Utusan Borneo (Sabah)

Kanak-kanak 4 tahun perlu RM100,000 untuk mendengar semula

-

BUKIT MERTAJAM: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang pekak kedua-dua telinga, memerlukan RM100,000 untuk menampung kos pembedahan implan koklea buatan.

Kanak-kanak itu, Ahmad Urwah Amin Ahmad Lutfi Amir yang berasal dari Kepala Batas, disahkan menghidapi masalah saraf di bahagian kanan otaknya.

“Apabila kami berinterak­si dengannya (Ahmad Urwah), reaksinya lambat dan tidak respon terhadap panggilan suara. Kami perlu menggunaka­n isyarat tangan jika mahu berkomunik­asi dengannya.

“Kerana itu, saya dan suami yang rela menjaganya ketika ibu ayahnya pergi kerja, kerana menjaga Ahmad Urwah memerlukan perhatian yang tinggi. Tidak berani untuk hantarnya ke taska seperti kanak-kanak yang lain,” kata nenek Ahmad Urwah, Endon Rashid, 62.

Endon Rashid ditemani suaminya Awiskarni Zulkarnain­i, 65, serta kedua-dua ibu bapa Ahmad Urwah, Ahmad Lutfi Amir Soid, 33, dan Asma Aainaa Awiskarni, 32, hadir pada sidang media yang dianjurkan One Hope Charity and Welfare Berhad untuk mengumpul dana kos pembedahan Ahmad Urwah.

Pengarah One Hope Charity and Welfare Berhad, Chua Sui Hau berkata pihaknya ingin membantu keluarga Ahmad Urwah untuk mendapatka­n dana yang secukupnya secepat mungkin, agar kanak-kanak itu mampu ke tadika seperti kanak-kanak biasa.

Kos keseluruha­n bagi rawatan itu adalah sebanyak RM200,000 dan pihak One Hope Charity turut menyumbang bantuan RM10,000.

“Ahmad Urwah disahkan sesuai untuk jalani pembedahan, tetapi kos pembedahan­nya amat mahal. Keluargany­a hanya mampu membayar RM100,000 dan bakinya yang berjumlah RM100,000 memerlukan bantuan dari masyarakat yang murah hati,” kata Chua.

Tambah Chua, pembedahan itu tetap perlu dilakukan kerana walaupun Ahmad Urwah menggunaka­n alat bantuan pendengara­n selama satu tahun, pendengara­nnya masih tidak bertambah baik.

“Doktor juga telah menasihatk­an agar Ahmad Urwah menjalani pembedahan secepat mungkin.

“Esok pihak kami akan ke Hospital Pakar Loh Guan Lye untuk menempah sesi pembedahan dan uruskan beberapa perkara berhubung pembedahan ini. Lebih cepat, lebih bagus kerana selepas pembedahan, Ahmad Urwah masih perlu menjalani tempoh menyesuaik­an diri dengan keupayaan pendengara­nnya,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurka­n derma menerusi akaun Public Bank, One Hope Charity and Welfare Berhad, 3192433435 atau menghubung­i 016-4192192 dan 04-5059800.-Bernama

 ??  ?? PENGERUSI One Hope Charity & Welfare Berhad Chua Sui Hau (kiri) menyampaik­an sumbangan sebanyak RM10 ribu kepada Awiskarni Zukarnaini, 65, (dua, kiri) dan isteri Endon Rashid, 62, (kanan) bagi membantu cucu mereka Ahmad Urwah Amin Ahmad Lutfi Amir, 4, (dua, kanan) yang memerlukan implan koklea buatan akibat masalah pendengara­n pada keduadua belah telinga pada Ahad.
PENGERUSI One Hope Charity & Welfare Berhad Chua Sui Hau (kiri) menyampaik­an sumbangan sebanyak RM10 ribu kepada Awiskarni Zukarnaini, 65, (dua, kiri) dan isteri Endon Rashid, 62, (kanan) bagi membantu cucu mereka Ahmad Urwah Amin Ahmad Lutfi Amir, 4, (dua, kanan) yang memerlukan implan koklea buatan akibat masalah pendengara­n pada keduadua belah telinga pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia