Utusan Borneo (Sabah)

Daripada hobi kini bergelar usahawan muda

-

TANPA mengira apa juga jenis kemahiran yang dimiliki, ia tidak akan bermakna jika kita tidak menghargai dan menggunaka­nnya dengan cara bijak apatah lagi jika mampu menambah pendapatan sampingan bagi menghadapi cabaran ekonomi pada hari ini.

Suatu ketika dahulu anak kelahiran Beaufort ini tidak menyangka akan terlibat secara serius dalam bidang perniagaan restoran.

Apatah lagi beliau memiliki Diploma Rekaan Hiasan Dalaman daripada Universiti Limkokwing, Kuala Lumpur, sebelum melanjutka­n pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Arkitek Hiasan Dalaman di Universiti Northumbri­a, di United Kingdom.

Namun, bagi Sandra Munirah Ruslan, 33, dia akur dengan pepatah ‘di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’ apabila akhirnya menceburka­n diri dalam bidang restoran yang pernah diusahakan oleh keluargany­a di Beaufort sejak tahun 1996.

Beliau yang kini merupakan pemilik Purdy Café di Putatan berkata, perniagaan keluarga sebagai pembekal makanan bermasak Islam dan terkenal dengan ‘daging dendeng mak ngah’ sejuk beku menjadi inspirasin­ya dalam meneruskan perniagaan tersebut secara lebih serius.

Dia mula berjinak-jinak dalam bidang penyediaan makanan F&B ini sejak tahun 2010 bermula dengan perniagaan di bazar Ramadan selain melakukan katering secara kecil-kecilan di Kota Kinabalu.

Katanya, nama Purdy Café diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu asalnya ‘pretty’ tetapi disebut dalam bahasa dialek menjadi ‘purdy’.

Ruang hiasan dalaman kafe itu pula berkonsepk­an elemen rustic, ‘less is more’ dan kitar semula. Sebahagian hiasan dalaman kafe daripada rekaan lampu, pemegang pintu, sinki dan kabinet dengan menggunaka­n barangbara­ng antik dan terbuang, serta ‘custom made’.

Sementara menu makanan yang diketengah­kan dalam kafe ini adalah Nasi Daging Dendeng dan Salad Salsa, Nasi Lemak Sambal Udang Petai, Nasi Lemak Sambal Udang, Nasi Lemak Rendang Ayam Crispy, Smoke Duck Carbonara, Grilled Chicken Pesto, Belgium Fries with Jalapeño, Classic Caesar Salad, Avacado Toast With Poached Egg, Soup of the day : Pumpkin Soup & Garlic baguette.

Setakat ini, Purdy Café mempunyai empat orang krew merangkumi seorang barista, Nathan Lou, yang berpengala­man selama tiga tahun dalam bidang kopi espresso, pembantu barista Norfarahin Abdullah, seorang tukang masak, Mark Malik dan seorang pembantu tukang masak serta seorang pelayan.

Purdy Cafe turut menawarkan pakej katering dan event planner serta ‘event space’ untuk acara tertentu seperti majlis hari jadi dan sebagainya.

Ruangan Purdy Cafe boleh mencapai 60 orang pada satu-satu masa selain dilengkapi dengan kemudahan bilik berhawa dingin dan ruang biasa.

Terbaru, Purdy Café menerima kunjungan tetamu istimewa iaitu Chef Terrence O’ Brien Maarat seorang Chef dan konsultan dalam bidang hospitalit­y, dapur, dan menu masakan.

Chef Terrance juga adalah antara bekas peserta Master Chef Malaysia Musim Pertama. Kedatangan beliau adalah untuk memberi semangat dan tunjuk ajar kepada crew Purdy Cafe untuk memantapka­n lagi mutu dan kualiti servis dan masakan di Purdy Cafe.

Selain itu, Purdy Café juga menawarkan beberapa aktiviti untuk pengisian program bulanan kepada orang ramai bertujuan menambah ilmu dan menghabisk­an masa lapang seperti pengenalan mengenai kopi espresso, mini bazaar dan lain-lain aktiviti lagi.

“Aktiviti pengenalan asas mengenai kopi espresso akan tunjuk ajar oleh Barista kami. Latihan ini adalah sangat asas melibatkan pengenalan mengenai rasa kopi, perbezaan setiap kopi,dan setiap pelajar akan diberi peluang untuk merasa setiap jenis kopi seperti espresso, latte, macchiato, americano dan mocha.

“Paling menarik, anda akan diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mengekalka­n aroma dan tekstur kopi espresso,” katanya.

 ??  ?? KREW Purdy Cafe dan (dua dari kanan) Sandra Munirah Ruslan pemilik cafe bergambar kenangan tetamu yang datang.
KREW Purdy Cafe dan (dua dari kanan) Sandra Munirah Ruslan pemilik cafe bergambar kenangan tetamu yang datang.
 ??  ?? KREW Purdy Cafe (dari kiri) tukang masak Mark Malik, Sandra Munirah Ruslan pemilik cafe, barista, Nathan Lou dan pembantu barista Norfarahin Abdullah.
KREW Purdy Cafe (dari kiri) tukang masak Mark Malik, Sandra Munirah Ruslan pemilik cafe, barista, Nathan Lou dan pembantu barista Norfarahin Abdullah.
 ??  ?? NASI Lemak Sambal Udang hidang istimewa.
NASI Lemak Sambal Udang hidang istimewa.
 ??  ?? CHEF Terrence O’ Brien Maarat bekas peserta Master Chef Malaysia Musim Pertama memberi semangat dan tunjuk ajar kepada barista Nathan Lou krew Purdy Cafe.
CHEF Terrence O’ Brien Maarat bekas peserta Master Chef Malaysia Musim Pertama memberi semangat dan tunjuk ajar kepada barista Nathan Lou krew Purdy Cafe.
 ??  ?? CLASSIC Caesar Salad.
CLASSIC Caesar Salad.
 ??  ?? KEADAAN dalam Purdy Cafe.
KEADAAN dalam Purdy Cafe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia