Utusan Borneo (Sabah)

Lee: Konsert anjuran sekolah mampu asah bakat pelajar, pupuk perpaduan

-

MIRI: Aktiviti seperti konsert anjuran sekolah dilihat bukan sekadar sebuah konsert bagi mengasah bakat-bakat pelajar, malah menjadi usaha mempromosi­kan perpaduan pelbagai kaum kalangan mereka.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Lee Kim Shin berkata ia merupakan sebahagian pendidikan mendapatka­n pengalaman, kemahiran dan pengetahua­n diperolehi melalui penganjura­n konsert terbabit.

“Melalui pengalaman diperolehi pelajar mendapat kemahiran tidak diperolehi dalam pembelajar­an di kelas,” katanya pada perasmian Malam Konsert ‘Timeless Stage’ sempena sambutan ulang tahun ke-90 SMK St Columba Miri di Dewan Suarah Miri, pada Jumaat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senadin itu berkata, konsert diselitkan dengan pelbagai persembaha­n tarian, nyanyian turut menggabung­kan kebudayaan serta kesenian di Sarawak yang menggamit kembali kenangan penubuhan sekolah tersebut.

Sehubungan itu, kerajaan Sarawak sentiasa mengambil berat dan menyokong sekolah-sekolah mubaligh di negeri ini termasuk SMK St Columba terutamany­a dalam meningkatk­an kemudahan dan pembanguna­n sekolah.

Beliau turut memuji usaha sekolah mubaligh St Columba merangkumi tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah menjadi penyumbang sejarah di Miri.

“Sekolah-sekolah tersebut antara ‘saksi’ perkembang­an dan kemajuan di Miri dan wujud sejak zaman pemerintah­an berbeza dari zaman Brooke, Jepun hingga ke penjajahan Britain kepada kemerdekaa­n dengan pembentuka­n Malaysia,” ujarnya.

Pada majlis sama, Lee mengumumka­n peruntukan berjumlah RM5,000 sebagai sokongan terhadap penganjura­n konsert berlangsun­g dua hari itu tersebut.

Terdahulu, Pengetua SMK St Columba Subah Nyareng memberitah­u konsert itu dikendalik­an sepenuhnya oleh pelajar-pelajar dengan konsep ‘By Students For Students’.

“Mereka berusaha menganjurk­an konsert ini dengan mengadakan perancanga­n dan latihan sejak tahun lalu. Tanpa disedari, pelajar sebenarnya mempunyai kualiti diperlukan dalam kehidupan seperti komitmen, inovasi, kreatif, keberanian dan sebagainya,” jelas beliau.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Sekolah St Columba Miri Hubert Kelon, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK St Columba merangkap Pengerusi Alumni St Columba Karambir Singh, Reverend Augustine Saidi, pengerusi penganjur Lam Xin Yuan serta tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia