berharap isu kehadiran yang sangat rendah yang dihadapi oleh sekolah dapat diatasi pada masa akan datang.

“Selain blok bangunan asrama lelaki dan perempuan, turut dibina dewan makan, surau, bilik warden dan tandas untuk keselesaan buat para pelajar,”ujarnya ketika ditemui media selepas melawat tapak projek di pulau berkenaan pada Khamis.

Kualiti Hidup

Sementara itu, Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Tenaga Manusia Kumpulan Petronas, Datuk Raiha Azni Abd Rahman berkata, pendidikan adalah alat penting untuk memperbaik­i kualiti hidup.

“Petronas komited membantu meningkatk­an kesejahter­aan masyarakat dan akses kepada pendidikan dalam kalangan anak-anak di luar bandar Sabah.

“Melalui projek ini, Petronas memberi sokongan dan bekerjasam­a erat dengan kerajaan negeri dalam memberi sumbangan ke arah menyediaka­n fasiliti yang lebih baik kepada pembanguna­n pendidikan di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menghargai

Sementara itu, Guru Besar SK Balambanga­n, Salmat Abi melahirkan penghargaa­n kepada pihak Petronas di atas sumbangan asrama kepada murid-murid di sekolahnya.

“Warga sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) amat menghargai inisiatif dan usaha Petronas yang membina asrama sebagai lonjakan kualiti pendidikan di sini.

“Ini adalah satu lagi sumbangan besar oleh pihak swasta yang sudah pasti dapat menjamin masa depan pelajar-pelajar di sini di samping membantu pihak sekolah menyelesai­kan masalah ketidakhad­iran pelajar yang sering berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Salmat turut menyuaraka­n masalah air yang sedang dihadapi warga sekolah apabila tiba musim kemarau.

Beliau mengharapk­an ada pihak-pihak yang berkaitan dapat membantu menyelesai­kan isu berkenaan bagi memberi keselesaan kepada muridmurid termasukla­h warga sekolah.

Sekolah berkenaan mempunyai 10 guru dan 78 pelajar dari tiga kampung di sekitar pulau berkenaan iaitu Kg Selamat, Kg Kok Simpul dan Kg Batu Sirih.

Suara Hati

Bercita-cita menjadi askar, Mohd Halmie Mohd Halin, 12, yang tinggal di Kg Kok Simpul kelihatan tidak sabar untuk menikmati kemudahan asrama baharu itu.

Halmie yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, memberitah­u setiap hari dia dan adik perempuann­ya berjalan kaki seawal 5.30 pagi ke sekolah meredah laluan bukit dan hutan.

“Biasanya dari rumah kami memakai pakaian biasa dan menukar pakaian sekolah apabila tiba di sekolah kerana risau basah disebabkan hujan semasa perjalanan ke sekolah.

“Kadang-kadang apabila hujan kami sememang tidak dapat pergi sekolah,”ceritanya kepada pemberita.

Bagi Mila Abdul, 12, dari Kg Batu Sirih yang terpaksa menaiki bot ke sekolah pada setiap hari berharap dapat tinggal di asrama tersebut bersama dua adik perempuann­ya.

Menurut Mila dia dan adik-adiknya kerap tidak hadir ke sekolah disebabkan cuaca yang tidak mentu.

Dia yang bercita-cita menjadi guru, berterima kasih kepada Petronas dan berjanji akan belajar bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaa­n UPSR nanti,” kongsinya.

 ??  ?? ROKIAH bersama Naib Presiden Penyampaia­n Projek dan Teknologi, Noor Ilias Mohd Idris meninjau tapak projek bangunan.
ROKIAH bersama Naib Presiden Penyampaia­n Projek dan Teknologi, Noor Ilias Mohd Idris meninjau tapak projek bangunan.
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas dan bawah)KEADAAN asrama yang sudah 80 peratus siap.
(Gambar atas dan bawah)KEADAAN asrama yang sudah 80 peratus siap.
 ??  ??
 ??  ?? SALMAT
SALMAT
 ??  ?? MOHD HALMIE
MOHD HALMIE
 ??  ?? MILA
MILA
 ??  ?? WAJAH ceria murid-murid SK Balambanga­n ketika menerima lawatan rombongan Petronas.
WAJAH ceria murid-murid SK Balambanga­n ketika menerima lawatan rombongan Petronas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia