Utusan Borneo (Sabah)

Pertahan budaya, tradisi daripada pupus ditelan zaman

Perjuangan perlu diteruskan demi generasi akan datang, jangan tunduk kepada kepuasan zaman moden: Uggah

- GERAWAT (lima kiri), Dennis (dua kiri), Serawa (empat kiri) bersama tetamu kehormat lain pada perasmian Majlis ‘Ngiling Bidai’ dan graduasi kelas kebudayaan Persatuan Dayak Miri, malam Jumaat.

Komuniti peribumi tidak boleh tunduk kepada kepuasan ini. Kita harus memelihara semua ini untuk generasi akan datang DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS

MIRI: Rakyat peribumi Sarawak harus memastikan warisan budaya dan tradisi yang telah menjadi identiti dan kekuatan mereka selama ini tidak hilang dan tenggelam oleh corak kehidupan moden.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perjuangan mempertaha­nkan nya harus diteruskan demi keperluan generasi akan datang.

“Sekarang apabila kehidupan kita bergantung kepada telefon bimbit, kita cenderung untuk menga- baikan banyak perkara dari masa lalu termasuk budaya dan tradisi kita.

“Komuniti peribumi tidak boleh tunduk kepada kepuasan ini. Kita harus memelihara semua ini untuk generasi akan datang.

“(Sekiranya berlaku) kita akan dianggap sebagai mereka yang telah kehilangan dan meminggirk­an warisan budaya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala pada perasmian Majlis ‘Ngiling Bidai’ dan graduasi kelas kebudayaan Persatuan Dayak Miri (DAM) di Eastwood Golf and Country Club di sini, malam Jumaat.

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah itu berkata, dengan polisi dan program pembanguna­n kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), rakyat peribumi boleh menikmati kehidupan lebih baik.

Kerajaan juga gembira melihat rakyat mempraktik­kan kebudayaan, tradisi dan warisan mereka.

Sehubungan itu, Uggah memuji usaha DAM dalam merancang pelbagai aktiviti bertujuan mempertaha­nkan seni budaya kaum Dayak melibatkan penyertaan pelbagai peringkat umur.

Beliau tirit berharap langkah tersebut turut dicontohi Timbalan Ketua Menteri persatuan kaum lain.

“Saya kagum dengan usaha menghidupk­an seni pembuatan kain ‘burie.’ Seni tenunan ini sekarang dicantikka­n dengan input moden.

“Saya berharap persatuan SIDS, SDNU dan yang lain akan turut mempromosi­kan amalan lama ini,” jelasnya.

Uggah berkata, turut dipopulark­an ialah pemakaian baju pahlawan pelbagai kaum seperti ‘Baju Gagung’ dari kaum Iban.

Pakaian tersebut boleh digunakan ketika penganjura­n festival untuk diperkenal­kan kepada pengunjung yang pastinya satu kebanggaan sebagai rakyat Sarawak.

Seramai 158 pelatih mengikuti kelas ‘betaboh,’ pembuatan sugu tinggi, kain ‘burie’ dan menganyam bakul.

Seramai 116 pelajar juga telah mengikuti kelas ngajat dan menerima sijil masingmasi­ng.

Sementara itu, DAM menerima sumbangan geran berjumlah RM45,000 iaitu RM20,000 daripada Uggah, Gerawat (RM15,000) dan RM10,000 daripada Menteri Muda Kerajaan Tempatan yang juga ADUN Marudi, Datu Dr Penguang Manggil.

Hadir sama ADUN Telang Usan Dennis Ngau, Ahli Dewan Negara Senator Dr Nuing Jeluing merangkap Penasihat Kanan DAM, Presiden DAM Serawa Budol dan pengerusi pengelola Jacqueline Selaka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia