Utusan Borneo (Sabah)

Generasi masa kini perlu mengetahui sejarah S’wak Kita lihat apa yang ada di Mukah sekarang seperti Politeknik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan sebagainya merupakan hasil pandangan kepimpinan terdahulu

Nikmat yang dikecapi pada masa sekarang adalah hasil pandangan masa depan pemimpin terdahulu: Abang Johari

- FATIMAH (tiga kiri) menyerahka­n cenderahat­i kepada Abang Johari setelah selesai sesi ‘townhall.’ Turut kelihatan (dari kiri) Hanifah, Juanda dan Abdul Yakub.

MUKAH: Generasi masa kini perlu mengetahui sejarah silam Sarawak demi memahami konteks pembanguna­n negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, apa yang dikecapi sekarang adalah hasil pandangan masa depan pemimpin terdahulu.

“Kita lihat apa yang ada di Mukah sekarang seperti Politeknik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan sebagainya merupakan hasil pandangan kepimpinan terdahulu,” ujarnya pada ‘Sesi Townhall: Berambeh Ngan Abang Jo’ di Dewan Suarah Mesra Mukah pada Sabtu.

Abang Johari berkata, dasar pembanguna­n negeri ini telah banyak mengubah landskap Sarawak sehingga kini.

Justeru katanya, anak Sarawak terutamany­a perlu sealiran dengan pemikiran kepimpinan kini dan masa lalu untuk membentuk Sarawak dengan jayanya.

“Kita sama-sama sasarkan pada 2030 untuk Sarawak jadi negeri paling maju di Malaysia,” ujarnya lagi.

Pada sesi itu, Abang Johari juga menjawab 20 soalan daripada masyarakat Mukah terdiri daripada pelajar, graduan, bekas graduan, belia serta ketua kaum sekitar Mukah.

Sesi belangsung selama dua jam dan moderatorn­ya adalah Pengerusi Persatuan Belia Parlimen Mukah Royston Valentine.

Sebelum itu, turut diadakan sesi santai bersama Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah dan Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri

Fadillah Yusof.

Turut hadir Ahli Parlimen Mukah Dato Hanifah Hajar Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi, ADUN Tellian Yussibnosh Balo dan ADUN Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya.

Sesi ini merupakan kali keempat setelah diadakan di Lawas, Miri dan Bintulu.

Ia bertujuan untuk berdialog serta bertukar-tukar fikiran dan pandangan dengan masyarakat akar umbi yang dilihat sebagai pendekatan popular Abang Johari sejak menerajui kepimpinan Sarawak. ke Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Justeru, saya menyeru semua belia lepasan sekolah dan lepasan ijazah untuk merebut peluang ini serta tidak memilih pekerjaan sebagai langkah permulaan pembanguna­n kerjaya mereka,” katanya.

Karnival tersebut dijalankan serentak di seluruh negara semalam dan bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang.

Ia merupakan yang kelima diadakan pada tahun ini di Sarawak selepas Mukah, Darul Hana, Lawas dan Bintulu.

Jabatan dalam pada itu turut merancang untuk mengadakan karnival kerjaya khusus untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) dan bekas pelatih Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Tujuannya adalah untuk memastikan golongan pencari kerja OKU dan bekas pelatih AADK tidak terlepas daripada peluang mendapatka­n pekerjaan.

“Cadangan kita adalah untuk mengadakan karnival khusus untuk OKU pada tahun ini dan buat masa ini, ia masih di peringkat perbincang­an dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Manakala untuk AADK pula, mesyuarat akan diadakan minggu depan untuk menentukan kaedah bagaimana kita hendak melaksanak­an karnival ini dan meyakinkan majikan bahawa mereka juga berpotensi untuk ditempatka­n pekerjaan,” katanya.

Pada Ogos pula, jabatan akan mengadakan Jelajah Kerjaya Kenyalang 3.0 bermula dari Samarahan, Betong, Sibu dan berakhir di Miri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia