Utusan Borneo (Sabah)

Halle Bailey sebagai Ariel dalam ‘Little Mermaid’ Disney

-

R&B Halle Bailey akan membawa watak Ariel dalam versi aksi hidup ‘The Little Mermaid’, dalam pemilihan seorang aktres hitam yang amat jarang sekali dibuat untuk menjadi seorang puteri Disney.

Bailey, 19, yang menjadi terkenal di bawah bimbingan ratu pop Beyonce, berkata ia merupakan satu “impian yang menjadi kenyataan” untuk membawa watak utama itu.

Dia tweet satu imej kartun bagi puteri tersebut di mana Ariel, yang menurut tradisi berambut merah, memiliki kulit gelap, mata coklat dan rambut hitam.

Pengarah Rob Marshall berkata Bailey dipilih selepas pencarian yang meluas, dan memuji “kombinasi semangat, hati, keremajaan, kesucian, dan keadaannya – selain suara nyanyian yang cemerlang”.

Berita pemilihan itu menjadi trend dalam Twitter, dan ramai peminat seronok sekali dengan keputusan itu.

“Jika adaptasi Mesir anda (sebenarnya bersifat bersejarah) boleh menjadi orang putih, Ariel (satu watak fiksyen) boleh menjadi orang hitam,” tulis seorang pengguna Twitter, @ NiceNurse2­2.

Seperti kebanyakan puteri Disney, Ariel digambarka­n sebagai berkulit pucat dalam filem-filem kartun sebelum ini, di mana dia disuarakan oleh aktres putih Jodi Benson.

Disney menerima kritikan pada tahun lepas kerana “memutihkan” Puteri Tiana dalam filem kartun ‘Ralph Breaks the Internet’, dan dengan segera melakar semula watak itu dengan ciri-ciri lebih gelap hanya beberapa bulan sahaja sebelum filem tersebut dikeluarka­n.

Pemilihan Bailey dibuat lebih dua dekad selepas Disney memilih Brandy, yang juga hitam, sebagai Cinderella dalam sebuah filem aksi hidup pada 1997.

Bailey merupakan anggota kumpulan dua adik beradik yang berpangkal­an di Atlanta, Chloe x Halle, yang menerima satu pencalonan Grammy untuk anugerah Artis Baharu Terbaik pada tahun lepas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia