Utusan Borneo (Sabah)

Jaringan Lorch pastikan Afrika Selatan singkir Mesir

Trend peningkata­n di Malaysia melebihi jangkaan WHO, tujuh juta pesakit dewasa dianggar pada 2025

-

MIRI: Peningkata­n jumlah pesakit kencing manis (diabetes mellitus) di Malaysia telah melebihi jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Jamilah Hashim berkata, peningkata­n pesakit bukan sahaja membebanka­n pesakit dan keluarga bahkan sistem kesihatan dan ekonomi negara secara menyeluruh.

“WHO menganggar­kan kira kira seramai tujuh juta dewasa di Malaysia menghidapi kencing manis menjelang tahun 2025.

“Trend membimbang­kan akan melihat kelaziman 31.3 peratus pesakit dewasa adalah berusia 18 tahun. Tetapi kita telah melebihi jangkaan mereka (WHO),” ujar beliau ketika merasmikan Persidanga­n Diabetes Borneo Kedua di sini, Sabtu.

Dr Jamilah memberitah­u, sekarang, 17.5 peratus rakyat dewasa di seluruh negara menghidap penyakit ini.

WHO menjangkak­an peningkata­n drastik pesakit sehingga 120 peratus iaitu 300 juta pesakit seluruh dunia pada 2025 daripada 135 juta pada 1997.

Di rantau Asia Tenggara, jumlah pesakit meningkat daripada 28 juta orang 1995 kepada 80 juta pada 2025.

Dalam tempoh dua dekad, hampir sepertiga dari pesakit di dunia adalah terdiri dari orang yang berada dekat dan sekeliling kita.

“Terdapat ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit ini. Setiap mereka berdepan risiko tinggi komplikasi diabetes seperti serangan jantung, strok, penyakit vaskular perifer, kegagalan buah pinggang, kehilangan penglihata­n, kerosakan saraf, amputasi kaki dan koma,” jelasnya.

Dianggarka­n lebih 60 peratus pesakit kencing manis meninggal dunia akibat penyakit saluran darah, 40 peratus mati akibat serangan jantung, 15 peratus mati akibatkega­galan jantung dan 10 peratus mati akibat strok.

Dr Jamilah berkata, kekurangan kesediaan untuk mengamalka­n pengurusan diabetes yang baik antara punca kematian.

Bagaimanap­un, status pengurusan diabetes di Malaysia sekarang adalah tidak memuaskan dengan kajian hanya satu pertiga daripada 6,000 pesakit telah diajar pengurusan diabetes yang betul.

“Pesakit perlu memiliki sikap yang betul, ilmu dan teknik untuk makan sihat, menguruska­n berat badan, mengambil ubat atau insulin, menjaga diri dan kerap melakukan susulan perubatan,” jelasnya.

Persidanga­n dengan tema ‘Diabetes: Deal With It, Live With It’ bermula 5 hingga 7 Julai dianjurkan bersama Diabetes Miri, Pejabat Kesihatan Miri, Hospital Miri dan Persatuan Perubatan Malaysia Sarawak.

Hadir sama Adun Pujut Dr Ting Tiong Choon, Presiden Diabetes DR JAMILAH HASHIM Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Malaysia Dato Prof Ikram Shah Ismail, Pengerusi Diabetes Miri Ting Chiew Moi, Pengerusi Scientific Persidanga­n Dato Dr Fam Tem Lom, Pegawai Kesihatan Miri Dr Veronica Lugah dan pengerusi penganjur Jong Koi Chong.

“Trend membimbang­kan akan melihat kelaziman 31.3 peratus pesakit dewasa adalah berusia 18 tahun. Tetapi kita telah melebihi jangkaan mereka (WHO).

 ??  ??
 ??  ?? DR Jamilah (tiga kanan) ditemani Dr Ting, (dua kanan) dan Jong (kanan) ketika melawat ruang pameran Persidanga­n Diabetes Borneo kedua di Miri.
DR Jamilah (tiga kanan) ditemani Dr Ting, (dua kanan) dan Jong (kanan) ketika melawat ruang pameran Persidanga­n Diabetes Borneo kedua di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia