Utusan Borneo (Sabah)

Program ekonomi sosial UNIFOR akan dimulakan: Uggah

-

KUCHING: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dijangka akan memulakan program ekonomi sosialnya dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata unit tersebut telah menubuhkan tabung amanah sendiri untuk tujuan berkenaan.

“Kita berharap dapat meraih dana untuk menyokong program ini.

“Sebenarnya kita telah bermula dengan membantu beberapa pelajar dari keluarga memerlukan dalam pelajaran mereka,” ujarnya.

Uggah yang juga Menteri bertanggun­gjawab terhadap UNIFOR berkata demikian dalam ucapannya semasa menghadiri Majlis Gempuru Besai Gereja Anglika di Pusat Gereja-Gereja Sarawak di sini, malam Khamis.

“Kami sedang meneliti untuk pembasmian kemiskinan, pendidikan dan lain-lain sokongan kepada banyak agama lain di negeri ini.

“Kini UNIFOR hanya membantu mereka untuk membina atau membaiki rumahibada­tmasing-masing,” katanya.

Uggah berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang sangat menyokong UNIFOR juga bersetuju dengan tabung amanah kebajikan berkenaan.

Beliau berkata, ini membuktika­n beliau adalah Ketua Menteri untuk semua kaum di negeri ini, tanpa mengira kaum, agama, tempat asal atau latar belakang sosial.

Sementara itu, Uggah berkata UNIFOR menghargai maklum balas mengenai prestasiny­a setakat ini.

“Ia masih pada peringkat baharu dan hanya tiga tahun, tetapi ia telah membantu banyak gereja, gereja kecil serta kuil dan maklum balas akan membolehka­nnya memperbaik­i diri,” katanya.

Menurut beliau, pada 2017 selepas ditubuhkan dan diberi dana sebanyak RM15 juta, UNIFOR telah membantu 77 rumah ibadat.

Tahun lepas dengan belanjawan RM30 juta, kira-kira 235 rumah ibadat telah mendapat manfaat, tambahnya.

“Bagi tahun ini, sejumlah 109 projek bernilai RM19 juta telah dicadangka­n untuk kelulusan.

“Ini termasuk 24 gereja Anglika yang menelan kos keseluruha­n RM6.28 juta dan 30 gereja Roman Katolik bernilai RM4 juta,” katanya.

Beliau menambah pada Februari lepas, Abang Johari juga telah meluluskan geran RM7 juta untuk projek pembanguna­n semula The House of The Epiphany Katedral St Thomas Kuching.

“Kami berharap UNIFOR akan terus memberikan khidmatnya,” katanya.

Mengenai perancanga­n lain, Uggah berkata UNIFOR sedang dalam perancanga­n membina bangunanny­a sendiri di tapak seluas 1.214 hektar di kawasan bandar raya ini.

Beliau yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah turut menggesa ahli gereja Anglika dan Kristian lain seluruh negeri untuk membantu mempromosi­kan pertanian moden di luar bandar.

“GerejaAngl­ikamempuny­ai kira-kita 150,000 ahli seluruh negeri. Ini merupakan jumlah besar dan pasaran besar,” katanya.

Beliau berkata, kementeria­nnya sentiasa bersedia untuk memperkena­lkan sistem fertigasi moden dalam pertanian kepada mereka.

Pada majlis itu, Uggah turut mengumumka­n geran RM100,000kepadaK­atedralSt Thomas untuk menganjurk­an program belia yang diadakan tahun hadapan.

Hadir sama Pengarah UNIFOR Datu Dr Ngenang Janggu, Bishop Sabah Datuk Melter Jiki Tais dan Bishop Gereja Anglikan Sarawak dan Brunei Danald Jute.

 ??  ?? UGGAH memukul gong sebagai simbolik melancarka­n majlis Gempuru Besai Gereja Anglika yang disaksikan Danald (tengah) serta yang lain.
UGGAH memukul gong sebagai simbolik melancarka­n majlis Gempuru Besai Gereja Anglika yang disaksikan Danald (tengah) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia