Utusan Borneo (Sabah)

Mexico selamatkan 24 pendatang yang diculik

-

CELAYA: Pihak berkuasa Mexico pada Jumaat lepas telah menyelamat­kan 24 pendatang Amerika Tengah, termasuk sembilan kanakkanak, yang telah dijadikan tebusan selama hampir tiga minggu di negeri yang dibelenggu jenayah Guanajuato, menurut pihak berkuasa.

Pendatang tersebut telah ditahan selama 20 hari di pekan Celaya, kira-kira 210 kilometer dari Kota Mexico, menurut Setiausaha Keselamata­n Negara Juan Jose Gonzalez.

Mereka memberitah­u pihak berkuasa bahawa ahli keluarga mereka telah membuat pembayaran kepada penculik mereka pada masa tersebut, menurut Gonzalez.

Mangsa-mangsa tersebut telah menerima rawatan perubatan selepas kejadian tersebut, tambah beliau.

Dalam kejadian berasingan, pihak kementeria­n keselamata­n mengumumka­n penahanan seramai 59 pendatang, termasuk 55 rakyat Honduras, di sekitar pekan timur laut Saltillo, berhampira­n dengan sempadan AS.

Ribuan rakyat Amerika Tengah cuba untuk merentasi Mexico dalam apa yang dikenali sebagai ‘karavan’ pada setiap tahun dengan harapan akan sampai ke Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatka­n perlindung­an daripada keganasan dan kemiskinan di negara asal mereka.

Selepas Presiden AS Donald Trump mengugut Mexico dengan tarif, pemimpin Mexico Andres Manuel Lopez Obrador telah bersetuju pada bulan lepas untuk membantera­s migrasi tanpa dokumen yang sah, mengerahka­n puluhan ribu Pengawal Negara agar memperketa­tkan kawalan di sempadanny­a.

Mexico telah menghantar pulang 33 peratus rakyat asing setiap bulan pada Jun lepas, menurut pihak berkuasa pada minggu ini.

Pendatang seringkali menjadi sasaran kumpulan penjenayah kejam yang beroperasi di Mexico, di mana lebih 40,000 orang telah dilaporkan hilang secara rasmi. – AFP

 ?? - Gambar Reuters ?? ANGGOTA Pengawal Sempadan dan tentera AS membantu seorang wanita migran yang berkerusi roda ketika beliau dan pendatang lain merentasi sempadan antara AS dan Mexico secara haram untuk memohon suaka politik, seperti yang dapat dilihar dari Ciudad Juarez, kelmarin.
- Gambar Reuters ANGGOTA Pengawal Sempadan dan tentera AS membantu seorang wanita migran yang berkerusi roda ketika beliau dan pendatang lain merentasi sempadan antara AS dan Mexico secara haram untuk memohon suaka politik, seperti yang dapat dilihar dari Ciudad Juarez, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia