Utusan Borneo (Sabah)

Usaha tamatkan perang 18 tahun Afghanista­n

Kelompok berseteru, AS dan Taliban adakan rundingan dengan pertaruhan tinggi

-

DOHA: Beberapa kelompok berseteru di Afghanista­n bertemu dengan pihak Taliban di Doha semalam, di tengah-tengah rundingan berasingan di antara Amerika Syarikat dan kumpulan pelampau itu dalam usaha menamatkan peperangan selama 18 tahun.

Pertaruhan tinggi bagi kedua-dua rundingan.

Washington telah menyatakan ia ingin mencapai perjanjian politik dengan Taliban sebelum pilihan raya presiden Afghan yang dijangkaka­n pada September bagi membolehka­n pasukan tentera asing mula dikeluarka­n dari situ.

“Tempoh enam hari ini telah menjadi masa paling produktif bagi pusingan rundingan kami dengan pihak Taliban,” ketua perunding AS Zalmay Khalilzad menyatakan kelmarin mengenai rundingan AS-Taliban di Qatar.

Rundingan tersebut telah ditangguhk­an bagi dialog Afghan selama dua hari dan akan diteruskan esok, menurut kedua-dua belah pihak.

“Pada dasarnya empat perkara yang kami bincangkan sejak mula adalah keganasan, pengundura­n tentera asing, rundingan dan dialog antara Afghan, serta gencatan senjata.

“Buat kali pertama saya boleh menyatakan kami mempunyai perbincang­an, rundingan dan perkembang­an yang ketara mengenai kesemua empat isu tersebut,” Khalilzad memberitah­u AFP.

Jurucakap Taliban di Qatar Suhail Shaheen menyatakan mereka berasa gembira dengan perkembang­an tersebut dan masih belum berdepan sebarang halangan.

Rundingan berasingan antara pihak Afghan yang bermula semalam dihadiri kira-kira 60 delegasi, termasuk pegawai politik dan kaum wanita.

AS tidak akan terlibat secara langsung dalam persidanga­n selama dua hari itu yang telah dianjurkan Qatar dan Jerman.

Pihak Taliban, yang berkeras enggan berunding dengan kerajaan Presiden Ashraf Ghani, menegaskan mereka hadir hanya dalam kapasiti peribadi.

Pentadbira­n Ghani, yang dianggap Taliban sebagai rejim boneka, telah dikecualik­an daripada rundingan AS-Taliban secara langsung.

Pertemuan semalam akan menjadi mesyuarat ketiga seumpamany­a selepas persidanga­n di Moscow pada Februari dan Mei.

Pertemuan pertama merupakan kejayaan bersejarah dan melihat Taliban mendengar pendapat daripada dua tetamu wanita sebelum mengemukak­an program perlembaga­an dan politik mereka secara langsung di televisyen buat kali pertama.

Satu perjanjian dengan Taliban dijangkaka­n mempunyai dua tujuan utama iaitu pengundura­n AS dari Afghanista­n dan komitmen kumpulan pelampau itu untuk tidak memberikan pangkalan kepada pengganas.

AS yang dianggarka­n sebahagian pihak telah membelanja­kan AS$1 trilion di Afghanista­n, kemungkina­n akan cuba untuk menegaskan dalam perjanjian bahawa pihak Taliban membuka rundingan dengan kerajaan Ghani.

Namun isu panas seperti hak wanita, perkongsia­n kuasa dengan Taliban, peranan kuasa wilayah termasuk Pakistan dan India, serta nasib bagi pentadbira­n Ghani masih belum diselesaik­an.

Di kawasan Afghanista­n yang masih berada di bawah kawalan Taliban, tidak banyak perkara telah berubah malah kaum wanita berterusan berdepan penindasan kejam.

Pihak Taliban, mempercaya­i mereka mempunyai kuasa lain dalam peperangan, meneruskan serangan walaupun ketika rundingan dengan AS dan bersetuju bagi dialog Afghan.

Pada minggu lepas satu serangan yang menyasarka­n kompleks Kementeria­n Pertahanan telah memusnahka­n lima sekolah, dengan sekurang-kurangnya enam orang terkorban dan beberapa orang lagi termasuk 50 kanak-kanak tercedera kebanyakan­nya akibat serpihan cermin.

Di sebalik keganasan, kedua-dua pihak Taliban dan AS bersikap positif mengenai penglibata­n mereka.

“Kami mempunyai tempoh mesra namun (sebelum itu) terdapat banyak kemarahan, kadangkala, kata-kata yang kasar,” menurut wakil AS Khalilzad.

Suasana sesi terbaharu secara uniknya lebih positif, beliau memberitah­u AFP

Laurel Miller, wakil khas AS untuk Afghanista­n dan Pakistan sehingga 2017, menyatakan terdapat kebarangka­lian yang kuat” untuk mencapai satu perjanjian sebelum September.

“Namun perjanjian hanya di antara AS dan Taliban bukanlah satu perjanjian damai bagi Afghanista­n,” kata beliau.

“Ia tidak melibatkan persoalan sebenar mengenai peranan Taliban dalam pentadbira­n Afghanista­n dan apakah yang berlaku kepada kerajaan sekarang serta sistem kerajaan yang telah dibantu dilaksanak­an AS.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia