Utusan Borneo (Sabah)

Jana hasil lebih lumayan

Kerajaan rancang cantum tanah-tanah peneroka Felda

-

ROMPIN: Kerajaan merancang tanah-tanah peneroka Felda dicantum menjadi ladang besar yang mampu memberi hasil lumayan menerusi pengurusan efisien dengan cara yang lebih profesiona­l, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata pengurusan sedemikian diamalkan estet ladang besar milik orang asing sejak zaman pentadbira­n British, yang membolehka­n pemilik ladang masih memperoleh keuntungan walaupun marginnya kecil ekoran kejatuhan harga komoditi dan tanaman yang diusahakan, selain tidak perlu bergantung kepada subsidi kerajaan.

Bagaimanap­un, Perdana Menteri berkata usaha meyakinkan peneroka Felda untuk mewujudkan ladang besar itu pada peringkat awal mungkin menghadapi kesukaran terutamany­a di kalangan generasi pertama yang sudah berusia lebih 60 tahun.

“Mereka sudah menjadi peneroka sejak awal dan untuk menukar mindset mereka susah. Tapi mereka adalah pemilik tanah dan kalau kita boleh mendapat kawasan yang lebih luas untuk diuruskan oleh mereka yang profesiona­l, kita yakin boleh mengeluark­an lebih banyak hasil.

“Pendapatan boleh dibahagika­n mengikut luas kawasan tanah yang disumbangk­an. Mereka (peneroka) boleh bekerja dengan pengurusan ladang atau mendapat keuntungan hasil mengikut tanah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 di Felda Selancar 3, di sini pada Ahad.

Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Bakke Salleh, Pengarah Besar Felda Datuk Dr Othman Omar dan Ketua Peneroka Felda Sulong Jamil Mohamed Shariff.

Dr Mahathir berpandang­an rancangan itu sepatutnya sudah lama dilaksanak­an dan untuk tujuan itu, Felda akan melaksanak­annya di mana-mana kawasan tanah rancangan yang mempunyai keluasan sekurang-kurangnya 404 hektar.

Pengurusan Felda juga, kata Perdana Menteri tidak boleh hanya bergantung kepada hanya tanaman kelapa sawit atau getah seperti diamalkan sekarang supaya pendapatan golongan peneroka tidak terjejas jika berlaku kejatuhan harga komoditi berkenaan

“Kawasan yang dicantumka­n besar kemungkina­n menjadi 1,000 atau 2,000 ekar( bersamaan 404 atau 808 hektar) dan daripada jumlah itu, mungkin kita boleh ambil 80 hektar untuk tanam tanaman lain... seperti kita lihat di Pahang, tanahnya subur, tembikai serta nenas boleh ditanam di sini.

“Kita hendak elak daripada terlalu bergantung kepada tanaman tunggal dengan menaman tanaman yang mempunyai permintaan lebih besar dalam dan luar negara selain membantu rantaian bekalan negara,” katanya.

Mengulas mengenai jenis tanaman yang sesuai untuk model baharu Felda itu, Dr Mahathir berkata pengurusan Felda akan berbincang dan mendapatka­n nasihat daripada Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung perkara itu.

Sebagai contoh, beliau berpandang­an Kedah dan Perlis sesuai untuk tanaman mangga yang boleh mendatangk­an pendapatan lumayan kepada pengusahan­ya selain tanaman bunga yang mempunyai harga tinggi di pasaran.

Terdahulu, semasa berucap di hadapan ribuan peneroka Felda, Dr Mahathir berkata pengurusan Felda perlu disusun semula supaya agensi itu ditadbir oleh golongan profesiona­l seperti diamalkan pengurusan­ladangeste­tberskala besar bagi membolehka­n Felda memperoleh keuntungan yang tinggi.

“Kita lihat bagaimana ladang ini memberikan pendapatan yang baik apabila diuruskan dengan baik. Bagaimanap­un kita dapati pada masa akhir ini berlaku perbuatan tidak menguntung­kan Felda sama sekali.

“Sekarang ini, kita menanggung hutang yang banyak kerana banyak urusan yang dibuat (sebelum ini) telah menyelewen­g selain mereka juga melakukan perkara yang tidak diizinkan,” katanya.

Dr Mahathir berkata Felda membuka tanah lebih 404,685 hektar, yang merupakan antara kawasan perladanga­n terbesar di dunia, namun ia masih tidak mampu untuk memberi pendapatan tinggi kepada peneroka berikutan pengurusan­nya yang berbeza dengan cara pengurusan estet besar.

Sehubungan itu, Dr Mahathir memberi jaminan bahawa kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memberi pendapatan lebih baik kepada peneroka, menerusi rancangan kegunaan tanah lebih luas untuk memberi hasil lebih baik dengan tanaman yang pelbagai.

Perdana Menteri turut mengumumka­n peruntukan RM637 juta bagi pelaksanaa­n tiga projek di Pahang iaitu Tangki Imbangan berkapasit­i 106 juta liter sehari (JLH) di kawasan perindustr­ian Gebeng bernilai RM173 juta dan Loji Rawatan Air Semambu Fasa 3 berkapasit­i 145 JLH (RM446 juta) kedua-duanya di Kuantan serta projek mengatasi masalah gangguan bekalan air bersih di Raub (RM18 juta). -Bernama

“Pendapatan boleh dibahagika­n mengikut luas kawasan tanah yang disumbangk­an. Mereka (peneroka) boleh bekerja dengan pengurusan ladang atau mendapat keuntungan hasil mengikut ” tanah. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri

 ?? -Gambar Bernama ?? DR Mahathir (tiga, kanan) tertarik dengan hasil pertanian sampingan peneroka Felda pada Sambutan Hari Peneroka Felda 2019 di Felda Selancar Tiga pada Ahad. Turut hadir Azmin (kanan) dan Wan Rosdy (tiga, kiri).
-Gambar Bernama DR Mahathir (tiga, kanan) tertarik dengan hasil pertanian sampingan peneroka Felda pada Sambutan Hari Peneroka Felda 2019 di Felda Selancar Tiga pada Ahad. Turut hadir Azmin (kanan) dan Wan Rosdy (tiga, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia