Utusan Borneo (Sabah)

150 pelajar terima anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas

150 pelajar Sabah terima anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas 2019

- Oleh YAP SIONG HAN

“Kerajaan negeri sangat berterima kasih di atas sumbangan itu kepada anak-anak Sabah bagi meneruskan pengajian mereka bersama Petronas. ” DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri

KOTA KINABALU: Seramai 150 pelajar negeri ini berjaya mendapat anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas 2019.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan negeri sangat berterima kasih di atas sumbangan itu kepada anakanak Sabah bagi meneruskan pengajian mereka bersama Petronas.

“Usaha seumpamany­a perlu dipertingk­atkan kerana Petronas sebagai badan yang bukan sahaja banyak membantu dari segi penajaan tetapi juga penyediaan kemudahan infrastruk­tur seperti di Ranau dan juga kawasan lain di negeri ini.

“Saya yakin usaha sedemikian dapat meringanka­n bebanan kepada penduduk di luar bandar dan kita percaya mereka juga memerlukan bantuan bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga daripada syarikat bukan berkaitan kerajaan (GLC) seperti Petronas,” katanya ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Penyampaia­n Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas 2019, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, pendekatan lebih penting adalah terus melahirkan pembanguna­n modal insan yang mampu membantu kerajaan mencapai kemajuan lebih baik pada masa hadapan.

Shafie berharap sumbangan seumpamany­a mampu ditingkatk­an bagi membantu kerajaan negeri mencapai kejayaan yang lebih besar.

“Kita sedia tahu Sabah kaya dari segi minyak dan gas, kita yakin mampu membangunk­an industri berkenaan di negeri ini dengan wujudnya tenaga manusia yang ada kepakaran serta kemahiran.

“Selain itu, kerajaan negeri juga akan terus bersamasam­a Petronas dalam usaha meneroka telaga-telaga minyak baharu di sini,” katanya.

Menurutnya, penting kepada Sabah bahawa kejayaan itu bukan sahaja diperolehi Petronas tetapi juga negara. Sabah juga akhirnya akan menerima imbuhan yang sepatutnya.

Bagaimanap­un, katanya, perkara itu tidak dapat dilakukan segera kerana proses meneroka memerlukan kos yang tinggi.

“Proses cari gali ini bukan satu kerja yang mudah, ia memerlukan perbelanja­an yang sangat besar,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Petronas Datuk Ahmad Nizam Salleh berkata, tahun ini pihaknya menerima sejumlah 7,355 permohonan untuk program berkenaan.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,787 calon telah disenarai pendek dan dipanggil menghadiri sesi ujian serta temuduga pada pertengaha­n April lalu.

“Siri ujian dan temuduga ini adalah amat mencabar kerana ia menggunaka­n sukatan piawaian antarabang­sa bagi membolehka­n kita menilai calon yang benar-benar berkelayak­an,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Yusof Yacob, Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas Datuk Raiha Azni Rahman serta tetamu kehormat lain.

 ??  ?? SHAFIE (tengah), Yusof (lima kiri), Nizam (enam kanan) dan Raiha (enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pelatih-pelatih lepasan Pusat Latihan Petroleum Kimanis.
SHAFIE (tengah), Yusof (lima kiri), Nizam (enam kanan) dan Raiha (enam kiri) merakamkan gambar kenangan bersama pelatih-pelatih lepasan Pusat Latihan Petroleum Kimanis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia