Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia Baharu laporkan usaha kesejahter­aan rakyat

-

KOTA KINABALU: Malaysia Baharu merupakan kerajaan yang melaporkan pencapaian dan usaha yang telah, sedang dan akan dilaksanak­an bagi kesejahter­aan rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Dalam Malaysia Baharu, kerajaan akan kembali kepada rakyat untuk melaporkan usaha-usaha kerajaan sebagaiman­a kemahuan rakyat yang mahukan Malaysia yang dapat mempertaha­nkan prinsippri­nsip keadilan, tadbir urus yang baik, berintegri­ti, menjunjung kedaulatan undangunda­ng serta ketelusan dalam hubungan sesama kaum.

“Malaysia Baharu adalah satu terminolog­i yang membawa maksud sebuah negara yang percaya kepada kerjasama dan perpaduan berasaskan sikap saling menghormat­i demi kemakmuran bersama.

“Oleh demikian, kerajaan berhasrat untuk terus menjadikan Malaysia lebih berintegri­ti dan mempunyai imej bersih.

“Justeru, saya menyeru semua rakyat agar bersamasam­a membantu kerajaan menjadikan Malaysia ke arah negara maju dan bersih daripada segala anasir negatif,” ulasnya mengenai program Pameran Malaysia Baharu 2019.

Tambahnya, sejajar dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini, ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’, kerajaan berharap dapat menjadikan Malaysia sebuah negara yang menekankan kepentinga­n perpaduan dan semangat cintakan negara bagi memastikan kesejahter­aan, kemakmuran serta bebas daripada gejala negatif tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob pada Majlis Perasmian Pertanding­an Pengisahan dan Pidato Kenegaraan Peringkat Negeri di salah sebuah pusat beli-belah di sini pada Sabtu.

Mengenai pertanding­an berkenaan, beliau menyifatka­n ia sebagai platform untuk memasar dan memberi kefahaman kepada rakyat mengenai dasar dan usaha serta pencapaian kerajaan semasa.

Pertanding­an itu melibatkan penyertaan enam zon iaitu Pantai Barat Selatan, Pantai Barat Utara, Pedalaman Atas, Tawau, Sandakan dan Pedalaman Bawah.

Pertanding­an anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama seluruh agensi di bawah Kementeria­n Komunikasi itu dimenangi peserta Zon Pantai Barat Utara, manakala naib johan dan tempat ketiga masingmasi­ng disandang oleh peserta Zon Pantai Barat Selatan dan Zon Sandakan.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Penerangan Datuk Mohd Sukari Hamid, Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Samsuni Mohd Nor, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbira­n) Mohd Hanafiah Mohd Kassim, Pengarah Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Sabah Roslan Mohamad dan Pengarah Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka. -

 ??  ?? YUSOF (tiga kiri) menerima cendera kenangan disampaika­n Sukari (dua dari kanan), diperhatik­an Norzawiyah (kiri), Samsuni (dua dari kiri) dan Hanafiah (kanan).
YUSOF (tiga kiri) menerima cendera kenangan disampaika­n Sukari (dua dari kanan), diperhatik­an Norzawiyah (kiri), Samsuni (dua dari kiri) dan Hanafiah (kanan).
 ??  ?? YUSOF (kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
YUSOF (kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia