Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan perlu tumpu kepada ekosistem, masyarakat untuk jayakan pendigital­an

-

KUALA LUMPUR: Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kerajaan dalam aspek pendigital­an, kata Pengarah Eksekutif Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Tan Sri Rebecca Fatima Sta Maria.

Beliau berkata kerajaan juga wajar memberi tumpuan kepada ekosistem serta masyarakat, kerana pendigital­an bukan hanya mengenai penggantia­n sistem, bahkan membabitka­n cara kerja yang baharu, yang menjadikan prosesnya sangat sukar, kerana ia memerlukan pemimpin dan masyarakat untuk melangkah keluar dari zon selesa masing-masing.

“Ia mudah diperkatak­an berbanding perlaksana­annya. Kerajaan sentiasa mengatakan ‘kita perlu lakukan secara dalam talian, kita perlu mempunyai lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana yang terlibat dalam e-dagang, namun apakah tindakan yang dilakukan terhadap ekosistem untuk memudahkan masyarakat memanfaatk­an kemudahan dalam talian, katanya.

“Sebagai contoh, jika saya menjalanka­n perniagaan di kawasan luar bandar, tanpa akses jalur lebar, tiada jalan dan tiada sistem logistik yang sesuai, bagaimana saya akan memindahka­n produk saya dari rumah kepada pelanggan?” katanya semasa perbincang­an panel mengenai sosioekono­mi pada Persidanga­n Kerja Masa Depan 2019, di sini baru-baru ini.

Rebecca berkata ekosistem yang betul termasuk menyediaka­n latihan, kemahiran, infrastruk­tur yang diperlukan, akses kepada kewangan serta mempunyai undang-undang dan peraturan yang tepat untuk membangunk­an kepercayaa­n terhadap sistem.

“Anda perlu memastikan infrastruk­tur fizikal tersedia dan peraturan yang memudahkan seluruh proses, anda tidak mahu terlebih kawalan, dan pada masa yang sama, anda ingin memastikan pelanggan dilindungi,” katanya.

Rebecca berkata kerajaan perlu bekerja rapat dengan sektor swasta dan masyarakat madani, dan menyifatka­n rangka kerja inovasi digital ASEAN sebagai contoh terbaik bagi pelab pendigital menyeluruh.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia