Utusan Borneo (Sabah)

Bintang Itali Cardinale lelong koleksi pakaian

-

KOLEKSI pakaian legenda skrin Claudia Cardinale akan dilelong di Paris pada minggu ini, dan bintang itu berkata pakaiannya menunjukka­n “pembebasan wanita”.

Aktres Itali itu yang dipaparkan dalam filem klasik seperti ‘The Leopard’, ‘8 ½’ arahan Fellini, dan ‘Once Upon a Time in the West’ arahan Sergio Leone, memberitah­u AFP: “Pakaian ini tidak menunjukka­n sekadar cerita saya tetapi satu lembaran dalam sejarah wanita.”

Dilahirkan di Tunisia, di mana dia pertama kali menarik perhatian selepas memenangi satu peraduan kecantikan pada 1957, Cardinale merupakan simbol seks dan aktivis hak wanita yang lantang bersuara.

“Pada pendapat saya, anda dapat rasa pembebasan wanita dari generasi saya” menerusi pakaian tersebut, tambahnya.

Gaun busana anggun Nina Ricci yang dia pakai ke acara Anugerah Oscar pada 1965 dijangka menarik bidaan terbanyak di lelongan Sotheby’s pada 9 Julai.

Pakar fesyen Sotheby’s, Julia Guillon, berkata gaun yang disulam dengan labuci itu dapat mencapai harga setinggi 20,000 euro (AS$22,500).

“Ia adalah gaun bermitos yang dia pakai di beberapa acara besar,” tambah pakar itu.

Guillon berkata koleksi pakaian Cardinale menunjukka­n bagaimana masyarakat berubah pada zaman dia berada di puncak, daripada “gaun malam yang agak suram kepada baju pajama yang menjadi lambang gaya hidup baharu yang lebih santai dan gaun yang malah lebih bebas pada zaman 1970an”.

Bintang itu berkata setiap gaun mempunyai memori bagi dirinya, lebih-lebih lagi sehelai gaun satin hitam dengan labuci merah jambu yang dia pakai ke tayangan perdana filem koboi lawak pada 1971 ‘The Legend of Frenchie King’, di mana dia berlakon bersama Brigitte Bardot.

“Semua orang sangka kami bermusuhan, tetapi kami melengkapi satu sama lain. Saya datang dengan memakai gaun manakala Brigitte dikenakan dengan pakaian yang hebat sebagai seorang lelaki,” tambah Cardinale.

Koleksi pakaian bintang Perancis Catherine Deneuve dijual dengan harga lebih AS$1 juta di Christie’s di Paris pada Januari lalu. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia