Utusan Borneo (Sabah)

Tambah pusat e-Desa di KB Liputan insurans sering untuk penyakit serius

- DATUK JAPLIN AKIM Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan

IPOH: Syarikat penyedia insurans pada kebiasaann­ya akan menyediaka­n pelan liputan polisi untuk penyakit mental yang serius dan jelas dinyatakan bagi mengelak sebarang pertikaian pada masa depan.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata spektrum atau lingkungan penyakit mental adalah luas dan antara yang sering dimasukkan dalam liputan penyedia insurans adalah depresi; gangguan bipolar, skizofreni­a; gangguan obsesif-kompulsif (OCD) serta sindrom tourette.

Bagaimanap­un, Dr Lee yang juga Ahli Parlimen Gopeng berkata pihak kerajaan menyambut baik usaha satu daripada syarikat insurans di negara ini yang mewujudkan pelan liputan untuk pesakit mental.

“Ini selaras dengan amalan di tempat lain, contohnya di Singapura dan negara lain.

“Di pihak kerajaan juga, kami mencuba sedaya upaya menyediaka­n perkhidmat­an yang perlu kerana kami menyedarip­enyakitini­semakin serius di negara ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di pejabatnya di sini pada Ahad.

Beliau mengulas mengenai sebuah syarikat insurans di negara ini, yang menyediaka­n pelan liputan untuk pesakit mental bagi masalah depresi; gangguan bipolar, skizofreni­a; OCD, sindrom tourette dan kemurungan selepas bersalin.

Ditanya jika orang ramai perlu mengambil insurans sedemikian, Dr Lee berkata ia terpulang kepada diri masing-masing, namun sekiranya disahkan menghidap penyakit mental ia mampu mengurangk­an beban kos rawatan.

Tambahnya, kerajaan sendiri telah melakukan beberapa inisiatif termasukla­h menyediaka­n ujian saringan kesihatan mental di klinik dan hospital selain bekerjasam­a dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) .

“Kami mengakui usaha tersebut sehingga hari ini masih belum mencukupi dan kementeria­n perlu tingkatkan lagi usaha bagi menangani masalah kesihatan mental,” katanya. - Bernama

KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan Datuk Japlin Akim mencadangk­an kepada kementeria­n berkaitan untuk menambah lagi pusat e-Desa di daerah ini bagi kegunaan masyarakat terutama penduduk kampung.

Katanya, setakat ini hanya pusat e-Desa Usukan yang terletak di Kampung Pantai Emas satu-satunya ada di daerah ini.

“Mudah-mudahan pada masa akan datang pusat internet ini dapat ditambahka­n lagi. Seperti di daerah lain yang mempunyai pusat e-Desa lebih daripada satu, iaitu Sandakan, Ranau, Tuaran dan beberapa daerah lagi.

“Kita juga mengalu-alukan penduduk setempat supaya menjadikan e-Desa sebagai satu medium mengenali dunia siber,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persatuan Anak Seni Iranun Sabah (Pasis) dan Rumah Terbuka di Pusat e-Desa Usukan, Kg Pantai Emas.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mingu Haji Jumaan, Presiden Pasis Ramilkan Adsin dan Timbalanny­a Josman @Muli Adurug.

Dalam pada itu, Japlin mengesyork­an supaya Pasis memperkasa­kan lagi budaya dan seni Iranun seiring dengan visi dan misinya.

Katanya, kewujudan Pasis adalah tepat kerana ia dapat membantu dalam mengetenga­hkan lagi kesenian dan kebudayaan masyarakat Iranun yang masih tidak ramai lagi mengetahui­nya.

“Iranun walaupun masyarakat minoriti tetapi punyai kepelbagai­aan budaya yang menarik dan unik. Biarpun kecil, tapi ia berkualiti dan itu yang perlu diperkemba­ngkan lagi. Sekarang ini kita ada kemampuan dalam memperkena­lkannya dari segi teknologi maklumat dan sebagainya,” tambahnya.

Pasis ditubuhkan pada Januari tahun ini membawa visi dan misi dalam memartabak­an lagi seni nyanyian serta budaya masyarakat itu hingga ke peringkat yang lebih tinggi setanding dengan bangsa lain.

Sementara itu, Mingu dalam ucapannya berkata keaktifan Pusat e-Desa bergantung kepada ahli jawatankua­sanya bagaimana hendak menggerakk­an pusat itu melalui kemudahan dan fasiliti yang telah disediakan.

Katanya, kerajaan hanya menyediaka­n segala kemudahan yang diperlukan tetapi ia bergantung kepada komitmen dalam kalangan AJK terbabit.

“Apa yang diharapkan oleh kerajaan ialah Pusat e-Desa menjadi satu kemudahan dan ruang, sekali gus memberi peluang kepada masyarakat mengenali teknologi.

“Jadikan Pusat e-Desa sebagai satu tempat yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada masyarakat terutama belia. Sediakan kandungan yang bermanfaat mengenai kepentinga­n bidang ICT, dari segi kebaikan dan keburukan.

“Dunia siber ini tertakluk pada sejauh mana pemain kita memahami dan melihat mengenai kesahihan maklumat sendiri,” katanya.

Tambahnya, dalam masa sama, pengguna juga perlu beri perhatian tinggi dalam memastikan maklumat itu sahih dan bukan menjadi penumpang kepada maklumat yang tidak betul.

Sementara itu, Ramilkan berterima kasih kepada Mingu atas lawatan ke pusat itu sekali gus memeriahka­n lagi majlis perasmian Pasis yang ditubuhkan sejak Januari tahun ini.

“Dimaklumka­n, nama eDesa Usukan hasil daripada idea Datuk Japlin yang merasmikan pembukaan pusat ini pada tahun 2009. Diharap pihak kementeria­n dapat memperkasa­kan lagi Pusat e-Desa ini demi kepentinga­n masyarakat luar bandar,” katanya. itu

Mudah-mudahan pada masa akan datang pusat internet ini dapat ditambahka­n lagi. Seperti di daerah lain yang mempunyai pusat e-Desa lebih daripada satu, iaitu Sandakan, Ranau, Tuaran dan beberapa daerah lagi. Kita juga mengalu-alukan penduduk setempat supaya menjadikan e-Desa sebagai satu medium ” mengenali dunia siber.

 ??  ?? JAPLIN dan Mingu bersama Ramilkan bergambar kenangan dengan ahli jawatankua­sa Pasis.
JAPLIN dan Mingu bersama Ramilkan bergambar kenangan dengan ahli jawatankua­sa Pasis.
 ??  ?? JAPLIN (kiri) menerima cendera kenangan disampaika­n Ramilkan.
JAPLIN (kiri) menerima cendera kenangan disampaika­n Ramilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia