Utusan Borneo (Sabah)

Perkebas kutuk pelaku bom ikan, gesa hukuman setimpal

-

LABUAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Islam Sabah (Perkebas) pada Ahad mengecam pelaku bom ikan yang menyebabka­n kematian seorang ahli pertubuhan itu dan dua pelancong warga China baru-baru ini dan meminta pelaku kesalahan itu dikenakan hukuman setimpal.

Pengerusin­ya Fariz Fadila berkata isu bom ikan ini tidak lagi seharusnya berlaku dengan pertambaha­n agensi penguatkua­saan maritim.

“Bagi pihak Perkebas kami mengucapka­n takziah dan simpati kepada keluarga mangsa berikutan jenayah tidak berperikem­anusiaan dan tidak bertamadun itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama pada Ahad.

Beliau berkata kejadian bom ikan ini adalah satu perkara tidak asing dan sering berlaku khususnya di daerah Semporna.

“Kejadian yang menyebabka­n kehilangan nyawa ini tidak harus dibiarkan.

“Sudah tiba masanya pihak berkuasa tempatan lebih tegas lagi agar kejadian seperti itu tidak berulang yang menjejaska­n reputasi sektor pelanconga­n negeri.

Fariz juga merayu kepada ahli-ahli pertubuhan itu dan dan warga Semporna agar bersama-sama dan berganding bahu untuk membantera­s kegiatan ini dengan menjadi ‘mata dan telinga’ penguatkua­sa agensi kerajaan.

“Jika hari ini anak orang lain atau ayah atau suami kepada orang yang menjadi mangsa bom ikan, kita tidak tahu, esok atau lusa mungkin keluarga kita pula yang akan menjadi mangsa,” katanya.

Tiga termasuk dua pelancong China maut ketika aktiviti menyelam dalam kejadian di Pulau Kulapuan, Semporna, pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, seorang mangsa yang maut adalah penyelam bertauliah yang dikenali sebagai Zainal Abdun, 31, manakala dua lagi pelancong terbabit masih belum dapat dikenal pasti.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia