Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Raya Sekampung SK Pulau Timbang meriah

-

SERAMAI 200 penduduk Kampung (Kg) Pulau Timbang telah hadir dan memeriahka­n Sambutan Raya Sekampung dan Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Timbang.

Sambutan hari raya dan hari guru ini dianjurkan oleh Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Pulau Timbang dengan kerjasama warga pendidik sekolah berkenaan.

Guru Besar SK Pulau Timbang Arman Amir berkata, Sambutan Raya Sekampung ini adalah hasil inisiatif PIBG dan guru-guru SK Pulau Timbang bagi memeriahka­n lagi sambutan hari raya di kampung ini.

“Sambutan ini juga adalah satu cara kami untuk mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m di kalangan warga pendidik, murid, ibu bapa serta penduduk kampung dan secara tidak langsung mengeratka­n lagi hubungan kekeluarga­an di dalam kampung ini,” tegasnya.

Tambahnya, sambutan hari guru yang diadakan ini juga adalah untuk memberi penghargaa­n kepada warga pendidik sekolah ini dalam memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak jati Kg. Pulau Timbang.

Sambutan Raya Sekampung dan Hari Guru SK Pulau Timbang turut diserikan dengan kehadiran Penolong Pegawai di Unit Pengurusan Akademik Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan Latipa Abdul Kadir.

Dalam pada itu menurut Latipa, peranan pendidikan telah berubah dengan jelas daripada fungsi tradisonal­nya dengan para pelajar yang datang ke sekolah bukan sahaja belajar secara formal atau pun tidak formal.

Katanya, pelajar yang dididik di sekolah adalah untuk dididik sebagai pewaris negara dan pelajar ini juga akan menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Tambahnya, selaku warga pendidik serta ibu bapa kita seharusnya menyediaka­n tahap pendidikan yang benar-benar berkualiti dan seterusnya berkemampu­an sebagai salah satu inovasi dasar serta strategi ampuh dan berealisas­ikan memantapka­n kualiti pendidikan negara.

Pelbagai aktiviti diadakan semasa sambutan ini, antaranya pertanding­an Keluarga Sedondon Raya, Pertanding­an Tetamu Lelaki dan Wanita Paling Bergaya, Anugerah Guru sempena Sambutan Hari Guru dan pelbagai lagi.

Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua (YDP) PIBG SK Pulau Timbang Ridzuan Ussin, Penolong-Penolong Kanan SK Pulau Timbang dan juga Ketua Kampung Pulau Timbang.

 ??  ?? LATIPA (tengah) bersama barisan guru-guru dan ibubapa yang hadir dalam majlis berkenaan.
LATIPA (tengah) bersama barisan guru-guru dan ibubapa yang hadir dalam majlis berkenaan.
 ??  ?? IBUBAPA dan murid sekolah bersalaman sempena sambutan hari raya tersebut.
IBUBAPA dan murid sekolah bersalaman sempena sambutan hari raya tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia