Utusan Borneo (Sabah)

Abdul Karim harap pulau tempat penyu membiak dibuka kepada penyelidik Projek beri manfaat besar kepada rakyat akan diutamakan

- KETIBAAN Baru disambut meriah oleh orang ramai. Turut kelihatan Aditajaya (kiri).

SEMATAN: Pulau-pulau tempat penyu mendarat dan bertelur di negeri ini diharap dapat dibuka kepada golongan penyelidik atau pakar dalam bidang berkenaan.

Namun kata Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, ia bukan untuk tujuan lawatan biasa, sebaliknya bagi mendedahka­n mereka kepada usaha memelihara dan memulihara penyu yang dijalankan kerajaan negeri kepada dunia luar.

“Buat masa ini tempat berkenaan termasuk Taman Negara Pulau Talang-Talang ini ia tidak boleh dilawati secara bebas kerana ia memerlukan permit daripada agensi tertentu.

“Namun saya percaya tidak salah jika kita buka ia kepada dunia luar khasnya seperti mereka dari badan-badan pemelihara­an alam sekitar dan sebagainya datang mengetahui inisiatif kita lakukan terhadap pemelihara­an khazanah kita ini, bukan datang untuk bersantai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Doa Selamat Pulau Talang Talang di Pulau Talang-Talang Besar di sini, pada Sabtu.

Menurut Abdul Karim, dengan menggalakk­an golongan berkenaan datang, dunia luar akan dapat melihat apa dilakukan kerajaan negeri dan agensi di bawahnya sekali gus dapat menghargai usaha terbabit.

Ia kerana kata beliau, kadang kala usaha terbaik yang dilakukan Sarawak tidak dihargai oleh dunia luar kerana ia tidak diuar-uarkan.

“Jika kita lihat usaha dilakukan oleh Jabatan Muzium, Jabatan Hutan dan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dalam memelihara habitat penyu dari mendarat sehingga penetasan telur dan pelepasan anak penyu adalah amat baik.

“Malahan kadar kejayaan penetasan telur di sini lebih baik berbanding tempat lain tetapi jika tidak diuar-uarkan, mungkin tidak ramai tahu tentang usaha kita ini,” katanya.

BARU (enam dari kiri) dan Aditajaya bersama-sama melakukan simbolik perasmian dengan menyalakan meriam buluh sambil diperhatik­an oleh yang lain.

SIBU: Walaupun kerajaan pusat pada ketika ini berhemah mengurus kewanganny­a, tetapi projek-projek yang memberi manfaat besar kepada rakyat akan diutamakan. Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata, walaupun kerajaan terdahulu banyak meluluskan projek, namun tidak dirancang dengan baik seperti kerajaan pada hari ini.

“Saya faham bahawa terdapat beberapa projek di negeri ini tidak boleh dilaksanak­an. Kerajaan baharu membatalka­n semua projek ini kerana semua ini tidak dirancang dengan baik dulunya.

“Sebagai contoh, di sini (Tanjung Manis) ada saluran paip yang besar, tetapi tiada ada air,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak anjuran Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) Negeri Sarawak di Padang Sekolah Rendah (SK) Abang Gesa, Belawai dekat sini, semalam.

Hadir sama pengerusi penganjur majlis, Naib Presiden merangkap Yang Dipertua PKBM Negeri Sarawak Dato’ Sri Abang Aditajaya Abang Alwi serta isteri Datin Sri Rohimah Ismail dan beberapa kenamaan lain.

Sehubungan itu, Baru Bian meminta rakyat khususnya penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar di negeri ini supaya bersabar sedikit masa lagi dan memberi masa kepada kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.

“Sebaik sahaja ekonomi negara kita berjaya dipulihkan, segala projek yang harus kita laksanakan akan kita laksanakan di negeri ini,” ujarnya.

Sementara itu, Baru memberi jaminan walaupun bergelar seorang menteri di peringkat persekutua­n, pembanguna­n di negeri ini akan tetap diberi perhatian oleh beliau.

Beliau berkata, isu-isu seperti tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) juga masih diperjuang­kan oleh beliau sehingga kini dan sampai bila-bila.

“Setiap minggu saya akan melawat beberapa kawasan di seluruh negeri Sarawak kerana saya sebagai anak jati negeri ini sentiasa memahami keperluan penduduk di pedalaman.

“Oleh itu, segala isu rakyat di negeri ini terutama di kawasan luar bandar, akan saya ketengahka­n di peringkat persekutua­n,” katanya.

Seramai 5,000 penduduk tempatan dan pengunjung luar dari kawasan Tanjung Manis membanjiri majlis yang cukup meriah tersebut yang diserikan lagi dengan persembaha­n artis popular tanah air seperti Hael Husaini, Siti Nordiana dan diceriakan lagi dengan lawak jenaka Azlee Senario dan Tauke Raja Lawak.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BARU menyampaik­an hadiah utama berupa sebuah motosikal kepada pemenang bertuah. Turut kelihatan Aditajaya (kanan).
BARU menyampaik­an hadiah utama berupa sebuah motosikal kepada pemenang bertuah. Turut kelihatan Aditajaya (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia