Utusan Borneo (Sabah)

20 orang awam maut di barat laut Syria

- – AFP

BEIRUT: Pihak rejim Syria dan jet pejuang Rusia telah mengorbank­an 20 orang awam termasuk tujuh kanakkanak di barat laut Syria, menurut badan pemerhati perang kelmarin, dalam serbuan maut terbaharu ke atas kubu pembangkan­g yang dipertikai­kan.

Pesawat perang rejim dan helikopter pada lewat Jumaat lepas telah melakukan serangan udara ke atas perkampung­an Mahambel di wilayah Idlib, mengorbank­an 13 orang awam termasuk tujuh kanak-kanak, menurut Syrian Observator­y for Human Rights.

Seramai tujuh orang awam lagi telah terbunuh kelmarin, termasuk seorang wanita yang terkena tembakan roket rejim di pinggir pekan Khan Sheikhun di selatan wilayah, menurut pemerhati perang yang berpusat di Britain itu.

Tiga sekeluarga telah terkorban akibat serangan udara oleh Rusia ke atas pekan Morek, di wilayah berhampira­n Hama, lapor Observator­y.

Idlib, wilayah yang mempunyai kira-kira tiga juta penduduk, ramai daripada mereka meninggalk­an kawasan bekas taklukan pemberonta­k yang dirampas semula oleh pihak kerajaan, merupakan kubu utama terakhir bagi pihak penentang kepada kerajaan Damsyik yang disokong oleh Rusia selepas perang sivil selama lapan tahun.

Wilayah yang hampir dengan Turki itu ditadbir oleh bekas kumpulan penyokong Al-Qaeda di Syria, Hayat Tahrir al-Sham, namun kumpulan pejuang jihad dan pemberonta­k lain telah turut muncul.

Idlib sepatutnya dilindungi dari satu serangan besar rejim oleh satu perjanjian September di antara Moscow dan Ankara, namun Damsyik dan sekutunya Rusia telah meneruskan pengeboman kejam mereka ke atas wilayah itu sejak April lepas.

Lebih 530 orang awam telah terkorban sejak itu, menurut Observator­y.

Pihak Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu menyatakan 25 buah pusat kesihatan di wilayah telah diserang, yang terbaharu termasuk serangan kedua dalam tempoh dua bulan ke atas sebuah hospital bawah tanah di pekan Kafranbel pada Khamis lepas.

“Serangan berlaku di sebalik kenyataan bahawa koordinat bagi hospital tersebut sebelum ini telah dikongsika­n dengan beberapa pihak di dalam konflik dalam satu usaha yang disengajak­an dan dirancang dengan berhati-hati bagi menghalang sebarang serangan ke atasnya,” menurut seorang pegawai PBB pada Jumaat lepas.

“Saya berasa takut dengan serangan yang berlaku terhadap kawasan orang awam dan bangunan awam ketika konflik di barat laut Syria berterusan,” kata Mark Cutts, timbalan penyelaras kemanusiaa­n wilayah PBB untuk krisis Syria.

Peperangan di Syria telah mengorbank­an lebih 370,000 orang dan menyebabka­n jutaan lsgi hilang tempat tinggal sejak ia bermula pada 2011 dengan tindakan kejam rejim terhadap bantahan antikeraja­an.

 ?? Gambar AFP ?? SEORANG penduduk yang kudung anggota badan hanya mampu melihat mayat orang awam yang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara rejim di Muhambal, Idlib kelmarin. -
Gambar AFP SEORANG penduduk yang kudung anggota badan hanya mampu melihat mayat orang awam yang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara rejim di Muhambal, Idlib kelmarin. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia