Utusan Borneo (Sabah)

Penyertaan dalam industri minyak dan gas, rundingan dengan Petronas lancar

-

KUCHING: Rundingan Sarawak dengan Petronas terutama berkaitan penyertaan dalam industri minyak dan gas kini berjalan lancar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak masih lagi dalam rundingan dengan Petronas terutama dari segi penyertaan dalam minyak dan gas yang berkaitan dengan ekuiti.

“Kita masih dalam rundingan bersama dengan mereka (Petronas) terutama berkaitan penyertaan dalam minyak dan gas, iaitu berkaitan ekuiti.

“Semuanya berjalan dengan lancar, ia cuma berkaitan kuantum (jumlah) ekuiti kita dalam penyertaan ini, kalau sudah ada (keputusan) nanti saya beritahu,” katanya kepada ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an Anugerah Tajaan Petronas yang dihadiri Pengerusi Petronas Datuk Ahmad Nizam Salleh di sini, pada Jumaat.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari berkata Sarawak dan Petronas telah menjalinka­n kerjasama yang erat termasuk dari segi tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kepada pendidikan di negeri ini.

Katanya, kedua-dua pihak mempunyai semangat yang sama iaitu untuk membangunk­an modal insan berkualiti menerusi inisiatif pendidikan.

“Petronas telah membantu kita dengan banyak menerusi rakan kerjasama yang kita jalinkan.

“Inimenjadi­platformke­pada kita untuk menyediaka­n anak-anak Sarawak ke arah transforma­si baharu iaitu era Revolusi 4.0,” katanya.

Abang Johari menyampaik­an penghargaa­n kepada Petronas kerana secara berterusan menyediaka­n biasiswa tajaan pendidikan selari dengan usaha melahirkan golongan bijak pandai di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia