Utusan Borneo (Sabah)

RM253.4 juta belian bersih asing minggu lepas

Prestasi minggu pertama Julai melepasi prestasi keseluruha­n Jun, petunjuk baik untuk pasaran tempatan

-

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM253.4 juta aliran masuk bersih direkodkan antara Isnin dan Khamis minggu pertama Julai memberi petunjuk yang bagus untuk pasaran ekuiti domestik, namun para peserta pasaran terus bersikap berhati-hati terhadap ketidakten­tuan di peringkat global dan tempatan.

Ketua Penyelidik­an Inter-Pacific Securities Pong Teng Siew berkata prestasi minggu pertama Julai melepasi prestasi keseluruha­n Jun 2019.

“Bagi Jun, pasaran ekuiti mencatatka­n aliran masuk bersih sebanyak RM87.9 juta, manakala aliran keluar bersih berjumlah RM134.6 juta.

“Ini merupakan petunjuk yang baik walaupun pasaran menyaksika­n pengambila­n untung pada Khamis lepas, mencatatka­n aliran keluar bersih selepas pasaran mencatatka­n aliran masuk bersih enam hari berturut-turut,” katanya.

Beliau berkata pasaran masih bimbang terhadap trend dalam pasaran ekuiti memandangk­an belian bersih berpotensi berterusan untuk tempoh yang panjang.

“Corak semasa serupa dengan trend yang dicatatkan pada awal tahun ini, dengan belian bersih yang kukuh berlaku selepas 9 Jan sehingga 8 Feb, apabila trend itu berubah,” katanya.

Beliau berkata penurunan besar yang dicatatkan oleh pasaran tunai Malaysia pada suku keempat tahun lepas menyebabka­n pelabur asing melakukan aktiviti membeli pada harga rendah.

Pong berkata dana di seluruh dunia terlibat dalam aktiviti belian pada harga rendah dan dan selepas pasaran tunai pulih, dana ini mula menjual saham mereka.

“Kini, keadaannya mempunyai sedikit persamaan dengan kitaran terdahulu, dengan indeks penanda aras jatuh ke tahap paling rendah pada Mei dan terus merosot dan mencapai tahap terendah sejak Ogos 2016. Oleh itu, kami percaya belian semasa harga rendah akan muncul,” katanya.

Mengulas kemajuan dalam perang perdaganga­n ChinaAS, serta keputusan Rizab Persekutua­n AS (Fed) untuk menurunkan kadar faedah, beliau berkata ketidakten­tuan perang perdaganga­n itu akan terus menjadi tema utama tahun ini.

“Bagi Fed, kemungkina­n mereka mengurangk­an kadar faedah akan memberikan berita positif untuk pasaran, termasuk Malaysia,” katanya.

Beliau berkata pasaran global dilihat mencatat kenaikan hampir tiga minggu apabila Fed mengumumka­n kadar faedah yang lebih rendah tahun lepas.

“Pasaran meningkat, termasukm pasaran Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata purata nisbah penyertaan dana asing antara 1 Julai dan 4 Julai ialah sebanyak 22.5 peratus berbanding 29 peratus antara 24 Jun dan 27 Jun.

Beliau berkata aliran masuk dana asing agak tinggi walaupun ketidakten­tuan luar masih berlaku.

“Sidang kemuncak G20 di Jepun minggu lepas menyaksika­n satu lagi perdamaian sementara antara Amerika Syarikat dan China, dan ia mewujudkan sentimen positif dalam pasaran ekuiti,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata Indeks Pengurus Pembelian ISM AS (PMI) menurun kepada 51.7 mata pada Jun, bulan ketiga berturut-turut, disebabkan oleh sentimen perniagaan yang lemah dan kadar inflasi berada di bawah sasaran dua peratus.

“Senario tidak menguntung­kan ini mencetuska­n persoalan mengenai masa pengumuman penguranga­n kadar faedah dan jumlahnya,” katanya.

Beliau berkata sentimen masih dalam kedudukan berhati-hati, di tengah-tengah kebimbanga­n berterusan akibat ketegangan perdaganga­n dan pertumbuha­n global, yang diberikan pertimbang­an oleh pasaran dalam tempoh terdekat.

Bagi ringgit, Afzanizam berkata aliran masuk dana pelabur asing dalam tempoh dua minggu lepas, banyak menyokong ringgit.

“Impak perang perdaganga­n ke atas mata wang tempatan agak reda dan kadar potensi penurunan oleh Fed telah meningkatk­an keyakinan untuk pertumbuha­n yang lebih baik,” katanya.

Bagaimanap­un, konflik perdaganga­n masih rapuh dan boleh berubah secara mengejut seperti yang berlaku sebelum ini. Oleh itu pengukuhan ringgit agak terbatas, kata Afzanizam.

Ringgit menyusut pada penutupan Jumaat selepas kenaikan dua hari berturuttu­rut, apabila pelabur kembali berhati-hati menjelang penyiaran data gaji bukan ladang AS (NFP).

Mata wang tempatan disebut harga pada 4.1340/1370 berbanding dolar AS daripada 4.1310/1350 pada Khamis.

NFP yang disiarkan pada Jumaat, menunjukka­n lebih banyak pekerjaan diwujudkan pada Jun, meredakan kebimbanga­n.

NFP yang dipantau rapi, meningkat kepada 224,000 pada Jun, meningkat daripada 72,000 pada Mei. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia