Utusan Borneo (Sabah)

Pondan antara lima ditangkap rompak lelaki guna MiChat

-

KUCHING: Sekumpulan lima perompak termasuk seorang wanita dan seorang pondan ditangkap selepas dipercayai merompak seorang lelaki di sebuah hotel di Jalan Borneo di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 24 hingga 34 tahun ditangkap kira-kira tujuh jam selepas laporan diterima.

Menurutnya, mangsa dirompak selepas terpedaya dengan tawaran kumpulan suspek terbabit yang kononnya menawarkan khidmat urut melalui aplikasi MiChat dengan menggunaka­n gambar wanita cantik dan seksi.

“Apabila mangsa bersetuju menerima perkhidmat­an yang ditawarkan, mereka kemudian terus ke bilik mangsa dan melakukan samun berkumpula­n dengan menggunaka­n pisau untuk mendapatka­n pelbagai harta dan barang berharga milik mangsa.

“Sejurus menerima laporan pada jam 2.57 pagi (Khamis), pasukan polis telah melancarka­n operasi dan berjaya menangkap kesemua suspek sekitar jam 10 pagi (hari sama),” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Kesemua suspek kemudian dihadapkan ke Mahkamah Kuching semalam untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi meneruskan siasatan lanjut.

“Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta sebatan,” jelas Awang Din.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an orang ramai yang menginap di hotel di bandar raya ini agar lebih berhati-hati dengan modus operandi (MO) terbaharu ini.

“Selain itu kita memohon kerjasama masyarakat untuk bersama-sama mencegah jenayah dan perkara yang mengancam ketenteram­an awam.

“Sebarang maklumat atau bantuan kecemasan boleh dikemukaka­n dengan menghubung­i 082-244444 atau manamana balai polis berhampira­n,” jelasnya.

 ??  ?? KESEMUA suspek dibawa ke IPD Kuching untuk tindakan selanjutny­a.
KESEMUA suspek dibawa ke IPD Kuching untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia